SATU PETANG DI KUALA LUMPUR

KEKAWAN

Ini rumah Yong. Rumah Yong adalah catatan peribadi episode perjalanan hidup Yong. Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Kalau tidak komer tak faham. Kalau tak suka, tak payah singgah. Move on.

Wednesday, 7 December 2011

YEAH! YONG DAPAT BELI BEG BIRKIN (UPDATE)

Gempak je! Sebenarnya Yong sibuk sangat tak sempat pergi Dallas. Kalau Yong pergi collector yang tak dikenali tu tak dapat beg Birkin. Setakat USD 203,000 berapa sangat le. Yong dah lama menabung sejak dalam perut ibu lagi tau. 

Apapun, pastinya jauh beza kehidupan pemilik beg Birkin dengan insan kat dalam gambor ni. (sumber).
Birkin? Boleh bikin rumah ganti pondok ni?
Kita nak tau jugak infaq umno dah sampai ke belum kat insan dalam gambor di atas? Jangan cakap je. 

Huhu, mana le Yong ada duit nak beli Birkin. Masa sekolah dulu, duit tabung habis bayor yuran dan beli  buku je. Nasib baik Yong habis mengaji. Dengan pertolongan Allah juga semuanya terjadi walaupun bapa meninggal semasa usia Yong masih remaja. 

Pada yang masih dalam alam pembelajaran, jangan le putus asa. Kita hanya merancang, Allah menentukan. Tapi kot kita duduk peluk tubuh je, takkan ada ape2 perubahan. Beg Birkin akan bertambah. Rakyat terus dihimpit kemiskinan. 

Harta kita sekarang ialah sebuah undi. Jangan guna untuk beli beg Birkin!

LEMBU MANA PULAK YANG MUDAH LUPA NI?

Dalam disiplin ekonomi politik ada sebuah teori yang bernama Public Choice Theory yang dipelopori oleh 2 orang Amerika bernama James Buchanan dan Gordon Tullock. Theory ini mendukung konsep penswastaan yang sangat disukai oleh golongan kapitalist dan managerialism. Sebenarnya teori ni mudah je. Yong jelaskan seperti berikut:
Kalau A suka B, B suka C, maka A akan suka C.
Macam mana teori ini diterjemah kepada penswastaan?
Mudah je. Contohnya:
Rakyat suka perkhidmatan yang cekap. Yang cekap tu swasta. Maka rakyat suka swasta. 
Polisi yang digunapakai? PENSWASTAAN. Tentu rakyat suka kan?
Tapi, apa kaitannya pulak teori penswastaan ni dengan lembu ni?
Sebenarnya kaitannya amat banyak. Nak cari kaitannya mudah je. 
Kaitan 1:
Pak Lah suka Shahrizat. Sharizat suka lembu. Maka Pak Lah pun suka lembu.
Polisi yang digunapakai: Bagi Sharizat lembu. Ehem...bagi suami Shahrizat lembu. Sama je kan? Shahrizat tentu suka sebab hasilnya tentu isteri boleh sama makan. Ini konsep penswastaan Pak Lah ikut Teori Public Choice. 
Kaitan 2:
Mahathir benci Pak Lah. Pak lah suka Shahrizat. Maka Mahathir benci Sharizat.
Polisi yang digunapakai: Tendang Shahrizat.
Tak perlu tendang Pak Lah sebab dia dah tertendang pun. Hahaha. Mahathir tak pernah lupa dia benci Pak Lah. Komer yang nak pengsan mencerakin teori ni dalam kuliah dan dewan peperiksaan tentu geram kan? Ropernya teori ni mudah je.

Tuesday, 6 December 2011

ELEH! SEMUA NI FITNAH PEMBANGKANG JE.

Negara kita sudah jadi terkenal. Ada menara kembar yang sangat tinggi. Ada empangan yang sangat besar.  Ada lapangan terbang yang sangat cantik. Baru2 ni pulak ada lembu tinggal dalam kondo. Semua ni keluar dalam akhbar. Baik BN mahupun PR, masing2 nak cakap dalam akhbar. Sampai Timbalan Ketua Polis pun buat kenyataan akhbar. Tak de rasuah, katanya. Ia sesuai dengan sikap pemimpin kita yang telus dan menjauhi rasuah. Tak percaya? Lihat data dalam Table 1 dan Table 2.

Tengok rank Index Rasuah dan Kebebasan Akhbar. Makin lama makin besar nilainya!  

