SATU PETANG DI KUALA LUMPUR

KEKAWAN

Ini rumah Yong. Rumah Yong adalah catatan peribadi episode perjalanan hidup Yong. Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Kalau tidak komer tak faham. Kalau tak suka, tak payah singgah. Move on.

Sunday, 7 October 2012

APA CERITA PENGAGEHAN KERUSI PKR DAN PAS DI PERAK?

Orang yang munafiq itu, apabila berjanji, dia mungkir! Berjanji ini bermaksud berjanji untuk melakukan kebaikan. Bab Islam melarang mungkir janji ini budak sekolah tadika pun tahu. Tapi budak yang belum baligh kita maafkan bila dia lupa janjinya tak akan minta belikan barang permainan bila masuk supermarket. Budak belum baligh tak masuk kategori munafiqun. Tapi bagaimana dengan orang dewasa?

Dalam Quran ada surah Al-Munafiqun (hipokrit). Kita selalu baca surah itu.

WAJAH PENGKHIANAT PKR DAN DAP

Tidak perlu kita ulang sebut tentang katak-katak Perak yang hipokrit itu! 

Sejarah telah mencatatkan pengkhianatan mereka kepada perjuangan parti yang mereka wakili.

Tapi sekarang, apakah parti yang pernah mereka wakili itu menghormati perjanjian dengan ahli pakatannya? Mengapa berdolak-dalih apabila PAS meminta PKR mengkotakan janjinya untuk mengembalikan kawasan yang dipinjamkan kepadanya, walaupun telah dikhianati? 

Seorang aktivis PAS berkata:

Azmin tu jagaler Selangor kot nak sangat jadi MB kat situ. Tak payah kacau Perak. Bukan dia tak tahu PKR tiada akar umbi di Perak.

Sikap Azmin ini dilihat oleh aktivis (baca akar umbi PAS) seperti mahu meletakkan orang-orangnya bertanding di kawasan yang berpotensi menang tanpa memperdulikan perasaan ahli PR dari PAS. Orang-orang ini termasuk "bapa angkatnya" yang tidak berwibawa. Siapa bapa angkat Azmin di Perak?

Setahu Yong, para aktivis yang telah bertungkus-lumus memenangkan katak-katak PKR dalam PRU12 dahulu tidak pernah memaafkan, walau telah beberapa kali Aidil-Fitr muncul! 

PRU13 telah teramat hampir.

PAS jangan terlalu berlembut.

PKR jangan jadi munafiq.

Munafiq itu perangai parti syaitan.

Rencana berkaitan di sini

Saturday, 6 October 2012

ROSNAH SIHAT SEBAB SELALU BERSENAM, TIRU MACAM SAYA!

Pemimpin ameno ni bila bercakap terlupa tengok cermin dulu! Sebab tu jadi merapu macam orang kena sampuk! Contohnya berita ini:

Ekonomi negara kukuh - Najib

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB dan RADHUAN HUSSAIN 

utusanterengganu@utusan.com.my

KEMAMAN 6 Okt. - Ekonomi negara masih berada di landasan kukuh berdasarkan keupayaan menarik pelaburan langsung asing (FDI) yang mencecah lebih RM13 bilion pada suku pertama tahun ini walaupun situasi ekonomi global terus tidak menentu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia jelas membuktikan para pelabur asing mempunyai keyakinan terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan utama.

"Apabila kerajaan menerima pelaburan asing masuk ke negara ini, selain meningkatkan ekonomi negara, kerajaan juga akan mempertimbangkan bagaimana pelaburan yang diterima dapat memberi limpahan manfaat kepada rakyat.

"Manfaat itu adalah dari segi peluang pekerjaan, perniagaan, peningkatan taraf sosioekonomi dan tanggungjawab sosial korporat kepada rakyat setempat," katanya ketika berucap dan menyempurnakan majlis pecah tanah Loji Pembuatan Biometionina dan platform Tiokimia Bersepadu di Taman Biopolimer Kertih dekat sini hari ini. . .

