SATU PETANG DI KUALA LUMPUR

KEKAWAN

Ini rumah Yong. Rumah Yong adalah catatan peribadi episode perjalanan hidup Yong. Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Kalau tidak komer tak faham. Kalau tak suka, tak payah singgah. Move on.

Tuesday, 7 February 2012

110% PARLIMEN TAKKAN BUBAR MINGGU DEPAN

Banyok lagi keroje belum siap weh! Macammana nak bubar Parlimen? Antara keroje2 itu termasuk:

1. Nama2 Pengundi Hantu Belum Diselaraskan. 
Senarai tak lengkap lagi. Demer nak diletakkan untuk mengundi kat mana? Target sekarang ialah untuk kalahkan orang2 tertentu dalam PAS dan PKR. Orang2 ni pulak tak diketahui nak bertanding kat mana. Bagi orang DAP harapan agak terhad. Orang PAS yang mesti dikalahkan ialah mamat2 yang dianggap anti agenda kerajaang perpaduang. Sistem IT negara mesti cukup canggih sehingga nama pengundi hantu boleh dimasukkan dengan pantas apabila tempat calon2 PAS anti perpaduang bertanding telah dikenalpasti.

2. Dana Untuk Gerakkan Jentera Pilihanraya Belum Cukup
Projek2 untuk menarik pelabur2 asing supaya memasukkan wang ke dalam akaun2 tertentu belum menjadi kenyataan. Pelabur2 dari negara Arab masih berhati2 kerana tidak pasti BN akan menang dalam PRU13. Banyak cadangan projek berbillion ringgit tidak masuk akal dari segi pulangannya. Juga hasil "brain-storming" untuk mendapat dana belum nampak lagi. Beberapa pelabur hanya mahu melabur selepas PRU13! Duit Petronas tidak boleh digunakan. Tokeh2 judi pun tak boleh sponsor. Takut jika BN kalah, premis judi kena tutup. Tak balik modal.

3. Kaedah Melarikan Diri Belum Sempurna
BN perlu mencari jalan bagaimana mereka boleh melarikan diri jika kalah. Maksudnya bukan melarikan diri secara fisikal, tetapi memadamkan segala bukti2 menyelewengan! Kaedah ini mesti disiapkan sekarang. Bukti2 yang incriminating harus dapat dihapuskan dengan menekan satu suiz. Tak perlu guna shredder lagi. Bukti2 ini mungkin disimpan di bank2 tertentu. Inilah gunanya e-government. Tapi ia agak sukar kerana Governor Bank Negara takkan bersekongkol dengan penyamun duit rakyat! Jadi bagaimana? Demer sekarang sedang berusaha mencari jalan paling selamat, kerana tak sanggup hidup susah.

4. Kaedah Menguasai Polis dan Tentera Belum Mantap
SB2 kata banyak kerusi BN tidak selamat lagi. Jadi kaedah menakut2kan pengundi perlu digunakan. Tapi tempat2 yang pengundi perlu ditakut2kan itu belum diketahui kerana calon PR (khususnya geng anti kerajaang perpaduang) masih tidak diketahui di mana mereka akan bertanding.  Satu sistem kawalan harus ada di hujung jari supaya kekuatan polis dan tentera boleh digembeling serta merta ke tempat2 tertentu di mana orang2 BN akan membuat provokasi. Sekarang dah bermula pun (kepala babi kat masjid).

5. Perpecahan PAS Tak Menjadi
Walaupun Hassan Ali telah dipecat tetapi PAS tidak pecah. Sokongan individu2 dalam UMNO terhadap Hassan Ali menjadi kaunter-produktif kerana pemimpin2 yang dahulu nampak macam pro-kerajaang perpaduang mula menjauhkan diri. Banyak perbuatan Perkasa yang pro-UMNO memalukan. Sokongan terbuka Perkasa kepada Hassan Ali tidak memberi nilai positif kepada BN. 

6. Anwar Ibrahim Masih Bebas
Ramai orang UMNO kecewa kerana Anwar didapati tidak bersalah. Keputusan mahkamah ini adalah satu kejutan. Bagi orang biasa atas pagar, keputusan mahkamah ini menampakkan Liwat II sebagai satu konspirasi politik. Situasi ini tidak baik untuk BN. Oleh itu BN harus menyusun strategi lain bagi menangkis serangan PR dan memburukkan Anwar Ibrahim.

