Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday 31 May 2012

LAKI BINI SAME JE. MAKLUMLE ORANG KAYER.

Tak boleh salahkan demer! Jati dengan mufti pun tak boleh lawan!

LAKI TAKDE, BINI TENGAH BUAT APE TU?

BINI PALING KELAIN, LAKI TENGAH BUAT APA PULOK? - WASSATIYAH!
Sampai sekarang mufti masih bisu. Jati dah jadi tunggul kayu.

Wassatiyah, infaq dan jihad takde makna apa-apa.

Same macam Islam hadhari jugak

APESAL PULAK PEGANG TANGAN IMAM HADHARI NIH
Tapi tak boleh salahkan demer. Sebab Majlis Fatwa tak cakap ape pun! Jadi imam hadhari pun okey jer...kan...kan, kan?

NI ANAK SEDARA IMAM HADHARI KOT? EH BUKAN, BINTANG FILEM GEMBIRA AMAT SANGAT JUMPA PAKLAH

EH MANJENYER! MAKANAN PUN MACAM BEST AJER. ORANG KAYA BEB! - JIHAD EKONOMI? 

INI PUN RAKYAT MALAYSIA JUGAK, SUDAHLAH MISKIN, TANAH KENA RAMPAS PULAK - INI INFAQ KE?.
Semua gambar ni dah jadi sejarah hampeh Malaysia. Takkan kita tak terasa malu?

Wednesday 30 May 2012

JAMAL ABDILLAH LUPA PERNAH JADI KAMBING KELABU KES KHALWAT?

PARTI NI LEBIH SESUAI
Heboh 1Malaysia artis masuk UMNO. Dulu heboh 1dunia siber artis masuk PAS.

Sebenarnya Yong tak kisah artis nak masuk parti aper pun. Nak masuk parti tupperware pun ikut suka hangpa la. Eh, tersasul cakap utara pulok.

Sebelum Amy Search, si Jamal yang pernah kena tangkap khalwat tu dah masuk umno. Jamal lupa dia juga pernah teraniaya ditangkap khalwat dengan Hajjah A. Target ialah Hajjah A. Sebabnya Hajjah A nak jadi ketua wanita umno di tempatnya. Jadi Hajjah A perlu dicantas. Jamal hanya "kambing kelabu" - convenient accomplice bagi musuh Hajjah A. Jamal Abdillah teraniaya sekali dengan Hajjah A. Kesian Hajjah A. Dia seorang yang kuat kerja, tapi umno suka yang porno. Akhirnya buang kes, kerana asal kes - fitnah belaka. Itulah perangai umno sejak dulu lagi. 

Hajjah A ada bagi tahu Yong dia dah tawar hati. Umno hilang ahli yang baik. Kisahnya sampai jadi buku! Mungkin masih ada di kedai. Tak tau le. Yong tak kisah.

Jamal Abdillah dah luper ke siapa aniaya dia? 

Kelmarin dia ikut meraikan geng artis ramai-ramai masuk parti yang suka porno ini. Ikut suka enkau le labu!

Yong benar-benar tak kisah artis nak masuk parti aper pun.

ARTIS UMNO SUKA PEMIMPIN BEGINI

Ingat! Masuk politik hendaklah kerana ingin menyumbang, bukan kerana ingin mendapat sumbangan macam budok Kampor tu!

Tuesday 29 May 2012

DUA NEGERI YANG BERBEZA

Buka internet pagi ni Yong jumpa keadaan dua negari yang berbeza. Satu CEOnya Cina kafir. Satu lagi Melayu Islam. Dua gambar berikut menceritakan segalanya:

 KEJADIAN BERLAKU DI NEGERI PEMERINTAH PARTI ANTI ISLAM
Nak tahu apa ni baca le kat blog sini. 1Malaysia kata pemimpin ni anti Islam! Keadaan aman dan tenang. Koh Su Koon ada buat begini?


NEGERI YANG PEMERINTAHNYA MELAYU JATI
Ini pulak cerita dari negeri yang kuat Melayunya. Almaklum, konon parti Melayu lahir di sini! Cerita lanjut baca di blog sini. Ada kelompok yang nak memperkasakan amuk! Amat memalukan.


AMK KENA PAKAI BAJU NI
Nampaknya perangai ganas ni takkan selesai selagi penguatkuasa buat bodoh je. Ramai dah yang dicederakan penguatkuasa kerana pergi mendengar ceramah dan berdemo. Ramai juga yang cedera kerana nahas peringatan Allah kerana pergi program BN yang porno. Jadi komer nilai sendiri ler. Siapa yang ganas, siapa yang aman?

Monday 28 May 2012

IKAN SEKINCHAN TERBAKAR HANGUS WEH!