Index rasuah jauh ditinggalkan oleh sebuah negara termiskin di Afrika, iaitu Botswana (32). Kita nak jadi tercorot seperti Somalia (180) baru nak insaf? Index kebebasan akhbar pula kita duduk setempat dengan Angola yang baru hendak membina negara selepas perang saudara. 

Semua ni fitnah pembangkang je!

Data tentang CPI di sini. data PF di sini.

Monday, 5 December 2011

OH NEGARA KU! (VIDEO)

Bagi komer yang masih blur mengenai rang undang-undang perhimpunan aman 2011 yang lulus baru2 ini, tengok le youtube ni. Semoga datang cahaya kat kepala otak komer yang kata penyokong pakatan ni "bangsat."


Dah lulus rang undang-undang yang zalim, sekarang jadi takut. Teramat takut. Bayangkan kalau BN kalah dan PR guna undang-undang ini ke atas komer? Fikir sendirilah.

JOM LAWAN UNDANG-UNDANG ZALIM! 

Sunday, 4 December 2011

SESUMPAH EKOR KENA TAHI BXXX

Baru je selesai baiah, nak berjihad, berinfaq ke jalan Allah kononnya - rakan kongsi si kafir Soi Lek hina Islam
Baru je hentam DAP dalam perhimpunan, kristian kononnya - rakan kongsi ketua MCA mengkhianati negara Malaysia yang disebut oleh pemuda umno sebagai negara Islam (lihat keratan web).

Baru je kutuk PAS, mengikut telunjuk DAP kononnya - kemudian bisu bila rakan kongsi menconteng arang ke muka umat Islam.
Baru je kutuk presiden PKR, kerana suami kaki liwat kononnya - kini mulut terjahit bila bintang porno berhujah menghina umno yang kata Malaysia negara Islam.

Adakah umno sudah jadi sesumpah yang ekornya penuh tahi babi peliharaan Soi Lek?

AMENDE BAIAH UNTUK JIHAD DAN INFAQ NI?

Kelmarin sekumpulan orang berbaiah untuk jihad dan infaq. Bagi Yong berbaiah demi memperkukuhkan perjuangan demi mendapat keredaan Allah itu sesuatu yang baik. Jadi Yong google untuk mencari makna jihad dan infaq yang selama ni diamalkan oleh kumpulan orang tersebut. Dari celah2 kehidupan demer, Yong jumpa 10 hasil carian. Komer tengok le hasil carian Yong. Hebat! Macam tak caye....

1. Pelaboran jangka panjang melalui projek biotechnology. Contohnya, laborkan duit yang gomen bagi untuk pelihara lembu dengan membeli kondo mewah. KJ kata ia pelaburan. Ia boleh dikatakan baik juga sebab hasil sewa kondo mewah boleh sedekah kat adik-beradik pergi bercuti dan sebagainya.

2. Kekalkan kedudukan sebagai wakil rakyat, iaitu dengan mendapatkan seramai mana pengundi untuk menang pilihanraya. Ini hanya satu kaedah untuk mencapai matlamat. Takpe kalau satu rumah ada 88 pengundi. Tanya anak sungai derhaka kalau nak tahu kaedahnya dengan lebih lanjut.

3. Bersahabat dengan kontraktor. Minta kontraktor jual kat kita tanah dan rumah banglo mewah dengan harga di bawah harga pasaran. Ini sebagai mengenang budi pemimpin. Kontraktor perlu pemimpin politik. Pemimpin perlu kontraktor. Ia satu simbiosis.

4. Cari harta. Macam mana nak berjihad dan infaq kalau takde fulus. Tuai hasil bumi sampai gondol. Hasil boleh bagi anak cucu. Demer boleh hidup senang lenang tujuh keturunan. Ini dikira sedekah pada saudara mara.

5. Berani mengambil risiko. Tak mengapa walau pun projek merbahaya. Ini demi membuat jasa kepada ibu bapa dan kaum kerabat.  Ini pengorbanan rakyat untuk pemimpin namanya. Kalau tiada pemimpin begini, siapa nak jaga rakyat nanti? 
6. Buat pembangunan bandar. Ambil tanah rakyat yang terletak di tengah bandar untuk menambah pendapatan, misalnya Kampung baru. Jika tak setuju, paksa. Buat undang-undang baru. Tubuhkan satu GLC. Takkan rakyat nak hidup tanpa pembangunan?