Pada masa Najib syok sendiri warga felda sedang menangis kerana saham FGVB terus menjunam!

OOPS SILAP! INI BUKAN WARGA FELDA ATAU ROSNAH. INI MODEL CHECHEN, (YANG MUNGKIN SELALU BERSENAM), MEMPERAGA PAKAIAN MUSLIMAH DI DUBAI!

Pemimpin ameno memang suka cakap ikut sedap mulut jer. Tapi lepas cakap, ponteng sesi bahas di Parlimen kerana takut kena kritik!

LIMPAHAN MANFAAT KEPADA RAKYAT, KATA NAJIB

Macam mana acuan, macam itule kuih bahulunyer! Ini pula kata Rosnah, Ketua Puteri UMNO yang come lote tu:

75 peratus rakyat Malaysia tidak bersenam - Rosnah Abdul Rashid

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Sebanyak 75 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia didapati tidak atau kurang melakukan senaman, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata sebahagian rakyat negara ini tidak sedar mereka terdedah kepada penyakit pembunuh "dalam diam" seperti diabetes dan hipertensi disebabkan amalan gaya hidup kurang sihat.

"Di Malaysia, kira-kira 2.6 juta penduduk dewasa menghidap penyakit diabetes, 5.8 juta menghidap hipertensi dan 6.2 juta mempunyai kolestrol tinggi.

“Apa yang lebih merungsingkan ialah ramai dalam kalangan rakyat tidak sedar bahawa mereka mempunyai penyakit pembunuh dalam diam itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Bersama Pelanggan Hospital Ampang di sini hari ini.
OOPS SILAP LAGI. INI AISHAH, SRIKANDI PKR!

INI PULAK MUSLIMAT PAS YANG TAK PERLU DIPERKENALKAN LAGI

Mana gambor Rosnah? Sorry Yob dan Kakcik semua! Komputer Yong bunyi krik-krek bila nak upload gambor dia! Komer cari ler sendiri. Kah kah kah!

Penyakit yang dibawa oleh syaitan yang dikenali lagi dahsyat!

Friday, 5 October 2012

JENAYAH TAK NAMPAK: BETULKAH ADA JIN "TARIK DUIT"?

RM50.00 DIGEMARI JIN TARIK DUIT

Selalu kita dengar nasib malang orang yang ditipu bomoh yang kononnya pandai "tarik duit." Jarang kita baca tentang apa yang berlaku apabila kaedah "tarik duit" ini "berjaya" mencapai matlamatnya.

Terpulang komer nak percaya atau tidak. Tapi ini pengalaman peribadi Yong yang amat menyakitkan hati dan badan. Yong masih dalam proses recovery setelah trauma mengalaminya. Yong ingin kongsi pengalaman ini sebagai pengajaran. Yang baik jadikan teladan. Yang buruk jadikan sempadan.

Setelah menamatkan pengajian di luar negara, Yong ditugaskan di Semenanjung, bukan lagi di Sabah. Yong pun mula mengenali kawan-kawan baru. Tapi sesuatu yang pelik berlaku setelah beberapa bulan Yong pulang. Yong perasan duit gaji begitu cepat habis.

Mula-mula Yong sangka, ini fenomina cuai. Jadi Yong mula berkira bila berbelanja. Tapi kesusutan wang terus berlaku. Ada masanya dekat gaji Yong dah takde duit. Kekawan yang baik hati sering belanja makan kerana faham Yong selalu kehilangan wang. Beberapa kejadian pelik berlaku pada Yong menyebabkan Yong fikir ada yang tak kena. Contohnya:

Kejadian 1:

Satu pagi sekumpulan pelajar memohon derma untuk program mereka. Yong keluarkan wallet dan beri mereka RM50.00. Salah seorang nampak duit dalam wallet Yong dan menegur secara bergurau:

"Nampak macam ada lagi...tambah le..."

Jawab Yong: "Ini nak bayar duit kutu."

Kami pun gelak jer. Yong main kutu dengan kawan. Seorang bayar RM200 sebulan. Saja seronok-seronok jer.