BAKAR CAMNI KE?
"Ikan terbakar le! Dah hangus!' Menjerit bodygurad Yong.
Yong tengok, betoi dah hangus. Tak dapat nak diselamatkan lagi. Yong nak salahkan sapa? Takkan nak salahkan Ambiga dengan Anwar Ibrahim kot? 

Kononnya bekas bos mekanik Yong memiliki sebuah lamborghini. Tapi bila ekonomi meleset, dia mula cantas perks yang diberi kepada pekerjanya. Beberapa orang pekerjanya juga turut melabur dalam syarikat itu. Demer sakit hati, terus tarik pelaburan keluar, termasuk mekanik Yong dan dua rakannya. Demer tubuhkan syarikat sendiri. Elok-elok buat business sendiri, udah dapat pesaing hebat!

Macam mana workshop boleh rugi masa ekonomi meleset?

Yong cuba buat deduksi. Lebih kurang macam bos SPR buat deduksi atas deduksi tentang bilangan sampel Merdeka Center mengenai 92% yang mahu SPR bersihkan data pemilih tu! Cis! 

Okay. Berbalik pada bos yang ada lamborghini tadi, deduksi Yong begini.

Ekonmi meleset, harga barangan naik,
Orang tak mampu bayar ansoran kereta, lalu kereta kena tarik bank,
Bilangan kereta rosak dah kurang, sebab sekarang kereta duduk di bank, bukan di jalanraya,
Bilangan customer nak baiki kereta pun kurang le...
Betoi tak deduksi Yong?

Apa kaitan lamborghini dengan ikan yang terbakar hangus?
Apa kaitan ikan Sekinchan dengan Bersih?
Banyak! Jangan komer tak tau!

Demer sama-sama ada kereta mewah?
Tokeh ikan bakar Sekinchan buat lucky draw hadiah Lamborghini?
Lebih kurang begitulah.

Kita tinggalkan lamborghini, cuba teliti deduksi berikut:

Orang sibuk buat demo Bersih,
Nak pergi demo Bersih kena beli baju Bersih.
Harga baju Bersih lebih kurang sama dengan harga ikan bakar Sekinchan,
Maknanya sudah tolak satu sajian ikan bakar.
Ini baru seorang peserta Bersih dari Sekinchan,
Komer nak tahu? Ada beribu-ribu peserta Bersih dari Sekinchan!
Memang sah dia rugi besar!
Ikan pun hangus terbakar!

Baru bertatih-tatih berniaga dah nak berkereta hebat! Inilah Melayu.

Kata orang nak buat pinjaman kerajaan untuk buat business kena isi borang keahlian UMNO dulu, betul ke?

Pakcik Yong seorang kontraktor kelas A.
Dia Ahli PAS.
Agak-agak kalau kita cari dalam database UMNO, ada tak nama dia?

Seorang abang sedara buat business Catering.
Tak menang tangan dia, lebih-lagi bila musim cuti sekolah.
Anaknya graduan hotel catering UiTM, sebab dia sendiri sekolah takat SRP je. Jadi teknik-teknik perakaunan dan lain-lain anaknya yang buat.
Takde lamborghini. Takde ferrari.

Ada peribahasa Melayu menyebut:

Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ketepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.

Perbahasa ni khas untuk peserta bersih dan komer yang nak berniaga secara halal.

Tak perlu isi borang jadi ahli UMNO pun!

Sunday 27 May 2012

SALAHKAH BAWA KANAK-KANAK MENDENGAR CERAMAH?

Dua berita tidak gembira menarik hati Yong sepanjang minggu ni. Pertama mengenai seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang mengikut ayahnya mendengar ceramah DSAI tercedera terkena batu dibaling oleh makhluk yang tidak bertanggungjawab. Kedua, tentang 500 artis yang dipanggil untuk menghibur himpunan 1juta belia di Putrajaya. 


SUMBER PASPB2
Pada awal reformasi Yong bawa 2 orang anak Andak mendengar ceramah pro-reformasi. Mesti si katak Ezam, Hanafiah, Lokman Adam dan lain-lain perasan ada kanak-kanak yang hadir ceramah mereka di Perak kerana Yong sentiasa duduk dekat pentas. Anak-anak Andak mahu duduk depan. Yong terpaksa ikut je, sebab kena jaga budak-budak tu. Bila ada jeritan reformasi, takde siapa suruh. Budak-budak tu bersemangat!

Sekarang, kedua budak sudah dewasa. Kak Cik sudah jadi akauntan di sebuah syarikat antarabangsa di luar negara. Adik berada di tahun akhir kursus kejuruteraan universiti tempatan. Yong bangga kerana kedua anak saudara menjadi orang yang berjaya. Mereka tak jadi bohsia, artis dedah atau mat rempit. Ini kerana kami dalam keluarga mementingkan didikan yang berlandaskan Islam. Yong pernah cerita tentang pengaruh YB Nurul Izzah terhadap Kak Cik di sini

Jangan kata kami tak kenang budi kerajaan BN ye. Kedua-kedua anak Andak tak guna satu sen pun duit PTPTN! Keluarga Andak bukan billionaire macam anak mantan PM Malaysia, tapi mereka tak suka berhutang!