7. Isu Sampingan Seperti Kes Fidlot dan Tabiat Berbelanja Rosmah
Isu Fidlot belum nampak di mana hujungnya. Sahrizat enggan berhenti kerana dia fikir jika berhenti maknanya dia bersalah. Tetapi dengan berdegil tak mahu berhenti, dia dilihat seperti ingin "interfere" dalam proses siasatan. Maknanya, apa dibuat semua tak kena. Tabiat berbelanja Rosmah (isteri PM) sepatutnya tidak menjadi isu, kerana dia bukan ahli politik. Tetapi oleh kerana dia diberitakan suka bermewah2 sedangkan PM meminta rakyat ikat-perut, perbuatannya telah menjejaskan reputasi PM sendiri.

Kesimplannya, parlimen belum boleh dibubarkan lagi. Demer sengaja bocorkan kabar angin tarikh pembubaran supaya PR letih membuat persediaan. Demer harap bila parlimen benar2 bubar, mood PR sudah tepu.

Yong cadangkan PR ketatkan security sistem IT masing2 bagi mengelakkan data daripada dicuri. Percayalah! Demer tengah mengukuhkan sistem IT dan network demer! 

Sekian. My 1 cent thought.

Monday, 6 February 2012

AWAS! PISANG GORENG PEMBUNUH!


Sepiring pisang goreng yang rangup pasti menyelerakan. Tetapi berhati-hatilah kerana sepiring pisang goreng ini mungkin boleh membunuh!

Adik Yong seorang pakar masakan. Dia pakar bukan macam chef, tapi pakar dalam pengurusan masakan yang sesuai untuk jualan (makanan sejuk beku dan sebagainya). Menurutnya ada peniaga menggoreng pisang dalam minyak yang dicampur plastik! Tujuannya supaya pisang itu kelihatan berkilat dan rangup. MasyaAllah! Terkejut Yong mendengar ceritanya. Ada orang yang sanggup buat begitu demi mengaut keuntungan. Yong pun cari dalam internet lalu terjumpa blog ini. Penulis blog menceritakan bagaimana menghasilkan pisang goreng plastik ini. Berikut petikan tulisan tentang pisang goreng plastik ini:
Bukan prejudis atau mahu mengganggu periuk nasi sesiapa, namun sudah tiba masanya penggemar makanan ringan ini lebih berwaspada dan tidak cepat teruja menikmati pisang goreng yang dijual peniaga tanpa usul periksa, apatah lagi pisang goreng yang dijual itu menjadi kegilaan dan tumpuan masyarakat setempat.
Percayakah anda, baru-baru ini, kawan saya melihat sendiri bagaimana seorang peniaga merendam plastik minyak masak beserta minyaknya sekali kedalam kuali yang berisi minyak panas? Kemudian, peniaga tersebut mengoreng pisang tersebut seperti biasa. Tergaman kawan saya itu. Huh!
Inilah taktik terbaru peniaga yang mengejar keuntungan tanpa memikirkan kesan kesihatan orang lain.  Ada juga sesetengah peniaga yang membuat campuran bahan plastik dalam ramuan tepung sebelum digoreng bersama pisang untuk memastikan pisang goreng mereka kekal rangup berjam lamanya.
Beradasarkan maklumat diperoleh, taktik popular dan tidak melibatkan kos mula diamalkan peniaga pisang goreng. Apa dilakukan, peniaga akan mencairkan bekas air mineral atau penyedut air dalam minyak panas sehingga sebati sebelum meletakkan pisang ke dalam minyak berkenaan. Plastik yang sememangnya bersifat kedap udara akan menyaluti pisang tersebut membolehkan pisang tersebut kekal segar dan rangup.
Seterusnya di sini

Plastik mengandungi bahan kimia seperti bisphenol A (BPA) dan phthalates boleh menghuru-harakan system endokrin (endocrine system) dalam tubuh badan kita. Kesannya boleh mengakibatkan ketidakstabilan hormon yang akan menyebabkan masalah tumbesaran dan penyakit2 lain seperti kegemukan, kencing manis, barah payudara, barah prostrate dan kemandulan. Penyakit2 inilah sekarang yang kian meningkat dideritai oleh ahli masyarakat modern di negara kita.
Kelenjar Endokrin
Bayangkan jika bahan2 kimia ini masuk ke dalam sistem endokrin kita melalui makanan! Tolong sebarkan maklumat ini.