Waktu rehat tengah hari Yong pergi ke pejabat kawan untuk menyerahkan duit kutu. Alangkah terkejutnya wang RM200 telah ghaib!

Kejadian 2:

Seorang kawan memberi RM80.00 pada Yong untuk bayaran barang yang dia beli dari adik ipar. Yong dah dahulukan dengan duit Yong. Jadi duit itu sebagai mengganti le. Lepas terima duit Yong ikut anak sedara pergi melihat rumah kawan yang nak dijual. Baliknya kami singgah di sebuah gerai buah durian. Anak sedara Yong kata dia takde duit. Yong kata, no problem. Kami pun pilih buah durian untuk bawa balik. Time nak bayor, Yong tengok dalam beg tangan RM50.00 sudah ghaib! Mujur masih ada RM30.00 untuk bayor harga durian. Kalau tak jadi beli, malunyer!

Kejadian 3:

Satu hari Yong bawa not RM50.00 untuk beli kek harijadi anak sedara yang belum sekolah. Yong dah janji nak beli kek cokelat kegemarannya. Sampai ke kedai kek, Yong tengok dalam beg, duit dah ghaib! Mujur Yong belum order. Sedih! Itulah RM50.00 Yong yang terakhir untuk bulan itu. Yong terpaksa selongkar dari bilik, laci, dll. Dapatle RM65.00 ++ dalam bentuk RM1.00, RM 5.00 dan siling! Yong beli kek cokelat yang murah dari kedai lain untuk jimat duit.

Ada banyak lagi kejadian kehilangan wang yang pelik. Semuanya kehilangan not RM50.00. Duit hilang waktu malam, siang, dalam wallet, dalam kocek seluar, dalam beg mahupun dalam laci. Paling kerap duit hilang ketika Yong pergi shopping! Duit short bila dikira balik dengan barang yang dibeli!

Oleh kerana Yong dah selalu hilang duit, Yong tak bawa banyak cash lagi. Sampai tahap ini Yong hanya keluarkan RM40.00 sahaja dari ATM. Yong juga guna kad kredit bila beli barang. Tapi cara ini tak berkesan juga, kerana duit hilang dalam perjalanan ke bank untuk bayar kad kredit!

Akhirnya Yong tak tahan lagi dan mengadu pada abang sulung. Dia bawa Yong jumpa Pak Wahab. Di kalangan ahli silat Gayong Ghaib Perak, Pak Wahab amat dikenali. Kami pergi bertiga, dengan anak abang yang sulung. Yong panggil dia Akak.

Yong bukan jenis suka jumpa bomoh. Tapi ini dikira sudah kritikal.

Pak Wahab boleh berkomunikasi dengan makhluk halus. Dia berjaya berkomunikasi dengan makhluk halus yang mengaku mengambil duit Yong.

Menurut Pak Wahab, makhluk yang mengambil duit Yong ialah jin kafir. Dalang (tuan jin ini) menggunakan kaedah tarik duit melalui jin kafir sebagai kadam. Kata Pak Wahab, makhluk ini bukan toyol, tapi konsep sama, mencuri jugak. Jin kafir ini akan mengenalpasti beberapa orang kenalan si dalang lalu menarik duit mereka. Maknanya dalang adalah kenalan Yong sendiri!

Kecurian bukan one-off. Tapi berulang. Dalam setiap RM1000.00 Yong pegang, RM400 akan diambilnya. Maximum sekali ambik ialah RM200 supaya Yong tak sedar tentang kehilangan itu. Minimum RM50.00. Ia dilakukan bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Astagfirullah! Entah sudah berapa ribu dia ambil duit Yong!

Jin kafir itu minta Yong halalkan duit yang telah diambil dan menganggapnya macam zakat jer! Dia ingat ini lawak ke? Yong enggan bertolak ansur. Yong kata Yong tetap akan dakwa dia dan dalang (tuannya) di akhirat!

Anehnya jin kafir ni masih nak negotiate, dari RM50.00 sekali ambil, dia minta RM1.00. Tapi Yong berkeras tak akan beri dia ambil walaupun satu sen! 

