SATU PETANG DI KUALA LUMPUR

KEKAWAN

Ini rumah Yong. Rumah Yong adalah catatan peribadi episode perjalanan hidup Yong. Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Kalau tidak komer tak faham. Kalau tak suka, tak payah singgah. Move on.

Saturday, 7 January 2012

GURINDAM BUAT ANWAR IBRAHIM DAN RAKYAT MARHEIN

(Buat pejuang rakyat marhein yang berani)
SUMBER
Payah sungguh nak tuduh Awar Ibrahim jahat
Hanya liwat saja yang mudah lekat
Kerana ia tak perlu dokumen dan surat-menyurat
Hanya perlu pelakon yang ada sedikit bakat.

Payah sungguh nak buat rakyat percaya Anwar Ibrahim bersalah
Walaupun diupah blogger pencacai yang tidak ada maruah
Walaupun dijatuhi hukuman oleh kuasa mahkamah
Rakyat marhein tahu siapa sebenarnya yang hidup dikelilingi rasuah.

Payah sungguh nak bukti Anwar Ibrahim pecah amanah
Walaupun dicabar entah siapa yang bernama Aminah
Nama sama dengan Altantuya yang telah rebah jadi tanah
Rakyat marhein menunggu terungkai di Paris sebuah misteri yang busuk bernanah.

Payah sungguh nak fitnah Anwar Ibrahim pengkhianat negara
Kerana rakyat marhein tahu siapa yang beli kelengkapan tentera terlebih harga
Siapa yang hilangkan pulau dan tanah di Singapura
Siapa yang menyimpan harta di luar negara berbillion dollar.

Payah sungguh nak dakwa Anwar Ibrahim kaki perempuan
Walaupun sampai sekarang ada yang masih gila meroyan
Namun kesetiaan cintanya hanya kepada kak Wan
Rakyat marhein faham beratnya beban menanggung dugaan.

Payah sungguh nak hasut dengan Anwar Ibrahim rakyat menyampah
Kerana rakyat marhein kenal siapa sebenarnya sampah
Siapa yang mempersendakan hukum Allah dan suka bersumpah
Tidak takut kat Akhirat nanti jadi terompah,

Payah sungguh nak aibkan Anwar Ibrahim empunya diri
Kerana tuduhan yang direka tiada akal waras yang mengerti
Jenayah qazaf ditertawa si pencacai dengan iringan hamun dan maki
Rakyat marhein tolak budaya politik fitnah yang keji.

Payah sungguh nak jatuhkan Anwar Ibrahim dan agenda reformasinya
Walau di gembeling semua kuasa untuk mengasingkannya
Kerana telah bangkit mahasiswa, mu'allim dan tokoh rakyat mengganti tempatnya
Keadilan dan kesejahteraan milik rakyat marhein sebenarnya!

Payah sungguh nak musnahkan insan bernama Anwar Ibrahim
Walau diperkuda ISA, Akta Hasutan dan segala undang-undang yang zalim
Rakyat marhein pasti bangkit dengan segala kekuatan roh dan jisim
Beranikah buat Pilihanraya bersih biar rakyat marhein menjadi hakim?

Friday, 6 January 2012

PAKAR MOTIVASI DAN KEMBAR PARASITNYA

Kata Anwar Ibrahim liwat itu konspirasi
Pakar motivasi kata ia masalah peribadi
Ada pulak parasit dari utara negeri
Seekor biawak lapar perut perlu diisi

901 nombor yang menentukan
Adakah Anwar Ibrahim sekali lagi jadi tahanan?
Pakar motivasi pula rioh kalah pasar ikan
Katanya berhimpun di mahkamah memualkan.

Entah puaka mana merasuk pakar motivasi sudah jauh tersasar
Parasit pulak tambah minyak untuk bahan bakar
Masuk dia di gelanggang musuh cakap merapu berdegar-degar
Hina tuan guru bagi peluang gerombolan gelak besar

Baiah itu adakah bermakna baginya?
Wala’ itu letak di mana layaknya?
Pakar motivasi dan kembar parasitnya kini persis umno-apco lagaknya
Belum baling dengan telur tembelang sudah busuk baunya.

Si Pakar motivasi dan parasit berlagak macam pejuang agama dan bangsa
Tapi cakap meracau macam orang takde ilmu di dada
Bertandinglah calon bebas biar pengundi ajar mulut cabuk kamu berdua
Jangan biarkan ekor yang kena tahi terpalit di merata-rata.