Bagi mereka yang ingin berniaga pisang goreng, tepi jalan atau kedai makan, tolong jangan hanya fikir tentang keuntungan sahaja. Jika anda pernah melakukannya, mintalah keampunan dari Allah dan jangan melakukannya lagi. Ini kerana anda mungkin telah memudaratkan orang dan menyebabkan kematian!

Sunday, 5 February 2012

THIRD FORCE: UMNO'S GAME, SOI LEK TAKNAK MAIN (UPDATE)

Politik Hassan Ali amat pelik. Dia menolak Perkasa. Tidak pulak ikut Isma. Kita tidak dengar sama ada wujud tawaran dari Pekida. TERAS pun senyap sahaja. Banyak NGO Melayu di Malaysia. Tapi Hassan Ali tubuhkan Jati. Sebabnya jika dia masuk NGO yang sedia ada, dia kena turunkan Presiden NGO itu. Jika tidak dia tidak boleh jadi ketua. Entah apa yang tersirat dalam "Jati" cuma ada dalam otak Hassan Ali. Pelik. Dia naik pentas Himpun, kemudian dia tubuhkan Jati. 

UMNO suka main game ini:

PAS suka DAP
DAP suka sosialis
PAS suka sosialis.

Meh kita main game yang sama, macam ni:

Hassan Ali suka UMNO,
UMNO suka Soi Lek
Hassan Ali suka Soi Lek.

Hassan Ali suka UMNO
UMNO suka porno
Hassan Ali suka. . .

Hassan Ali benci Pakatan Rakyat
Soi Lek benci Pakatan Rakyat
Hassan Ali sependirian dengan Soi Lek

Soi Lek benci Islam
Hassan Ali Islam
Soi Lek benci Hassan Jati

Kerana itu ameno tak berani buka pintu untuk Hassan Ali. Ameno takut dengan Soi Lek. Tanpa Soi Lek, hilanglah sumber kewangan dari kaki judi!!

Komer boleh sambung game teory nih.

PENYOKONG MACAM NI HASSAN ALI SUKA?

Wah! Selamatlah akidah orang Islam di Malaysia!

Saturday, 4 February 2012

NEGARA REPUBLIK: HASSAN JATI HINA RAJA DAN ULAMA, GAGAL MATEMATIK DAN BODOH UNDANG-UNDANG?

Rajah Otak

SUDAH LAMA GEROMBOLAN MENGHASUT MAKCIK DAN PAKCIK KAT KAMPUNG. DEMER KATA JIKA PR MENANG SINGAPURA AKAN BERCANTUM DENGAN MALAYSIA. PERDANA MENTERI SINGAPURA AKAN JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA.

Cerita ini Yong dengar dari seorang ahli UMNO jati masa balik kampung, sebelum Hassan Jati KENA PECAT dan meracau di Bangi. Ini memang lagu UMNO. Sah, lidah Hassan Ali sudah jadi lidah UMNO

Zairil Khir Johari memberi respons pada lidah UMNO ini:

Semasa berceramah di Bangi tempoh hari, Hasan Ali (gambar kanan) telah dilaporkan berkata bahawa apabila Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kuasa Putrajaya, DAP akan menggabungkan Malaysia dengan Singapura untuk menubuhkan sebuah republik. Di samping itu, Hasan Ali juga mendakwa DAP akan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan menghapuskan elemen-elemen Islam di negara kita.

Mengapa BN takut dengan Singapura? Sebab penduduk Singapura seramai 5 juta, majoriti berbangsa Cina. Penduduk Malaysia pula 28 juta. Majoritinya Melayu dan Bumiputera yang miskin, terima kasih kepada BN yang memerintah negara selama 54 tahun dan menghakis rizab Melayu (Baca di sini dan di sini untuk rencana berkaitan).

Ahli parlimen Singapura seramai 90 orang. Hanya ada beberapa kerat orang Melayu. PAP menang 81 kerusi.

Apa yang Hassan Ali dan gerombolan tidak beritahu ialah, Singapura mengamalkan sistem Unicameral (1 dewan) yang mengandungi 27 konstituensi.

Yong perturunkan 2 hujah yang menunjukkan Hassan Jati menghina Raja Melayu dan ulama, gagal matematik dan bodoh undang-undang.