Menurut jin itu dia terpaksa ikut arahan tuannya. Dia perlu mengambil duit dari sumber yang halal. Bukan duit hasil judi atau jual dadah dan babi! Hah!

Akak nampak jin itu duduk di antara Yong dengan abang. Wajahnya mirip seorang perempuan Melayu... (Akak memang ada "third eye." Akak bukak cerita setelah kami pulang. Akak tak kenal seorang pun kawan-kawan Yong, walaupun masa itu dia dapat perincikan wajah yang dilihatnya. Yong pun tak mahu tuduh sesiapa).

Pak Wahab pun potong line jin kafir itu supaya tidak dapat lagi mengambil duit Yong. Selepas itu Yong dihinggapi berbagai-bagai penyakit! Antaranya, sakit mata yang tak sembuh-sembuh, gatal-gatal dari kaki sampai ke pinggang, terjaga di waktu malam dan sakit kepala. Yong guna ubat doktor tapi tak berkesan.

Abang bawa Yong jumpa ramai bomoh selepas Pak Wahab untuk mengubat penyakit pelik ini. Ada bomoh  kata puncanya Yong enggan bertolak ansur dengan jin tarik duit dan dalangnya. Apa punya kepala otak jahat! Sudah curi duit orang, buat orang sakit pulak!

Yong anggap itu semua dugaan dari Allah. Syukur Alhamdulillah, walaupun Yong mengambil masa bertahun-tahun baru sembuh, akhirnya Yong berjaya mengalahkan energy jahat ini.

Nasihat Yong pada komer semua! Jangan percaya kepada jampi serapah untuk "TARIK DUIT" yang menjanjikan kekayaan segera. Komer sebenarnya ditipu bomoh dan menganiaya orang lain!

INGAT! DUIT ITU BUKAN "DITARIK" DARI LANGIT, ATAU DARI ALAM JIN, TAPI DARI PENCARI REZEKI HALAL. YAKNI KAWAN-KAWAN KOMER SENDIRI!

Tidak kira sama ada jin yang hendak memberi kekayaan itu mengaku dia Islam, berjanggut sampai ke pusat dan pegang tasbih! Itu semua tipu muslihat syaitan sahaja.

JANGAN PERCAYA!

JIKA INGIN KAYA, BERUSAHALAH MENCARI REZEKI YANG HALAL!

TUDUHAN KJ GANGSTER ADALAH TIDAK BENAR...

Heboh cerita seorang menteri dan 2 pemuda BN terlibat dengan gangsterism. Salah seorang ialah KJ. Baca cerita di sini.

Tapi Yong takde ler nak percaya. Sebab takde gambor untuk dijadikan bukti. Yang ada cuma gambor lamer. Ceritanyer kot komer dah miss ader kat sini.


SAPER BUDAK ITAM TUH?

Tapi cerita dia rasuah untuk mengalahkan anak pelopor parti syaitan yang dikenali untuk menjadi Ketua Pemuda Yong percaya, sebab ada videonyer!

Bagi yang dah luper, komer tengok video ni. Macam nak rak. Kalah filem Tamil! Mujur ada polis. Kalau tidak, tak tahu kepala siapa yang pecah. Ini baru boleh dikategorikan tindakan ala-ala gangsterism. Jadi, nak tuduh KJ seorang gangster adalah tidak benar. Ini kerana yang bertindak ala-ala gangster tu pemuda ameno, termasuk pengikut anak pelopor parti syaitan yang dikenali. Maknanya, ramai bebenor le pemuda ameno yang gangster! Huh!

Kesimpulannya, kalau merasuah itu kerja jahat dan yang jahat itu gangster, maka perasuah adalah gangster!

APA NAK HERAN? SYAITAN KAN CHIEF GANGSTER!





Thursday, 4 October 2012

RAHSIA KEPINTARAN WARISAN PANTAI TIMUR

BUDU DALAM PEK KECIL

Selain Tok Janggut, pejuang anti penjajahan, nenek moyang orang Kelantan sebenornya lagi cerodek dari omputeh kapitalis!