6. Buat projek Setinggan sifar. Runtuhkan rumah setinggan. Keadaan persekitaran akan berubah menjadi cantik tanpa demer yang duduk rumah atap zinc ini. Di lokasi itu boleh dirikan kondo mewah. Setinggan mesti tak mampu beli. Takpe, demer boleh beli rumah flet murah, mengikut kemampuan. Kondo mewah jual kat orang Singapura. Dapat banyak untung.

7. Pertahankan negara. Beli kapal selam. Tak kira berapa pun kosnya. Selain mempertahan negara dari musuh seperti al-qaeda, jim dan apa2 je dalam imaginasi, ia juga memberi peluang pekerjaan kepada kaum-kerabat untuk penyelenggaraan. 

8. Bertindak mengikut undang-undang. Perhimpunan yang dianggotai oleh PR adalah haram. Maknanya kalau buat juga tak ikut undang-undang le. Walau bagaimana pun tiada kekerasan terhadap peserta perhimpunan.

9. Buat peniagaan halal. Misalnya niaga minyak. Ia halal sebab bukannya niaga arak. Boleh juga buat filem porno. Tapi ini tak dapat untung sebab takde siapa nak beli. Lagipun hakim tak setuju buat tayangan filem porno ni halal.

10. Ramaikan rakyat Malaysia. Takpe satu kampung boleh dapat KP. kenapa perlu rakyat yang ramai? ini untuk pertahankan kuasa. Kalau bilangan rakyat dan pengikut tak ramai, bagaimana nak meneruskan matlamat baiah?

Oleh kerana orang yang berhimpun itu sudah berbaiah, mungkin kita akan melihat bukti2 hasil baiah untuk berjihad dan berinfaq yang lebih hebat lagi dari amalan sekarang dan "blow your mind" di masa akan datang. Yong pun tau parti satu lagi pun ade baiah juga, tapi amalannya lain. Yong takde nak buat ulasan. Miker baca ulasan parti yang baru berhimpun ni kat wargamarhaen

Saturday, 3 December 2011

SOALAN BOCOR - SAPA BOLEH JAWAB?

Siapakah orang ini?

Kenapa dia menagis?

Apa kaitan orang yang menangis dengan gambar ini?

Sempena penutupan perhimpunan yang penuh maki hamun dan jerit pekik, kita pergi ke blog LovePerak  dan tengok semula video mengenai gambar di atas. Video itu Yong dah letak kat sini. Cerita sedihnya kat blog itu.

Bacalah N3 dalam blog Yong cadangkan dengan otak. Selepas tengok video, kita fikir dengan hati. Bolehkah kita percaya bahawa keadilan akan wujud jika gerombolan yang membunuh pendakwah Islam Memali masih berkuasa? Bolehkah?

Bayangkan jika ia berlaku kepada anda. Jika anda jadi yatim kerana ayah anda dibunuh dengan kejam, kemudian difitnah walaupun telah meninggal dunia. Tidakkah anda akan mengharapkan keadilan?

SIAPA SEBENARNYA PENGKHIANAT NEGARA? (UPDATE)

Kelmarin Yong bertandang ke rumah kawan. Dia ni seorang usahawan dan scientist. Dia develop product dan memasarkannya. Jadi biasalah soalan yang timbul tentu tentang bagaimana businessnya? Dia mengeluh kerana letih. Dia kena siapkan rumah, masak, basuh pakaian dan sebagainya. Yong tengok kolam ikannya pun keruh. Katanya lagi dia tak sempat nak update blognya dan tak dapat nak cipta bahan baru kerana takde pembantu rumah. Dia tahu industri yang diceburinya amat competitive. Jika dia gagal menawarkan product baru dia mungkin gulung tikar.

Yong tanya kemana pergi pembantu rumahnya? Dia kata pembantunya warga indon dah lari. Yong heran jugak kenapa demer lari sedangkan kawan Yong ni bukan ada anak kecik atau orang tua sakit yang perlu perhatian lebih. 

Katanya pembantunya lari untuk kerja kilang.

Bagaimana pembantu rumah ini boleh kerja kilang sedangkan paspotnya kawan Yong masih pegang?
Adakah kilang boleh ambil pekerja tanpa paspot?
Adakah dia menyamar jadi PATI dan buat pendaftaran baru?
Adakah dia bakal pengundi pada PRU13?
Siapa boleh jawab persoalan di atas?

Kilang Haram. Pekerjanya halalkah? Gambar ciluk dari Sharpshooter
Siapa pulak nak jawab persoalan ini?

