SATU PETANG DI KUALA LUMPUR

KEKAWAN

Ini rumah Yong. Rumah Yong adalah catatan peribadi episode perjalanan hidup Yong. Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Kalau tidak komer tak faham. Kalau tak suka, tak payah singgah. Move on.

Thursday, 7 June 2012

DATUK PROFESOR DR RAMLAH ADAM KENA TENDANG DARI UITM


Tak kira enko dah berpuluh tahun jadi ahli umno atau penasihat PERKASA. Kalau enko bukan kaki ampu, atau bukan kaki angguk, maka enko kena tendang.

Datuk Profesor Dr Ramlah Adam adalah salah satu daripada mereka yang tak suka bermuka-muka. Beliau memang pemegang keris bogel yang setia dan salah seorang penasihat PERKASA yang suka berterus terang. Kalau dia rasa tak betul, dia akan kata tak betul, walaupun yang memberi pandangan itu ahli umno, walaupun Ketua Menteri sekalipun. Beliau juga seorang ahli sejarah yang berwibawa. 

Jangan kata Yong nak mengampu Datuk Profesor Dr Ramlah ye. Yong bersikap adil. Memang ada kalanya kita tidak bersetuju dengan pandangan Datuk Profesor Dr Ramlah Adam. Ideologi politiknya sudah tentu bercanggah dengan Yong. Tapi dalam kes Lynas, Kampung Baru dan alam sekitar, kami sependapat.  

Dalam kes kontrak tidak diperbaharui, adalah amat-amat aneh.

Datuk Profesor Dr Ramlah telah diingatkan supaya memohon untuk menyambung kontrak. Beliau melakukannya 6 bulan sebelum kontrak tamat. Tetapi akhirnya surat dukacita juga yang diterima. Hari ini kabarnya ada jamuan di fakulti khas untuk ucap terima kasih dan selamat jalan kepada Datuk Profesor Dr Ramlah. Apa sudah jadi? Orang yang hendak diraikan tidak hadir. 

Yong simpati pada Datuk Profesor, tapi, nak gelak pun ada bila dengar cerita kawan mengenai jamuan yang tak jadi ni. 

DATUK, SELAMAT MENCARI LANDASAN PERJUANGAN YANG DIREDHAI ALLAH.  

Wednesday, 6 June 2012

GAMBAR MISBUN KAT KOPITIAM BOLEH PULAK?

Saper pun tak geli geleman masuk dan makan kat kopitiam ni, walaupun ada gambor Misbun tersenyum dekat lorong masuk. Bagi Yong, Misbun takle hensem macam Tom Cruise, tapi takpelah ye. Kita terima kurnia Allah seadanya. Tak payah makan tempeh banyok2 sebab nak cerahkan kulit atau suntik botok sebab nak tegang kulit. Yong dengan gembira masuk dan makan mee goreng kampung demer. Sedap weh! Yong bagi iklan free kat sini. 

Tapi bila tengok gambor bawah ni, Yong terus STOP. Bior betoi.

Pernah satu hari Yong nak beli keropok lekor. Tapi kat van itu ada gambor PM 1Malaysia. Bodyguard terus belok ke lain. Katanya, "Taknak pergi beli situ, nampak tak apa kat atas van tu?" Selain dari bodyguard Yong, tak tahu entah berapa ramai bakal pelanggan yang dah melencong ke lain disebabkan sekeping gambor!

TENGOK DALAM BLOG ADDIN /GREENBOC
Dulu heboh 1Malaysia pasei gambor beg nih. Budak-budak sekolah kena usong beg ni pergi sekolah. Kata tak boleh berpolitik dalam sekolah, tapi buat lain pulok.

SUMBER PRIAMALAYSIA

Yong penin dengan perangai BN yang pelik nih. Nak kempen pun bior le cerodek!

Tuesday, 5 June 2012

PTPTN GALI KUBUR, TAKDE ILMU KUTIP HUTANG CARA HALUS, HALANG BUDAK UNISEL NAK BELAJAR!