Yong minta pada ibu bapa yang anaknya tercedera, bersabarlah! Allah sentiasa berada di pihak yang benar. Lihatlah himpunan sejuta belia di Putrajaya, tiada siapa yang baling batu. Tiada siapa yang maki hamun dalam ceramah. Tapi kemalangan berlaku dan ada yang cedera. Yong hanya mampu simpati kepada yang cedera. Di harap cepat sembuh. Percayalah, wassatiyah, infaq dan jihad cuma retorik UMNO sahaja. BN hanya mahu belia khayal dengan hiburan ala-ala porno! 

Bagi yang asyik giler hiburan, insaflah. Baik komer pergi ke ceramah ustaz Azhar Idrus.

TAKDE YANG CEDERA KENA LANGGAR KERETA DI SINI
Allah tunjuk banyak isyarat. Terpulang nak faham atau masih buat bodoh!

Friday 25 May 2012

CHECKMATE! POLITIK "LICIK" NIK AZIZ

Kerajaan perpaduan sudah mati. Ia mati bukan kerana masa tu TGNA kata tok sey, tapi ia mati kerana ahli PAS menolaknya jatuh ke Laut China Selatan yang bergelora. Tetapi entah angin mana bertiup, kali ni TGNA pula kata nak muzakarah dengan UMNO, walaupun TGHA kata tak mo. Apakah agenda yang tersembunyi disebalik kenyataan TGNA?

GANDINGAN DUA TOKOH YANG DIGERUNI UMNO
Ramai pro-PR yang mempertikaikan kenyataan TGNA hendak bermuzakarah dengan UMNO. Pro-BN juga tidak kurang komen kerana ingin mendapat mileage dari kenyatan yang nampak bercanggah dengan TGHA itu. 

Rupanya gerombolan hanyalah penonton dalam permainan catur politik TGNA. Sesungguhnya TGNA ahli politik yang amat arif dan "licik". Kelebihan ini mengalahkan gerombolan yang mendapat nasihat pakar zionis APCO!

Hari ini TGNA menarik balik kenyataannya hendak bermuzakarah. Mengapa terjadi begitu? Katanya ini kerana beliau akur kepada keputusan pucuk pimpinan PAS yang pastinya mempertimbangkan pandangan "grassroots." 

Sekarang UMNO ternganga! Kalau dulu mereka kata TGNA seorang tua yang degil kerana menolak idea kerajaan perpaduan dengan UMNO, hari ini, setelah bisu beberapa ketika, tidak tahu nak buat bagaimana - nak sambut atau tidak ajakan muzakarah TGNA - akhirnya UMNO terus terkedu. UMNO tidak boleh lagi mengata TGNA tidak mahu "berbaik-baik" sesama Melayu Islam. TGNA telah sanggup bertolak ansur untuk muzakarah! 

Rupanya ulama dan "grassroot" PAS sendiri yang telah menolak muzakarah ini berdasrkan prinsip perjuangan PAS dan UMNO yang bergerak di atas landasan yang berlainan. PAS kukuh dengan perjuangan Islam, tidak mungkin bertembung dengan landasan UMNO yang assobiyah. Jika hendak mengutuk TGNA juga dalam isu pepecahan Melayu ini, sudah tidak wajar lagi!

Sementara itu Karpal Singh dibiarkan merepek dan meraban menolak hukum hudud. Siapakah yang tidak tahu Karpal Singh bukan pakar hudud dan dia mencari makan di atas sistem secular seperti sekarang? Karpal sebagai "red herring" yang membiarkan dirinya dikejar golongan gerombolan yang seronok kerana memikirkan di sana ada ruang untuk membelasah! 

Peduli apa dengan pandangan Karpal Singh tentang hukum hudud? Kalau dia tidak melalak orang tidak tahu dia wujud sebagai ahi politik, bukan hanya peguam. Di Perak, misalnya ramai "grassroots" bukan Islam dalam DAP faham maksud hukum hudud dan tidak peduli apa kata Karpal Singh. Tahniah kepada gerakkerja PAS yang bertungkus lumus menjelaskan isu hukum hudud ini kepada mereka. Di Negeri-negeri lain pastinya sama.

Di sudut yang lain debat Rafizi (PKR) dan Khairy (UMNO) telah berlalu. Khairy, walaupun berani, telah kalah dalam debat itu. Kini UMNO yang hilang arah hanya tahu membuat onar dalam ceramah anjuran Pakatan Rakyat. Ini bukan hanya tuduhan kosong. Terlalu banyak kes. Terlalu banyak kejadian ganas yang mereka lakukan. Keganasan UMNO yang bertujuan untuk mengugut orang Melayu membuat rakyat semakin benci. Jika UMNO ingin relevan, ia hendaklah menghentikan segera politik ugut ini!