Biar usahawan Bumiputera mati kerana kegiatan ini tiada penamatnya, betul atau salah?
Dasar Ekonomi Baru telah gagal mencapai matlamatnya, betul atau salah?
Selepas DEB Bumiputera harus kekal  bodoh supaya terus miskin, betul atau salah?
Rakyat patut menderita kerana sistem yang bobrok dan rasuah berleluasa, betul atau salah?

Siapa sebenarnya pengkhianat negara?

Link berita dan CPI Index

Gambar dan cerita tukar tiub
Orang kaya ditolong buat business besar-besar TAPI GAGAL. Rakyat pula terus menerus dibelenggu masalah yang perlu kerajaan selesaikan. MELAYU JANGAN MUDAH LUPA!
Usahawan GLC?
Rakyat dah penat bayor cukai untuk demer bagi duit kat GLC yang demer buat ikut suka demer. Tapi demer ni masih nak kuasai GLC jugak. Pelik betoi permintaan ini. Baca kat sini jika nak tahu perangai busuk demer.

Thursday, 1 December 2011

SAPER PAKAI BAJU MERAH TU?

Ada ape pada gambar?

Usahle komer usik mak hajjah tu
Adat demer tudung letak kat bahu
Sumer pun tau tudung dia tak letak kat kepala punyer.
Tapi itu yang demer suker.
Cor miker tengok sipi kat frame tu?
Saper lelaki pakai baju merah tu?
Apesel muka kelat roper ayam berak kapor je?
Projek membodek tak berjaya?

Udah le tu...
Hang Tuah yang komer puja-puja ade berpesan begini:
Buat baik berpada-pada;
Buat jahat jangan sekali.
Keris Hang Tuah ingat, pesanan dia, lupa.

Setakat menjerit2 "takkan Melayu hilang di dunia" dah cukup kah?
Maki hamun tu budaya Melayu kah?
Sekarang ni pakcik dan makcik Felda tempat korang cari makan pun dah menyampah.
Nak gadai Melayu kepada bangla, myanmar dan warga antah-berantah?

SAMPAI HATI BUDAK PKR TUDUH PEMIMPIN WANITA YANG SOPAN NI

Ada ke depa kata kak jat salah guna duit fitlot? Tengok ni, korang ingat gelang dengan cincin ni beli  kat Jacob & Co dengan duit lembu?

Gelang serupa bebenor dengan yang dijual di Jacob & Co.  Sumber
Bagi geng keris bogel, Yong bagi ingat apa dalam perlembagaan Malaysia yang di sebut ciri2 Melayu, iaitu:

1. Beragama Islam
2. Bertutur dalam bahasa Melayu
3. Mengamalkan adat Melayu.

Ciri 1 dan 2, Yong tak pertikai. Tapi ciri 3, cuba geng keris bogel tanya hati nurani sendiri. Adakah adat Melayu yang kekuatannya di asah dari agama Islam itu anda amalkan?

Komer pergi lah tengok video komer masing2. Jerit pekik, maki hamun dan selak2 lengan itu buat malu opah, emak, akak, andak, kak cik dan perempuan Melayu yang sopan santun, tau. Itukah pejuang Melayu?

LEGENDA PERHIMPUNAN

Gambor hiasan je
Seorang lelaki terkejut apabila melihat banyak kasut perempuan di dalam lift hotel. Walau bagaimanapun dia tak le ambil pot perkara itu. Petang itu apabila nak simpan kunci kat kaunter sebab nak keluar makan dia terkejut kerana ramai makcik2 kat lobi. Sumernya tak pakai kasut. Dia terasa lucu lalu perhati dari jauh. Seorang perempuan muda kemudian muncul dengan seorang pencuci hotel membawa beg. Makcik2 itu terus menerpa perempuan itu dan terburailah isi beg tersebut. Rupanya itulah kasut2 yang ditinggal di dalam lift tadi.

Daripada riuh rendah itu lelaki tersebut dapat cerita di sebalik kasut di dalam lift. Rupernya makcik2 itu datang atas tajaan orang besor untuk hadir satu perhimpunan. Makcik2 itu tinggalkan kasut dalam lift sebab nak masuk bilik hotel. Biasalah, kita kan tinggalkan kasut kat luar bila nak masuk rumah. Mujur kasut2 tu tak hilang. Kot idak, naya orang besor tu kena belikan kasut kat Makcik2 tu....

Citer ni Yong dengor mase Yong masih bebudak lagi. Dah jadi legenda le...

Makcik2 sekarang dah pandai dan tak tinggal kasut dalam lift lagi. Mana boleh tinggal. Kasut merah mahal weh! Mungkin sama harga dengan 10 ekor lembu....