SUMBER

Iklan kutip hutang cara halus ini sudah ada sejak setahun yang lalu. Kat taman tempat Yong tinggal pun ada. Yong ada ambik gambor, tapi entah di mana simpan. Yang ini gambor Yong rembat dari seorang blogger. Maaf Yob Cikgu, Yong tak minta izin. Tapi Yong link kat blog miker. Jangan marah cikgu. Cikgu tentu suka orang nak belajor kat universiti kan?

Berita PTPTN terbaharu katanya demer dah halang budak nak belajor kat Unisel. Berita asal di sini. Keratan Yong letak kat blog ni.

BEKU JADI BERBEKU
Tak tahu apa masalah PTPTN ni. Duit PTPTN ni duit siapa? Duit mak bapak korang ke? Ditegur terus merajuk taknak bagi hutang. Rupanya along lebih cerdik dari PTPTN. Tak kira macam mana orang kutuk, demer tetap lebih kreatif dan selamba. Demer kutip hutang cara halus! PTPTN kutip hutang macam along Taiwan! Ooops! Sorry orang Taiwan. Yong tengok kat TV jer.

Nak jadi along, kena belajar dari along macam mana mengutip hutang cara halus!

Sakit hati bila baca berita tentang along bernama PTPTN ni. Bukan apa, sebahagian dari duit PTPTN ni duit pembayar cukai macam Yong. Kalu komer buat kerja tak betul. Yong tak halal gaji yang komer bawa balik bagi anok bini/laki makan. Jangan kata komer saja cari rezeki. Ingat! Rezeki kena halal kau nak dapat barakah dari Allah.

Pendirian Yong tetap sama. PTPTN patut ditutup jer. Bior semua budok belajor free. Tapi yang dah berhutang tu kena bayor balik le. PTPTN jangan minta bunga-bunga macam along pulok!

Kerajaan Selangor kena tolong budak-budak Unisel. Ini kes berat!

Monday, 4 June 2012

SEDAP KUTUK ULAMA, TAK SEDOR KETAYAP DAH SENGET WEH! HAHAHA!

Nih profesor aper lak? Profesor mata ke profesor Islam? Sedap betoi mulutnya mengata tuan guru Nik Aziz, tak sedor ketayap dah senget, weh! Saper dah tertinggal cerita baca kat sini. Yong tak sampai hati nak upload kat Blog.

KETAYAP SENGET!
Cer tengok baik-baik ketayap dia...kan sama gaya pakai dengan budak kat gambor bawah nih. Tak sengaja? Atau Allah nak tunjuk kita camne hatinya?

KIPPAH DIPAKAI BUDAK YAHUDI
Mulut dia pulok sama dengan dengan mulut kaki pukul 1Malaysia. Cer baca kat bawah nih:

INI PETIKAN NST

Kot kita benci orang pun, Yong tidak advocate perbuatan sumpah seranah dan maki hamun. Ini pulak tuduh orang kafir atau iblis dan sebagainya. Tak tahu camne nak labelkan profesor nih. Komer nilai sendiri ler.

Saturday, 2 June 2012

MOH ULANGKAJI SEJARAH KEHEBATAN UMNO, BERJUANG 2 TAHUN BERJAYA CAPAI KEMERDEKAAN

Umno heboh sana sini kata demer pejuang kemerdekaan. Takde saper lagi dah yang terlibat. Nama Dr Baharuddin Helmi hilang entah ke mana. Jika komer pergi ke Muzium negara, nama-nama tokoh yang bukan umno tak ditemui. Pejuang yang wujud di zaman awal penjajahan Britith seperti Tok Jangguk, Mat Kilau dsb. jelas terpampang. Adakah mereka juga orang umno? 

Di bawah ini keratan dari arkib negara (di sini). langsung tak sebut umno. Tak timbul nama umno pun. Jadi umno toksah meraban kate komer ler pejuang kemerdekaan.


Tunku tandatangan Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu. Beliau tandatangan sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu bagi pihak kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, bukan umno!