ALLAHUAKBAR!

Video berikut hanya bukti keganasan. Bukti sahaja...


REKAAN LUCU ALA-ALA DORAEMON!

Oleh kerana Yong masih tak berapa sihat, tak dapat le Yong nak tulis N3 yang berat-berat. Tapi tak bermakna Yong putus hubungan dengan dunia, belum lagi. Allah belum arah Malaikat izrail cabut nyawa Yong. Meh tengok ciptaan akal-akal kreatif luar negara:


Khas untuk yob-yob yang on the go, tapi tak boleh tinggal komputer dan kopi! Sangkut je benda ni kat steering masa rihat di R & R. Awas jangan guna masa memandu ye.

Penyangkut ni mungkin boleh digunakan kalau ada banyak cable yang berserabut!

Untuk ruang sempit, ubah suai tangga jadi tempat simpan kasut dan sebagainya

Sayangkan kuku dan jari, alat ni boleh digunakan sebagai pengalas

Jika anak-anak tak nak makan roti, mungkin butter, jem dan sebagainya boleh dimasukkan ke dalam alat begini. Mungkin boleh menarik hati kanak-kanak

Khas untuk "peniaga kecil Kuala Lumpur". Dari sibuk demo Bersih 4.0 dan Halau 1.0, baik buat  roti telur bentuk begini. Amat menarik! Nasi lemak pun boleh buat presentation macam ni.

Bagi yang suka melawa, boleh guna alat ni untuk perbetul gincu anda. Awas! Sifol and gang dilarang guna nih!

Nak pergi dengar ceramah tapi hujan? Jangan risau ada payong nih!

Habis tu, bagaimana kalau berdua? Payung kembar pun ada!

Kalau malas mop lantai, anak pulak dah pandai mengesot, lapik dia dengan pengalas mop! Lantai bersih, anak tak kotor!

Innovasi orang miskin membawa bata. Kesian! Langsung tak digalakkan. Merbahaya yob!

Lelaki gila seks mungkin nak tidur guna alat nih. Juga tak digalakkan. Takut masturbate sampai mati pulak, tak sempat mengucap!


Thursday 24 May 2012

BERANIKAH AHLI UMNO DEDAH CURRICULUM VITAE DEMER?

Minta maaf sebab Yong off-line beberapa hari. Yong kena serang. Ini pun masih merasai kesan serangan. Tapi takpe lah. Yong masih boleh hidup untuk meneruskan perjuangan. Yong akan cerita di lain waktu tentang serangan itu, bila dah kembali pulih seperti sediakala.

Yong ikuti debat PTPTN Rafizi vs Khairy. Yong tak faham, macam mana anak Melayu dalam UMNO mahu terus-menerus menyokong skim pinjaman yang dahsyat ini. Hanya satu sebab utama kenapa mereka nak sokong. Mereka hanya memiliki kelulusan seperti tokeh ikan bakar Sekinchan. Itu saja tahap kelayakan mereka. Sedangkan curriculum vitae (CV) pasukan Pakatan Rakyat begitu terserlah. Contohnya CV Rafizi sendiri (di sini). Sudah tentu budak ni berani meletakkan CVnya di alam maya sebab dia hebat! Sejuk hati ibu melihatnya. Semoga beliau sentiasa diberi petunjuk dan hidayah dan meneruskan perjuangan di landasan yang betul (baca: jangan ikut Tunku Aziz).

YONG ABADIKAN POST TERBAIK RAFIZI-THUMB'S-UP
Pastinya Yong tak ingin serabutkan blog ini dengan gambar-gambar tokeh ikan bakar sekinchan yang lulus SPM tu, "Simpang malaikat 44," kata orang tua-tua Peghak. Maknanya, jangan sampai kita buat benda-benda pelik yang mendatangkan kemurkaan Allah!

Kisah ahli UMNO yang bodoh piang ni bukan Yong yang kata. Che Det pun ada cakap. Keratannya Yong tampal kat sini:

KLIK TEKS UNTUK BACA

Jika tak dapat baca di sini, carilah dalam blog Che Det. Maafle, Yong tak bagi link. Ini N3 lama. Yong sengaja ulang bagi menunjukkan inilah penyakit UMNO sebenarnya, sejak dulu lagi. Sejak Dato' Onn keluar UMNO! Sejak tu UMNO dikerumi mereka yang tiada kelayakan akademik yang cemerlang, tapi hanya mengharapkan habuan projek dan jadi proksi sahaja.

Beranikah pemimpin UMNO dedah curriculum vitae mereka yang hebat di alam maya?