Thursday, 5 January 2012

RAFIZI RAMLI LWN PENCACAI INFAQ UMNO

Rafizi Ramli mendedahkan kebobrokan fitlot. Ada bukti yang dikeluarkan. "Kantoi!" Kata pencacai umno. Demer kata takde salahnya urusniaga NFC. Taksalah beli kondo mewah, buka restoran mewah, beli tanah dan beli kondo dengan duit "soft loan" gomen tu, walaupun demer tahu duit itu sebenornya untuk niaga lembu.

Komer cuba jawab soalan objektif berikut:
  1. Kalau gomen bagi susidi minyak diesel kat nelayan, tapi nelayan jual minyak tu kat tokeh, salah tak?
  2. Kalau orang miskin minta pinjaman beli komputer, tapi guna duit tu untuk melabor kat ASN, salah tak?
Kalau komer jawab "tak salah" pada soalan di atas, sah komer memang bingai. Jika komer jawab salah pada soalan di atas, tapi masih kata fitlot tu betoi, komer tak bingai. Komer adalah golongan cerdik pandai yang buta matahati. Orang bingai jika diperjelaskan dia akan jadi cerdik. Orang yang buta matahati, ialah golongan yang gagal melihat dengan hati yang terbuka dan gagal memberi pandangan melalui pemikiran yang matang. Kesian sungguh bila orang Melayu Islam dihinggap penyakit kegagalan ini. Sudahlah komer gagal untuk mencapai DEB yang cuma 30% itu, nak menangani persoalan fitlot, sebagai sampel case pun gagal. Aper yang komer tak gagal? Alasan! Alasan! Alasan!

Matahati bukan entiti fisikal yang komer boleh lihat. Tapi ia wujud. Jika komer cari, komer akan jumpa dia ada dalam diri jika komer terdiri dari orang2 yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Ini kerana salah satu daripada pegangan iman dan taqwa ialah "Memelihara amanah dan menepati janji." Apakah janji komer semasa memohon "soft loan" tersebut? Adekah termasuk beli kondo mewah, beli tanah, buka retoran mewah dan beli kenderaan mewah? Ya, komer boleh melaksanakan semua itu dari keuntungan yang didapati melalui business komer. Tapi adakah business fitlot komer diuruskan secara beramanah mengikut perjanjiannya? Tidak! Ketua Audit Negara sudah persoal pengurusan fitlot.

Ketua Audit Negara yang komer lantik untuk meneliti pengurusan kewangan negara buka pekong fitlot. Tapi kenapa serang Rafizi?
Kenanganku kepadamu Lembu
Adakah pengurusan fidlot itu selaras dengan konsep jihad dan infaq yang komer sama2 berbaiah dulu? Hancur negara kalau sikap tidak amanah dijunjung dan kambing hitam dipersalahkan.

Wednesday, 4 January 2012

RISIKO MAKAN RUMPUT DI PADANG LEMBU

Berbalik pada soalan quiz terdahulu di sini, Yong tanya sekali lagi. Ade tak beza antara makhluk dalam gambor E dan F?
E
Diriwayatkan oleh pendongeng, kambin itam ni ditangkap kerana cuba makan rumput yang dicuri di ladang lembu. Dah namanya kambin, nak tanam sendiri tentule tak reti. 
F
Bila nampak sekerat badan hakim dan tertuduh, memang takde beza. Sebab tulah kambin itam boleh lagi senyum simpol. 

Tuesday, 3 January 2012

PENDEMO PAKAI TOPENG, CAKAP MACAM2, POLIS COOL JE (VIDEO)

Cor tengok video ni. Teruknya budak U di England di belasah polis semasa demonstrasi.


Hihihi...takdenyer benda ni berlaku kat 1 Malaysia.

MEH CARI BEZA ANTARA DEMER NI

A
Cor tengok kat gambor banyak2 ni. Ader beza tak antara kambin dengan kengaru? Cor tengok, yang mana kambin, yang mana kengaru?

B

C

D

Monday, 2 January 2012

KES SELAK KAIN SELESAI?

Sekarang heboh pasei budak UPSI mendakwa kena belasah polis. Kita simpati juga. Tapi kita jangan sampai ketepikan kes selak kain ni. Jangan bior demer guna isu ni supaya kita berpaling dari kain fidlot yang terlondeh.