PEKEMBAR (umno) ditubuhkan tahun 1946. Perjanjian dibuat tahun 1948. Hebatnya umno! Baru berjuang 2 tahun telah berjaya mencapai kemerdekaan Tanah Melayu! Nelson Mandela tentu kagum!

Jangan nak auta kat rakyat, bahawa komer mesti memerintah negara ini sampai kiamat kerana komer adalah pejuang kemerdekaan.

KAMI MASIH - MASIH MENUNGGU PENJELASAN BAGAIMANA PATI BOLEH JADI RAKYAT MALAYSIA? BACA PENDEDAHAN SABAHKINI DI SINI DAN SINI

APAKAH HUBUNGAN "PEJUANG KEMERDEKAAN" DENGAN PATI?

BERITA BAIK BUAT UMNO : KOMER MENANG DUN SUNGAI MANIK DAN KAMPUNG GAJAH (UPDATE DENGAN VIDEO)

Yong dah banyok kali kabor. Kot nak menang DUN Sungai Manik dan Kampung Gajah, sikap komer kena ubah. Kalau komer teruskan sikap macam sekarang, DUN Sungai Manik dan Kampung Gajah kekal dipegang UMNO. Sikap komer akan mengesahkan kajian UMNO bahawa DUN Sungai Manik dan DUN Kampung Gajah milik UMNO.

Yong dah buat posting tentang perkara ni dulu lagi di sini dan di sini. Tapi nampaknya sikap komer macam tu jugak. PKR tetap dengan bodoh sombong. PAS tetap dengan biorler.

PRU13 dah amat hampir. Aper komer buat eh? Mana orang PKR? Cer komer cari, ader tak demer hidup dalam blog? Yong jumpa ini ajer blog PKR. Ada juga blog individu pro-PKR. Rasanya dibangunkan oleh orang yang sama:

BLOG ADER 2 HALAMAN

Yang ini pulok blog PAS:
BLOG ADER 14 HALAMAN
Blog PAS ader juga cerita-cerita. Tapi masih tak cukup.

Yong tahu kat Pasior Salak mungkin ader masalah network. Jadi sukar untuk update blog. Takpelah kot takde blog pun, tapi janganler tidor! 

PKR, berapa ramei ahli komer? Langsung tak mahu bertolak ansur nak bertanding kat Sungai Manik jugok, walaupun tahu takde "grassroot." Ingat nak harap ahli Teluk Intan tolong, sebab Teluk Intan dah ader DAP. Changkat Jong ader PAS. Ingat! Changkat Jong pun dalam keadaan kritikal jugak.

Mengikut blog PAS Pasior Salak, nampaknya PAS akan tumpu jentera pada Kampung Gajah jer. Sungai Manik, biorler. PKR, komer akan hanyut dalam parit kat Sungai Manik, kot komer tak berusaha dengan lebih bijak!

Setakat ini Parlimen Pasior Salak 50-50. Tapi kalau PKR nak bertanding kat situ jugok, kemenangan akan berpihak kepada UMNO! Ini kerana kajian mendapati pemilih yang mengundi PKR untuk DUN takkan mengundi PKR untuk Parlimen.

Sebabnya mudah jer. Demer takut kalau menang, tapi tak dapat bentuk kerajaan, dua-dua jadi katak. Ini masalah kepercayaan yang harus ditangani dengan baik. Bagi pengundi PAS pula, demer lebih tegas. Jika demer mengundi PAS peringkat DUN, demer akan undi PAS peringkat Parlimen. Masalah kepercayaan tidak timbul walau apapun tuduhan Hassan Jati.

Perangai PKR Pasior Salak/Sungai Manik dan penyokong demer yang berapa kerat tu menghasilkan berita baik buat UMNO!

Ikut suker komer nak percaya ke tidak.

Di sini ada video DSAI di Langkap. Bersungguh-sungguh DSAI turun padang bagi nasihat berlapis-lapis. Tak tahu masuk otak ke tidak. Pengampu memang bagi cerita baguih jer.


Menyesal dahulu pendapatan
Mengesal kemudian takde gunanyer.