Tuesday 22 May 2012

UNIFI YANG HAMPEH ATAU MAC YANG BODOH?


Masa mula-mula pasang unifi tu bukan main best lagi. Tapi sekarang dah beberapa minggu Yong menghadapi masalah ini. Line asyik putus jer. Kena restart baru dapat line. Yong tak pernah tukar komputer. Yong peminat MAC.

Aduh! sakit hati betoi!.

Yong dah cari kat forum dan sebagainya. Ada yang nasihat beli repeater. Yong pun cubale. Terbang RM140.00. Okay sekejap. Lepas tu pengsan semula. 

Kat master bedroom, ruang tengah (TV), tingkat bawah, dapur pulak boleh dapat line, tapi sering terputus. Kejadian lebih buruk berlaku bila Yong cuba surfing di bilik belakang. Langsung takde line bila siang dan malam. Bila surfing jam 4.00 pagi takde masalah, walaupun jiran keliling network on. Kenapa jadi begini? 

Tentu ada yang kata, jangan duduk bilik belakang. Hahaha, cadangan ni tak boleh diterima. Bilik belakang Yong equip dengan hawa dingin sebab ia bilik tetamu. Bilik ni berhawa dingin sebab ia dapat kepanasan matahari petang. Jiran keliling semua pasang aircondition dan kompresser yang mengeluarkan haba panas tersangkut kat luar, memanaskankan lagi ruang ini. Terpaksa le pasang aircondition jugak. Bila cuaca amat panas, terpaksa le lari ke bilik belakang. Itupun bila takde tetamu.

Tempat-tempat lain takde hawa dingin. Yong bukan kedekut, cuma taknak bayar bil yang tinggi pada Tenaga Nasional. Juga tidak mahu menyumbang pada kepanasan global. Pump kolan ikan dah guna banyak wattage. Kenapa buat kolam? Untuk dapat kesejukan semualjadi. Percayalah ia berbaloi! Tingkat bawah tak pasang kipas pun dah sejuk.

Dah melalut pada kolam pulak. 

Walaubagaimanapun, sesiapa yang cerdik tentang masalah ni, harap beri cadangan.

Yong dah mati akal.

Monday 21 May 2012

BERSIH TU HARAM WEH! PENGUNDI HANTU HALALJADAH!

Hari demi hari kita disajikan dengan segala kebobrokan SPR. Hari demi hari juga kita disajika dengan fatwa dari badan dan individu yang menyokong kebobrokan SPR.

Pengerusi dan Timbalan SPR menafikan mereka ahli UMNO. Tapi sebaliknya apa yang mereka buat tidak menjurus ke arah konsep kekebasan SPR. Penafian tidak cukup. Kerana yang penting adalah tindakan.

TAMIL MALAR NI POMPUAN INDIA

MANSOR JALI NI SEBAB ADA BIN MUNGKIN MELAYU
Contoh terbaru di atas, wanita India, bukan hanya menukar jantina, tapi menukar bangsa tanpa izinnya. Ingatkan benda macam ni terjadi dalam drama Taiwan je. Rupanya kat 1Malaysia pun ada. 

Kita semua tahu SPR duduk dalam Jabatan Perdana Menteri (JPM). Bila dah duduk dalam JPM sudah tentu ia dibawah pengaruh PM sebab CEO JPM ialah PM. Kita boleh buat inferens berikut:

SPR dalam JPM,
JPM dikuasai PM.
SPR dikuasai PM.

Masalahnya bukan SPR di dalam JPM. Masalah utamanya ialah orang yang memegang tampuk kuasa dalam SPR tu tidak bersih!

Masalah kedua ialah, apabila Parlimen dibubarkan, PM masih menganggap dirinya PM. Pengerusi dan Timbalan Pengerusi masih menganggap PM itu masih berkuasa sedangkan Parlimen sudah bubar. Jawatan PM sudah bubar. Kabinet sudah bubar! Semua Menteri sudah berhenti! Peruntukan untuk urustadbir negara tak boleh lulus lagi. Pendeknya, bila Parlimen bubar tidak boleh buat projek "mee segera!"

Jadi siapa yang berkuasa? Yang berkuasa ialah sebuah "caretaker government" yang akan bubar bila keputusan pilihanraya diketahui dan kerajaan baru dibentuk.

Bunyinya macam tak pernah berlaku di Malaysia kan?

Ya, kerajaan caretaker yang telus tidak pernah berlaku di Malaysia. Buktinya apabila BN tahu ia kalah di Selangor, timbul isu pegawai-pegawai memusnahkan fail-fail kerajaan negeri. Kalau ia fail biasa atau fail lama, kenapa ia berlaku ketika Kerajaan baru Selangor masih belum mengangkat sumpah?