Demer cipta budu!

Budu ni warga kota sering perlekeh. Kononnya ia makanan busuk dan kotor. Warga kota yang tak gemor budu sebenarnya telah kehilangan satu nikmat yang tidak dapat diganti oleh KFC dan McD yang berminyak dan memiliki kandungan kolestrol yang tinggi!

Dulu Yong pun tak tahu makan budu. Tapi, bodyguard ajar Yong makan. Wow, rupernyer budu ini rasernyer sangat oomph!

Sebenornya ada banyak khasiat budu. Antaranya:

Budu berpotensi melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis dan kanser

Kajian mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria dan zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. 

Baca seterusnya di sini atau di sini

Patutlah orang Kelantan amat pintar dan menolak UBN serta teguh dengan pendirian mereka walaupun ditindas oleh kerajaan zalim yang menafikan hak rakyat Kelantan keatas Royalty minyak!

Tapi, takkan hari-hari nak makan budu?

Takde masalah. Hari-hari pun boleh makan budu!

Baru-baru ini Yong balik jenguk ibu. Adik Yong masak bihun. Simple jer bihun tu, takde udang tergolek pun. Tapi sangat sedap. Rupernyer adik tambah perasa dari budu!

Balik ke rumah Yong cuba berbagai-bagai masakan yang dicampur budu, selain bihun goreng, seperti berikut:
  • Nasi goreng kampung
  • Tumis kangkung dengan cili padi.
  • Tumis ikan bilis
  • Masak asam ikan merah, sotong atau udang.
  • Tumis baby kailan
  • Tumis taugeh. 
  • Masak fucuk
  • dan lain-lain...komer cubalah sendiri.
Dah campur budu dalam masakan, takpayah campur belacan lagi, kecuali masih teringin sambal belacan!

Masaklah untuk teman-teman komer yang IQ masih lembab menyanjung UBN yang ternyata lembab dalam tadbir urus negara. 

Wednesday, 3 October 2012

PRO-ASPIRASI TAK STIM, GOOGLE HANGOUT JADI GIGGLE HANGOUT (UPDATE)

BUDGET GILA-GULA TAK MENJADI

MANA PERGI BUDAK PRO-ASPIRASI DI GOOLE HANGOUT?

ANAK MUDA LEBIH PINTAR DARI TELEFON PINTAR

Tiga langkah awal menjadi stimulus buat penasihat Najib supaya meniru Anwar Ibrahim menerusi program "Google Hangout." Pertama, kemenangan besar Pro-Aspirasi yang disiarkan dengan gah; Kedua gula-gula bajet "terbaik" (kata Muhyiddin) seperti bonus (?) dan BRIM (?) dan Ketiga, rebet RM200 untuk golongan cyber-lepak muda.

Yakin dengan penasihat (baca pengampu), Najib melangkah masuk ke dunia cyber dengan penuh gaya, walaupun kecut nak masuk gelanggang parlimen!

Malangnya semua strategi itu tidak menjadi kenyataan. Penyokong Pro-Aspirasi tidak berkumpul di Google Hangout! Anak muda tidak naik "stim" dengan gula-gula RM200 Najib.


MANA PERGI GENG PATRIOT?


Padahnya meniru - Google Hangout dah jadi Giggle Hangout.

Program yang septutnya menjadi medan soal-jawab PM dan warga Malaysia dah jadi bahan gelak warga-internet! Alahai!

Kisah terkini camni:

SUMBER MILOSUAM




Tuesday, 2 October 2012

CERITA ALI RUSTAM LAGI? (VIDEO)

Wah syoknya! buat kenduri tak kuar duit satu sen pun! Saper pulok sponsor nih?

SPRM tak boleh buat-buat buta dan pekak. SPRM kena siasat! Ali Rustam perlu dedah saper sponsor majlis perkahwinan anak dia! Aper sebab sponsor? Sedara yang sponsor ke? Atau ader udang gergasi sebalik nasi minyak ke?