HUJAH 1

Malaysia memiliki 222 kerusi parlemen. Majoriti mudah bagi menbentuk kerajaan ialah 112. Kedudukan dua pertiga ialah 148 kerusi.

Berdasarkan pilihan raya umum ke-12, prestasi PR adalah seperti berikut:

PAS bertanding di 66 kerusi Parlimen, menang 23.
DAP bertanding di 47 kerusi Parlimen, menang 28.
PKR bertanding di 97 kerusi Parlimen, menang 31.

Hassan Ali dan gerombolan juga tidak menjelaskan kemasukan Singapura akan menyebabkan perubahan sempadan. Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukan perubahan sempadan memerlukan persetujuan 2/3 ahli parlimen dan kelulusan Majlis Raja-Raja.

Dari mana DAP boleh mendapat 2/3 ahli Parlimen sedangkan ia hanya bertanding 47 kerusi? Tidak mungkin dari parti cina yang lain kerana jika DAP menang 47 kerusi, maknanya parti MCA dan Gerakan = kosong (0). Sudah tentu DAP meminta bantuan rakan sekutunya PAS dan DAP. Ini bermakna gerombolan telah mengandaikan PR mendapat 2/3 kerusi. Ikut kata orang Cina, gerombolan telah menyumpah partinyer sendiri! Ingat! kata2 itu satu doa. Jika ini berlaku maknanya PAS dan PKR telah mendapat 148-47 = 101. Hebat betoi PR ni. Bengong betoi gerombolan ini.

HUJAH 2

Jika Singapura bercantum dengan Malaysia, maknanya kerusi parlimen sudah menjadi 222+27 = 249. Majoriti mudah yang diperlukan menjadi 125 kerusi. Matematik simple ini budah sekolah rendah pun pandai.

Kalau DAP menang semua kerusi pun dia tak mungkin dapat kuasai parlimen tanpa PAS dan PKR. Kalau bergabung dengan PAP yang ada 27 kerusi + 47 = 74, pun masih tak cukup.

DAP dan PAP perlu 125 kerusi untuk mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan. Ini bermakna mereka perlu 125-74 = 51 kerusi. Di mana mereka nak cekau kelebihan itu? 

Ingat! Jika DAP menang 47 kerusi, maknanya parti Cina MCA dah mampus.

Sistem unicameral ini berbeza dengan sistem dwidewan yang diamalkan di Malaysia. Kalau nak ikut sistem unicameral, Dewan Negara perlu dibubarkan. Bolehkah Dewan Negara dibubarkan? Bagaimana caranya pula? Sedangkan PR lebih komited untuk memperkukuhkan Dewan Negara bukan membubarkannya.

Sistem republik ni macam Republik Singapura atau Republik Amerika Syarikat?

Jika Singapura bercantum dengan Malaysia, sistem unicameral mereka akan jadi standard dewan undangan negeri seperti di Sabah dan Sarawak dan kuasa dipegang oleh kerajaan pusat (persekutuan).

Bab2 tukar sempadan negara, pinda perlembagaan dan tukar sistem pemerintahan ni Aziz Bari kena beri penerangan. Tapi penerangan tu kena ikut bahasa mudah yang orang kampung boleh faham. 

Hassan Ali menghina kebijaksanaan Majlis Raja2 yang kononnya dia nak pertahankan. Takkan Raja2 Melayu nak serahkan kuasa kepada Presiden. Dia juga menghina ulama yang kononnya jadi sahabatnya. Matematik mudah pun dia gagal. Undang-undang lagi blur! Yang dia tahu sekarang ialah jadi pembesar suara UMNO yang menentang hukum hudud dan suka porno. Keseluruhannya Hassan Ali memperlekehkan PR (dan rakyat yang menyokong PR) dalam melestarikan kedaulatan Negara dan rakyat!

Mengikut rajah otak di atas, bahagian intelligence manusia amat kecil dalam tempurung kepala kita. Ia dikongsi pula dengan personality (sikap, budi, ego etc). Personality ini ada baik dan ada jahat. Jika yang jahat telah berkuasa, ia akan menggunakan intelligence untuk melakukan kejahatan! Sebab itu orang pandai pun boleh jadi penyamun dan sebagainya. Sendiri mau ingat ler!