SPR dalam JPM dan dikuasai manusia yang perasan dia masih lagi PM walaupun Parlimen telah bubar. Menteri Besar (MB) dan Ketua Menteri (KM) pula perasan mereka masih CEO negeri walaupun Dewan Perundangan Negeri telah bubar.

Hakikatnya, bila Parlimen atau Dewan undangan Negeri telah bubar, kerajaan caretaker tak boleh:
  • Buat dasar baru, tak kira dasar itu baik atau tak baik. Dasar mesti dibuat oleh kerajaan yang sah.
  • Buat MOU atau MOA dengan apa-apa agensi/swasta/kerajaan lain, walaupun katanya ia hanya tandatangan, sedangkan perbincangan sudah buat sebelum bubar. 
  • Guna agensi kerajaan untuk tujuan pilihanraya, seperti iklan, sebaran maklumat atau menggunakan premis kerajaan seperti dewan atau halaman sekolah.
  • Guna sumber kerajaan seperti peralatan kereta, helikopter dan sebagainya, walaupun katanya untuk perasmian, kerana kerja perasmian, pecah tanah, dan lain-lain tidak boleh dibuat oleh kerajaan caretaker.
  • Guna dana awam untuk kempen dan apa-apa sahaja yang berkait dengan kempen. 
Kalau buat juga, maknanya perbuatan tersebut adalah HARAM! Ini tak perlu tok mufti cakap. Sebab ini sistem demokrasi.

Inilah intipati permintaan BERSIH, selain menuntut supaya SPR buang pengundi hantu. Bilangan dan nama-nama pengundi hantu ini pun yang dah sampai tahap gila.

Sunday 20 May 2012

KELABU ASAP: USTAZ AHMAD AWANG FITNAH HARUSSANI?

Mungkin dulu Yong percaya Tok Mufti, tokoh JATI ini. Tapi sejak beliau mencuba memujuk kepimpinan PAS supaya membentuk kerajaan dengan UMNO di Perak, kepercayaan sudah mati. Lebih-lebih lagi Tok Mufti tak mengaku pulak ada buat kerja tu! Lalu kes sudah bertukar menjadi kelabu asap. Dari kelabu asap kerana takut tembelang menjadi perantara UMNO pecah, beliau kelabu asap pasal hukum hakam pulak. Buktinya beliau kata pergi kuil menghadiri upacara keagamaan Hindu, fatwanya "Boleh." Buat ancak pun "Boleh." Tak bertentangan dengan hukum syarak! Pergi demo kerana mahu pilihanraya bersih, fatwanya "Haram."

Berikut petikan kenyataan mufti berkenaan:

Harussani: Tuduhan itu tidak benar
Oleh: Wartawan Sinar Harian


Tarikh: May 19, 2012 

IPOH – “Tuduhan itu tidak benar, selama ini saya tidak pernah mencampuri mana-mana parti politik, bahkan tidak pernah pun mendaftar sebagai ahli mana-mana parti.”
Demikian tegas Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria terhadap tuduhan Pas bahawa beliau mencampuri urusan parti.
Harussani berkata, apa yang diluahkan sebelum ini, tidak lain hanya mahu rakyat membuka mata.
Katanya, Islam yang diperjuangkan Pas sejak akhir-akhir ini banyak dikaitkan dengan perkara-perkara negatif .
“Situasi yang berlaku ini menimbulkan kegelisahan dalam masyarakat, jadi kerana itu sebagai seorang mufti bukan kerana politik, saya memberi nasihat dan memberitahu bahawa tunjuk perasaan dengan niat untuk mengguling kerajaan itu satu perkara salah,” katanya.
Nak tahu keseluruhan teks, cari sendiri dalam akbar berkenaan.

Dalam sistem kerajaan "adil" yang disokong mufti ni, kenyataan Ustaz Ahmad Awang takkan keluar dalam media porno umno. Walau bagaimanapun keadilan Allah itu maha besar (Allah cipta alam ni, termasuk alam siber). Alhamdulillah N3 Ustaz Ahmad Awang masih ada, boleh dibaca dari blog beliau:

Contoh paling jelas apabila beliau yang mendakwa tidak berpolitik atau tidak memihak kepada mana-mana parti politik, tapi begitu bersungguh-sungguh mengajak PAS bergabung dengan UMNO menubuhkan kerajaan Melayu di Perak sebaik sahaja UMNO/BN gagal membentuk kerajaan selepas keputusan PRU Ke-12 diumumkan sepenuhnya menjelang jam 12 malam 8 Mac 2008. Atas arahan Dato' Seri DiRaja Tajol Rosli, Ketua Perhubungan UMNO Perak (waktu itu), beliau bersusah payah pada malam itu ketika hujan lebat bertolak dengan kereta ke Kota Bharu menemui Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz dan pada esok paginya pula menghubungi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi untuk tujuan mendapat persetujuan mereka. Tapi kedua-duanya menolak dengan mudah dan memberikan alasan tertentu. Sekembalinya Harussani ke Ipoh, beliau menghubungi saya melalui telefon (bukan berjumpa seperti yang ditulis dalam artikel majalah MM berkenaan). Saya menolak tawaran UMNO yang dibawa oleh Harussani dengan memberikan alasan dan hujah yang beliau tidak dapat menyanggahnya. Ikutilah penjelasan saya dalam majalah Milenia Muslim keluaran Ogos akan datang seperti yang dijanjikan penerbitnya.
N3 penuh di sini

