SATU PETANG DI KUALA LUMPUR

KEKAWAN

Ini rumah Yong. Rumah Yong adalah catatan peribadi episode perjalanan hidup Yong. Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Kalau tidak komer tak faham. Kalau tak suka, tak payah singgah. Move on.

Friday, 6 April 2012

KES SCORPENE: SATU HARI JER NAK BUAT SYARIKAT KAT HONGKONG

Isy! senang bebenor nak tubuh syarikat di Hongkong. Miker pergi kat link ini dan teruskan hasrat miker untuk tubuh syarikat di Hongkong. Ia semudah makan biskut apernama - celup, jilat dan makan! Lepeh urusan selesai, syarikat boleh ghaib. Yong maksudkan kes sensasi ni le.

SUMBER ASIASENTINEL
Kes scorpene nih memang rumit dan berbelit2. Patutle Altantuya tetiba meletupkan dirinya dalam hutan Bukit Cerakah. Dua anggota UTP tu suka2 je ikat badan Altantuya dengan C4. Takde motif aper2. Suka2 jer! Tiada kesan ditinggalkan. Sampai data Altantuya dalam rekod imigresen pun ghaib. Macam satu jenayah yang sempurna!

Tapi Allah tak suka umat Muhammad (SAW) buat jenayah. Lebih dahsyat lagi jika jenayah itu berkaitan dengan kepentingan awam dan pengkhianatan terhadap Negara. Oleh kerana itu serpihan mayat Altantuya ditemui! Jenayah yang sempurna sudah jadi drama yang penuh tandatanya.

Di sini Yong ucap TAHNIAH kepada pihak POLIS yang berjaya merungkai kes sehingga tertangkapnya dua malaun UTP tersebut. Walaupun dalang pembunuhan Altantuya masih bebas, Yong tak salahkan polis. Sekurang2nya sekarang rakyat dapat menghidu bahu busuk "ulat2 dari tong" (Can of worms) yang dimiliki oleh sang berkuasa.

Silap ler tak buat syarikat kat Zimbabwe, Angola atau Chad. Kat sana tentu payah sikit peguam SUARAM nak korek maklumat.

Thursday, 5 April 2012

LELAKI NAK MENOPAUSE MIANG LEBIH?

LELAKI PALING HENSEM MENGIKUT PANDANGAN YONG: HIASAN JER WEH!
Pagi nih Yong baca N3 kekawan cerita tentang bekas dekan yang terkahwin jantan yang pura2 jadi pompuan. Yong cumer dapat kata, nasib ler enko. Saper suruh gater sangat sampai sanggup kahwin di luar negara.

Yong minta yob2 sabor jangan marah sebab tajuk N3 Yong hari ni terkeluar dari biasa. Jangan lupa, blog Yong nih ape2je yang berkait dengan alam. So citer lelaki menopause nih berkait jugak dengan alam sekitar. 

Menurut pakar, lelaki boleh jadi menopause bila usia dah mencecah lewat 40an. Hahaha...apa jadi dengan life begins at 40? Memang le komer begin life at 40 jika fikiran komer dah tak macam bebudak muda lagi waktu tu. Dah jadi lelaki matang. 

Bebalik pada topik lelaki menopause, pakar berkata, lelaki menopause menghadapi masalah ketidakseimbangan hormone seperti berikut:

Men do experience a decline in the production of the male hormone testosterone with aging, but this also occurs with some disease states such as diabetes. Along with the decline in testosterone, some men experience symptoms such as fatigue, weakness, depression, and sexual problems. Baca seterusnya di sini.

Bagi sesetengah lelaki, mereka akan mengatasi kekecewaan itu secara positive dengan bekerja keras untuk memperbaiki status diri dan kerjaya. Misalnya untuk menjadi profesor terbaik, ahli perniagaan terbaik etc. Tetapi ada yang tak reti nak salurkan ke mana masalah sexual itu, lalu dia cari bini lain. Dia fikir bila dapat bini muda, hormone testosterone akan meningkat dan "kejantanan" mereka kembali. Heheheh.

Yob2 yang gater nak cari bini muda, miker dah silap besor! Kahwin lagi satu akan menyebabkan masalah lain timbul, macam profesor yang terkawin "jantan' dalam berita tu! Selain itu, kot miker kahwin usia udah 50, mungkin dapat anak masa usia 51. Tentu miker suker bebenor, ingat hormone testosterone udah kembali. Hahaha. Waktu miker 65 tahun, anak baru 14 tahun. Larat miker nak kejor anak tu yang perangei macam remaja degil?

Lebih baik pikior benda2 yang boleh mengkukuhkan rumahtangga daripada asyik teringin pompuan muda yang sesuai dijadikan isteri anak komer. Ingat pompuan jer yang menopause? Isy! Isy! Isy!

...Bersambung jika ada permintaan...