Friday, 3 February 2012

MULA2 MAKAN TAHI LEPAS TU JADI PEJUANG PALESTINE



Kalau iapun nak mengaku komer ni ahli PAS, jangan le bawok mamat makan tahi tu sekali. Kan dah jadi bahan gelak jer. Politik bingai! Baca cerita kat sini

Thursday, 2 February 2012

ROPERNYER JATI NI PENTING JUGAK YE

PANGSAPURI JATI
PANGSAPURI JATI - Ropernyer ada pangsapuri yang namanya JATI. Harganya ikut saiz keluasannya lantainyer. Semakin luas, semakin mahal. Mungkin sampai RM300,000. Tapi idakle sampai macam harga kondo lembu. Walau bagaimanapun, kot pendapatan kurang RM3,000.00 sebulan, toksah teringin nak duduk sini. Sewanya dalam RM900.00 sebulan, bergantung sama ada lengkap dengan perabut atau kosong. Inilah nasib rakyat 1Malaysia!

BERAS JATI
BERAS JATI - Beras ni termasuk dalam barang kawalan. Tak faham aper maksud kawalan dan siapa yang kawal. Harganyer asyik naik je, tak tahu turun, macam takde pengawal. Malang nasib sebab menangkan BN (Barang Naik).

KERUSI CLEOPATRA
KERUSI CLEOPATRA - Kerusi jati ni khas untuk mereka yang memiliki rumah besor je. Harganyer bergantung kepada design dan workmanship. Kalau kasor agak murah sikit. Tapi kot gaji di bawah RM3,000.00 sebulan, baik simpan duit untuk beli beras je. Jangan beli dari Mat Bangla/Pakistan. Dengor citer jati demer tu palsu! Entah macammana warga asing ni boleh niaga di sini erk?

ALMARI JATI

ALMARI JATI - Benda ni boleh ditempah, besar atau kecil ikut saiz poket kita. Ia boleh digunakan untuk mengisi jerangkung. Makin besar saiz almari, makin banyak jerangkung yang boleh disimpan didalamnya. Tapi awas, orang yang menyimpan jerangkung tidak boleh mengkhianati ketuanya. Jika dia belot, jerangkung pasti keluar.

JATI KUASA KETIGA
JATI KUASA KETIGA - Yang ini baru lahir. Bunyi amat hebat. Pelopor jati ni sekarang tengah sibuk buka almari bekas rakan seperjuangan untuk memburu jerangkung! Almari milik Khalid Samad paling dia suka selongkar. Lebih baik jaga almari sendiri. Takut jerangkung yang melompat keluar tu besor, ganeh dan gigit pemiliknyer pulak.

Wednesday, 1 February 2012

THIRD FORCE: APER ERTI INFAQ DALAM JATI HASAN ALI?

Citer ni kawan Yong bagi tahu masa Hassan Ali masih duduk senang2 dalam PAS. Yong takde le nak buka citer sebab dia masih dalam jemaah walaupun Yong menyampah. Kawan Yong kata kakaknya (Pengarah latihan IPTA) pernah menjemput Hassan Ali masa dia tengah top dulu sebagai pakar motivasi. Penganjur tanggung duit minyak dan makanan sebab ia diadakan di IPTA berkenaan. Sepeti biasa IPTA akan bayar honorarium berdasarkan kelayakan RM x jam bekerja. Jadi kalau kerja 1 hari, mungkin dapat RM200 x 8 = RM1,600.00 (untuk kelayakan PhD). Wow, tentu banyak kan? Satu hari RM1,600. Kalau 2 hari dah dapat RM3,200.00. Masa tu orang biasa lulusan ijazah kerja sebulan baru dapat RM1,200.00!

Alangkah terkejutnya kakak kawan ni bila Hassan Ali minta berbelas ribu! Hassan Ali langsung tidak bertolak ansur tentang kedudukan IPTA sebagai institusi awam yang proses kewangannya untuk pembayaran khidmat pakar tersangkut pada kadar tertentu. Aduhai!

Sekarang kutip duit orang kampung. Bior betoi. Sumber
Hassan Ali pasti tahu, dalam PRU yang lepas aktivis PAS buat keroje takde dapat 1 sen pun. Demer le yang kena maki oleh orang UMNO sebab nak miker menang dalam pilihanraya. Tambang pergi kempen pun guna duit sendiri. Ini miker nak buat JATI miker minta duit orang kampung? Miker tahu malu tak? Yong cakap ni sebab Yong dah tak tahan lagi. Macam mana nak betoikan orang lain kalau diri sendiri tak betoi?