Sudah tentu Yong percaya Ustaz Ahmad Awang dan tak percaya kelabu asap Mufti Harussani. Tapi, Yong nak tanya, selesa sangatkah imbuhan dan pangkat dari kerajaan ni sampai sanggup jadi kelabu asap?

TEMBAK BENDA NI KENA MUKA ORANG APA HUKUMNYA?

Saturday 19 May 2012

BISNES PELIHARA KAMBING HITAM MENGUNTUNGKAN TAK?

Yang kena jadi kambing hitam ni sebenornya tak berapa putih pun. Jadi, biorler mahkamah tentukan hitam ke putin ker, kan, kan, kan? Berita berkaitan kat sini

Friday 18 May 2012

INDIA BELI 6 SCORPENE WEH! APA KATA HERO POYO BAGAN DATOH?

India beli 6 buah scorpene. Berapa harganya?

JENG...JENG...JENG! 

Miker baca kat sini atau tengok keratan berita ni:


Kiraan ini dalam USD

India beli Harga 6 scorpene Rs23,562 crore = USD4.6 billion (dipetik dari artikel).

Sebuah scorpene USD4.6/6 = USD766 million 

Malaysia beli 2 scorpene RM7.3 billion = USD2.32 billion (tukaran nilai semasa)

Sebuah scorpene USD2.3/2 =USD1.16 billion.

Rakyat marhein ingin tahu kenapa Malaysia beli scorpene lebih mahal dari India, sedangkan scorpene India lebih baru. Patutnya harga semakin mahal le, kan, kan, kan? 

Tapi hero poyo Bagan Datoh tak mahu pergi Paris. Tak sangka hero poyo ni penakut ghopernyer! Buat malu oghang kampung jer.

Berani kerana benar, takut kerana salah yob. Usah ler miker berdolak dalih. Pergi jer le jelaskan. Habih ceghita. Takde le orang buat spekulasi lagi, mengapa Altantuya tu diletupkan dengan C4 (orang biasa tak dapat beli walau kat Siam pun) dan data kemasukannya ke Malaysia lenyap.

Wednesday 16 May 2012

CERITA FELDA YANG PELIK DARI LUAR NEGARA

Yong kesian kalau betoi le pakcik dan makcik Felda kena tipu. Dah tu pulok kena maki haramjadah. Sedih. Cerita "haramjadah" ni pun ada kat luar negara. Dua berita dari sumber yang sama tapi bunyinyer berbeza. Komer baca le sendiri. Cerita 1 dari the Star, buat penyedap, kata Felda masuk global weh! Hebat! pakcik dan makcik Felda akan jadi pemain saham global! Cerita 2, dari Reuters, lain macam jer bunyinya: Syarikat asing akan telan Felda sedikit demi sedikit!, dengan izin PM dan Isa Samad. Huhuhu... Komer klik le untuk besarkan image. Yong tak kose nak buat link.

CERITA 1: FELDA BERTARAF DUNIA!

CERITA 2: HABISLE DUIT FELDA KENA REMBAT SYARIKAT GERGASI!
Banyak cerita tentang Felda kat "Lanun Putajaya" di link kat sini. Tapi lanun ni cakap omputih. Mungkin perlu orang terjemahkannyer. Bab-bab terjemah ni Yong tak ekspert. 

CER KOMER TENGOK, YANG MANA PARTI AJARAN SESAT?


Komer tengok gambor ni dan bandingkan jer. Lepeh tu komer kaborkan kat Yong yang mana satu seghoper logo setan. Yong tak nak cakap banyok.

KOMER PERATI LOGO YANG MENYALA TU, MACAM APER GHOPERNYER?

INI LOGO APER AGAKNYER?
INI AMALAN PARTI YANG SUKA BUAT FATWA HARAM TU...

INI LOGO PARTI PAS, JANGAN KOMER TAK TAHU

Tuesday 15 May 2012

TUNKU AZIZ, SHERRY ITU HARAM, TAPI MENGKASARI PESERTA BERSIH YANG TIDAK BERSALAH ITU HARAMJADAH!