Citer Ali Rustam  ni buat Yong teringat pulok pada isu Pemilihan UMNO 2009. Ceritanya ada dalam video ini. Sementara video masih ada di ruang siber, komer yang miss, boleh tengok dan nilai sendiri.





Di bawah ini pulak berita MStar yang kata Ali Rustam buat kenduri percuma. Sesungguhnya dia amat "bertuah" kerana, sementara rakyat terpaksa berhutang nak kenduri mengkahwinkan anak secara sederhana, dia buat kenduri besor dengan PERCUMA!

SUMBER MSTAR

JENAYAH TAK NAMPAK: JANTAN GATE MEGHONYAM, POSA LEBIH BERKAT



Yong baca berita ini. Suka pun ada, Kesian pun ada. Padan muka pun ada. Ini beritanya:

'MYMEN PLUS' beracun

2012/10/03 - 00:41:17 AM 

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan produk tradisional MYMEN PLUS Capsule 400mg berikutan pembatalan pendaftarannya oleh Pihak Berkuasa 
Kawalan Dadah (PBKD) pada 27 September lalu. 

Ini kerana produk itu didapati mengandungi racun berjadual tadalafil, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman dalam satu kenyataan semalam. Penggunaan tadalafil tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan masalah serius seperti hilang penglihatan atau pendengaran, penurunan tekanan darah mendadak sehingga peringkat berbahaya dan kesan terhadap sistem kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung, katanya. 

Tadalafil adalah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat kegagalan fungsi erektil atau mati pucuk dan ubat-ubatan yang mengandungi bahan itu hanya boleh dibekalkan doktor atau diperoleh dari farmasi dengan preskripsi doktor. 

Tadalafil atau analognya tidak dibenarkan dalam ubat yang dikelaskan sebagai ubat tradisional, kata Dr Hasan. 

Sesiapa yang mempunyai stok produk MYMEN PLUS Capsule 400mg dinasihat menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya serta-merta kerana boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. BERNAMA.

Yong suka sebab jantan tua gate yang gemor merogol gadis bawah umur tidak dapat nak guna ubat ini. Selamatlah gadis bawah umur! Alhamdulillah!

Yong kesian sebab ada lagi jantan gate yang tak sedor diri, ingin mencabar ketentuan Allah tentang keupayaan sexualnya. Huhuhu. Sabor yob!

Yong kata padan muka kat syarikat itu. Nak untung sangat, ambik ko! Jangan pulak ko buka syarikat lain dan niaga benda yang sama! Cis!

Geng-geng yang suka buat dan tengok video porno camne agaknya ye? Sedih bebenor demer kot? Lebih-lebih lagi kot ada yang dah tertelan ubat ni. Cepat jumpa doktor!

KAH KAH KAH!


Monday, 1 October 2012

RUPA-RUPANYA IMAM KHALIFAH AGUNG SRI TRI BUANA GANGGA SIMANJAKINI CHULA SAKTI INI TAKUT MASUK GELANGGANG! KAH KAH KAH!

IMAM KHALIFAH?

Ingat lagi tak?

Ingat? Baguus kalau ingat. Tapi rasanya MP BN lupa. Demer lupa bos demer ialah Imam Khalifah Agung Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.

Bukan Yong yang kata. Tapi Berita Harian yang sebut:

HEBATNYA PIEM 1MALAYSIA!

Rugi betul persatuan silat ini. Penat lelah komer buat upacara belum habih lagi "Imam Khalifah" komer dan panglima kanannya udah tunjuk sifat semulajadi demer - Takut masuk gelanggang berhadapan dengan pasukan Pakatan Rakyat yang takde apa-apa gelaran dari persatuan seni silat, tekwando, wushu, ultramama etc. etc. pun!

IMAM KHALIFAH TAKUTKAN ANWAR IBRAHIM?

Yang dok tercongok buat riuh di gelanggang hanya tukang bawa gendang perang sahaja!

Baca kisah seterusnya di sini atau di sini