Wednesday, 4 April 2012

KISAH BENOR BILA LEMBU DAN AYAM DAPAT PINJAMAN


Sebenornya Yong tak kisah orang nak pinjam berape pun, asal dia layak dan dapat menfaatkan pinjamannyer dengan baik. Pendiknya, yang pinjamkan wang untung, yang meminjam pun untung. Tapi bila timbul masalah begini, ternyata yang meminjam sebenornya tak layak pinjam, dan pemberi pinjam tak layak meminjamkan wang.

Tapi inilah yang berlaku dalam negara yang kita cintai. Gelaran YB digunakan sebagai tiket untuk membuat pinjaman besar2an yang tak masuk akal. Lepas tu tak reti nak urus kewangan. Bila dah bankrap, adakah pemberi pinjam akan dapat duit terduduk? Sudah tentu tidak. Bayaran balik seciput, entah dah matipun belum langsai. Bermakna rugilah pihak yang memberi pinjam itu. Siapakah yang akan menggalas biawak hidup ini?

Kalau YB yang pinjam wang bankrap, adakah dia dapat pengajaran? Adakah dia akan jadi miskin? Tidak juga. Dia mungkin masih duduk dalam bungalow mewah, tetap hidup lebih baik dari penghuni rumah flat di Kg Kerinchi yang diruntuhkan oleh BN.

Kalau pihak bank yang bankrap, siapakah akan bailout bank itu? Kerajaan? Kerajaan tu dapat duit dari siapa? Bukankah dari pembayar cukai? Pembayar cukai bukankah komer semua?

Teruskanlah mengundi BN dan komer akan "menikmati keadilan" versi BN.
YONG SOKONG BERSIH 3.0


Monday, 2 April 2012

YONG SOKONG MUBARAK DIBERI PELUANG BERTANDING PRU13! (18SX)

Inilah berita paling seronok dibaca sepanjang minggu. MUBARAK minta kerusi! Kucing Yong gelak guling2 bila Yong bagi tahu berita ini pada demer.


Mubarak sudah susah payah tolong PM 1Malaysia kumpulkan pesara2. Bukan senang nak kumpulkan pesara2 nih. Ada tengah urus bisnes. Ada tengah jaga cucu. Ada tengah buat dialysis. Tiub kuor masuk badan. Huh, macam2 urusan pesara, weh!

Ingat lagi posting Yong kat sini tentang jemputan PM Ke Shah Alam? Lawatan itu melibatkan MUBARAK. Yong dah kata ia bermotifkan politik, bukannyer PM suka2 nak tengok muka orang pencen. Bukannyer ensem lagi macam siful, atau cantik macam altantuya ker. Jangkaan Yong tepat sekali. Hah...demer minta jadi calon ropernyer!

Yong sokong bebenor demer jadi calon. Letak sorang setiap negeri PR. Lawan dengan DS Nizar di Perak. Lawan Anwar Ibrahim di Pulau Pinang. Lawan Nik Aziz di Kelantan. Lawan Haji Hadi di Terengganu. Lawan Khalid Ibrahim di Selangor. Lawan Ustaz Azizan di Kedah. Di negeri2 lain komer tanya Najib nak lawan saper. Hahaha...bior penyek macam katak kena langgor keter.

Ooop! Yong tak patut gelakkan demer yang nak ikut jadi sebahagian daripada team penerbit filem porno. Hahaha... tak dapat Yong menahan gelak dengor berita baik ni. Moh komer, ramai2 jadi calon UMNO. Nombor 1 dalam list untuk bertanding ialah ketua geng porno Datuk T. 

Kita sepatutnya menyambut baik permintaan dan cadangan MUBARAK ni.

Jangan kater demer ni tak berbakat weh! Kat negara APCO perkara ni dah biasa yob!

WAKIL POCO-POCO PUN BOLEH

UNTUK YANG SUKA VIDEO PORNO PUN ADER 

JANGAN LUPER PADA YANG BOLEH AJOR CAMNER NAK JADI PENARI TIANG PROFESONEL!








Sunday, 1 April 2012

FLASHBACK: ANAK MUDA YANG PATUT DICONTOHI (VIDEO)

Jangan kita lupa perjuangan anak muda nih. Beliau jauh lebih baik dari anak muda yang memandu kereta mewah kerana bapaknya menteri dan hanya tahu berlagak samseng!




Payah sangatkah nak laksana tuntutan Bersih 2.0 sedangkan apa yang dituntut adalah amalan biasa bagi sebuah negara demokrasi?

Toleh kanan nampak orang miskin. Toleh kiri nampak harga barang naik, Dongak atas nampak kondo mewah orang kaya Sang Kuasa. Tengok bawah nampak longkang busuk yang mengisi politik sex Sang Kuasa! Inikah yang sedang anda pertuankan?

PILIHANRAYA YANG TELUS ITU UNTUK RAKYAT MALAYSIA, BUKAN UNTUK PEMIMPIN!