Ingat lagi masa Khir Toyo kalah? Menimbun fail di musnahkan (N3 terdahulu). Macam mana demer tahu dah kalah sedangkan seluruh rakyat tak tahu lagi? Tentulah jawabnya mudah je. Tentu SPR dah bagi tahu. Macam mana SPR bagi tahu? Takkan guna HP. Oh, tentunya tidak. Dulu, belum ada komputer, ya, demer guna telefon. Tapi sekarang guna apa? 

Adakah demer ada system maklumat yang sudah di link dengan SPR dan MKN? Maknanya apa-apa paparan di skrin SPR akan dapat dilihat di skrin milik umno? Lalu apa-apa berlaku dalam PRU demer tahu dulu sebelum rakyat tahu. Sebab tu demer sempat pergi ke pejabat dan arah staff bodoh supaya shred dokumen penting. Sedangkan masa tu dia bukan MB lagi sejak dewan dibubarkan. Dia tak ada autoriti untuk suruh staf buat itu ini lagi. Sebab tu Yong kata staff bodoh! 

Bukankah perbuatan membocorkan keputusan pilihanraya kepada BN dahulu sebelum menghebahkan kepada rakyat itu satu tindakan yang bercanggah dengan prinsip ketelusan dan integriti?

APAKAH INI LANDASAN YANG BETUL TUNKU AZIZ?

BERSIH TAK BOLEH, KALAU BUAT BANNER GINI BOLEH TUNKU AZIZ?
Sebagai seorang yang dulu berjuang di atas landasan transparency dan integrity, Yong amat kecewa kerana Tunku Aziz boleh berkata kerajaan sekarang berada di landasan yang betul, sedangkan kita semua maklum mengenai data berikut (Table 1 dan Table 2):

N3 ASAL DI SINI
Tunku Aziz, Sherry itu hukum meminumnya haram. Tapi itu dosa kepada Allah. Kalau sudah melakukan dosa ini, peminum boleh memohon keampunan dari Allah. Nak beri ampun atau tidak itu urusan Allah. Mengkasari pendemo yang tidak bersalah (memukul, menendang, menerajang dan memijak) adalah dosa kepada pendemo. Allah tidak akan mengampunkan dosa ini kecuali orang yang teraniaya telah mengampunkannya. 

Ostad umno, majlis fatwa, tok-tok mufti, Bagus betui dakwah komer semua. Tunku Aziz yang dah "sesat" dalam DAP sudah ikut komer, nampaknya.

Monday 14 May 2012

MASIHKAH KAU INGAT? SIAPA HARAMJADAH?

Sungguh. Yong tak tahu apa itu haramjadah. Sebab Yong tak pernah sebut perkataan itu sepanjang hayat ini. Agaknya kot Yong sebut, boleh kena rotan (Cili padi tu Yong ratah je. Tak takut) .Tapi bila PM sebut, secara tidak langsung Yong sebut juga kerana mendengarnya dan membaca N3 mengenainya. Yong cuba cari apa makna haramjadah ni. Yong jumpa beberapa contoh. Berikut beberapa aksi yang boleh dikatakan haramjadah. Komer setuju tak?

GAMBAR 1: KERJA HARAMJADAH MENGHAPUSKAN DOKUMEN SULIT KERAJAAN

Gambar 1, 2 dan 3 dirakam selepas BN tahu demer kehilangan Selangor. Entah apa demer nak sorok. Tentu kerja haranjadah. Kot kerja baik takkan nak hapus bukti. Tentu nak bagi tahu satu dunia.


GAMBAR 2: FAIL KEWANGAN MANGSA HARAMJADAH

GAMBAR 3: HASIL KERJA HARAMJADAH

Haramjadah ni ropernya bukan hanya kata-kata, tapi isyarat pun boleh juga. Komer tengok contoh kat sini. seronoknya demer!

GAMBAR 4: ISYARAT HARAMJADAH PEMIMPIN

GAMBAR 5: ISYARAT HARAMJADAH PENGIKUT

Gambar 6 dan 7 Yong rembat dari blok Omak Kau. Ini adalah gambar rakyat yang tidak rela di"haramjadah'kan oleh pemimpin kerajaan semata-mata kerana tidak setuju dengan dasar kerajaan.

GAMBAR 6:  FITNAH HARAMJADAH GAGAL MEMBUNUH SEMANGAT PEMIMPIN INI

GAMBAR 7: RAKYAT RASIONAL MENOLAK POLITIK HARAMJADAH

GAMBAR 8: ANAK MENUNTUT KEADILAN TIDAK RELA DIPANGGIL HARAMJADAH
Bila rakyat buat program, termasuk BERSIH, maka cepat sahaja tok-tok mufti (dengan majlis fatwa) melompat dan buat fatwa HARAM." Tapi bila umno buat, demer bisu dan buta. 

Sungguh! Yong taknak sebut perkataan ini. Tapi Yong nak tahu dari Maj;is Fatwa Kebangsaan, Dari Tok-tok Mufti:

SIAPA HARAMJADAH?