SATU PETANG DI KUALA LUMPUR

KEKAWAN

Ini rumah Yong. Rumah Yong adalah catatan peribadi episode perjalanan hidup Yong. Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Kalau tidak komer tak faham. Kalau tak suka, tak payah singgah. Move on.

Friday, 4 November 2011

BAPA YANG PERFECTIONIST


Yong ni perfectionist. Kalau Yong suruh orang lain buat, tapi dia buat lebih kurang atau cincai Yong akan buat semula. Jadi macam Yong buat sendiri je. Tapi dalam keroje mana boleh buat sendiri. Kena ada teamwork dan team spirit. 

Sebenornya orang yang keroje cincai tu yang takde team spirit. Rationaliti Yong simple je. Allah (SWT) jadikan kita makhluk yang sempurna. Sampai Dia lantik kita jadi khalifah di dunia ini. Kalau kita tak buat keroje dengan sempurna, maka kita sebenornya sudah menyanggah ketetapan Allah (SWT).

Yong jadi perfectionist kerana bapa. Bapa Yong mahu anak2nya khatam quran sebelum menjejakkan kaki ke sekolah. Masa tu Yong tak faham jugak. Tapi bila tengok bebudak sekarang yang tak dapat menjadi budak sebelum dewasa Yong faham kenapa bapa Yong punya sikap seperti itu. Ya, bapa Yong seorang perfectionist.

Bagi Yong, bapa lah lelaki paling baik dalam dunia ini. Dia pergi ketika Yong berusia 19 tahun. Bapa tewas setelah 4 tahun bertarung dengan penyakit barah. Walaupun telah sekian lama, kehilangannya masih amat terasa, lebih-lebih lagi setiap menyambut lebaran. Terlalu sengkat rasernye masa Yong bermanja dengan bapa. Alfatihah buat bapa.

Wednesday, 2 November 2011

MUSIM HAJI3-RAKYAT MARHAEN MENUNAIKAN HAJI

Beginilah gaya rakyat marhaen menunaikan haji.



Gambar diciluk dari simpanan Pakcik Google. Pastinya mengikut waktu2 yang berbeza. Rakyat marhaen menunaikan haji dengan penuh kepayahan dan kesabaran. Lihat bezanya bila pemimpin menunaikan haji.

Allah layan semua makhluk sama - berdasarkan amalannya. Insaflah.

Tuesday, 1 November 2011

ADA MACAM-MACAM GILA4

Hari ni Yong nak tulis benda serius. Teramat serius. Ini cerita akibat gila duit (moneymania).

Mengapa Yong sokong kempen anti-Lynas? Yong tanya Pakcik Google tentang rare earth, dia bawa Yong ke sini.  Ini lah gambar sebuah tasik yang penuh sisa toxic dari bahan nadir bumi di Baotou, China yang berlatar belakangkan kilang memperoses nadir bumi.
Agaknya begitukah nanti persekitaran di Gebeng bila kilang itu sudah beroperasi? Sanggupkah pelopor dan penyokong kilang ini tinggal di kawasan yang penuh sisa toxic dan asap beracun itu? Kalau anda tak sanggup, mengapa minta orang lain supaya sanggup?

Bagi yang pandai bab2 rare earth, masihkah anda sokong kilang Lynas walaupun anda tahu kesannya yang amat dahsyat terhadap alam sekitar dan manusia di China? Bagi yang gila sokong Lynas, penjarah ekonomi pembunuh umat manusia, bukalah otak anda. Sampai hati anda membiarkan penduduk sekitar Gebeng menghadapi risiko raksaksa akibat berjiran dengan kilang yang mengeluarkan sisa toxic. Sampai hati anda makan hasil dari penderitaan orang lain?