Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday 31 December 2012

JAKIM TAK DAPAT KAWAL BENDA YANG PATUT DI KAWAL. SEKARANG NAK KAWAL TUAN GURU HAJI HADI AWANG.

MEE YANG MENYAMAR HALAL

Mee yang menyamar halal memang wujud dan berleluasa di pasar raya dan pasar basah. Ia serupa AES yang dipacak haram di negeri Selangor. Entah apa Jakim buat. Produk di atas Yong sudah uji di sini. Yong dedahkan dan hantar email ke Jakim, minta di siasat. Yong tak dapat jawapan sehingga kini. Mee masih dijual. 

Maknanya rakyat Malaysia yang beragama Islam masih makan mee yang penuh dengan boric acid ini. Komer semak sendiri di sini.

Apa pulak kaitan dengan berita ini?

Presiden PAS kena tindakan jika enggan tarik amanat kafirkan UMNO

Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mahu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya yang mengkafirkan UMNO. 

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha, berkata jabatan itu akan terlebih dulu memanggil Hadi berhubung amanat terbabit yang membawa kepada perpecahan umat Islam di negara ini.

Beliau berkata, pelbagai tindakan diambil sebelum ini tidak berjaya mengekang amanat itu daripada diamalkan pengikut parti berkenaan khususnya yang fanatik walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan sudah mengharamkannya.

Katanya, andai Hadi ingkar dan mahu terus mempertahankan amanat itu, tindakan lain boleh diambil termasuk mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.


MELAYU PEJUANG ISLAM?

Tak mengapa kalau rakyat Islam Malaysia makan makanan haram pun!

Atau bersentuhan dengan bukan muhrim dalam kelab malam yang menjual minuman haram!

"Benda ini (orang Islam buka kelab malam atau minum arak) pun sudah lama, tindakan pun sudah diambil, tapi timbul balik” kata seorang pegawai penguatkuasa yang enggan dinamakan kerana takut kena buang kerja.

INI CARI MAKAN, BUKAN FANATIK

Dulu, kini dan selamanya kalau pakai topeng ameno, halal atau haram tak akan nampak.

JOM UBAH!

TOLAK AMENO, TOLAK BN!

Sunday 30 December 2012

DR MASHITAH NI HILANG INGATAN KE APA?

FESYEN RAMBUT ISTERI PEMIMPIN YANG MENCONTOHI KEMODERATAN RASULULLAH?

Bila baca tulisan Dr Mashitah pada 23 Mac 2012 di Sinar Harian, Yong rasa loyer tekak. Bukan apa, Yong tak dapat mencari contoh atau bukti yang disebut penulis tentang Najib mencontohi kemoderatan Rasulullah. 

Yong pun tak faham apa maksud "kemoderatan Rasulullah" itu. Ini kerana "moderate" itu lawannya "extreme." Sedangkan dalam Islam setiap amalan itu ada wajib dan sunat jer. Bab makruh dan harus kena tanya Tan Sri Mufti Harussani. Yong bukan expert.

Tapi Yong tahu, dalam Islam tiada hukum extreme. Tiada amalan extreme. Contohnya, menutup aurat bagi wanita Islam itu wajib, bukan extreme. Bukan juga ini bermakna tidak menutup aurat itu amalan "Islam moderate" kerana perbuatan itu adalah ingkar kepada sunnah Rasulullah. Ingkar kepada Rasulullah sama macam ingkar kepada perintah Allah. Itu kata ustaz masa Yong sekolah dulu. Peraturan tentang penampilan muslimah ini tak pernah berubah sehingga sekarang.


Rasulullah tidak pernah melakukan kekejaman, walau kepada mereka yang memusuhinya sekalipun. Tapi bagaimana dengan pemimpin BN ini? Adakah dengan label "moderate" itu telah memberi Najib lesen untuk melakukan kekejaman kepada rakyatnya sendiri?

ADIL, BERTOLAKANSUR DAN INKLUSIF, MAKA HOSPITAL PUN MENERIMA SEMBURAN AIR DAN GAS PEMEDIH MATA (INKLUSIF, HAHAHA!)

"Moderate" itu menghalalkan pengambilan untung dari "denda" terhadap rakyat jelata kerana kesalahan lalulintas? Menentang AES itu extreme? Kerana itukah ulama ameno bisu tentang sistem yang zalim ini?

Nampaknya AG yang tak popular di kalangan penyokong PR lebih berani dari ulama ameno!

AG TIDAK IKUT "KEMODERATAN" RASULULLAH?

Lepas memuji pemimpin tertinggi BN, yang dia samakan dengan kepimpinan Rasulullah; pada 28 Disember 2012, di dalam akhbar yang sama beliau meraban dengan menulis:


Dia salahkan ulama! Tidak pula dia menamakan siapa ulama itu! Tak tahu kenapa dia tidak menamakannya. Mungkin takut kena saman. Kita hanya boleh berteka-teki dia bercakap mengenai dirinya sendiri. Atau ulama partinya sendiri. Ini kerana ulama partinya sendiri yang telah mengharamkan yang halal. Misalnya, Majlis Fatwa mengharamkan perhimpunan BERSIH yang halal! 

Entah apa yang berlaku kepada Dr Mashitah yang ada PhD dalam bidang yang berkaitan dengan kehidupan yang diwajibkan bagi umat Islam ini. Tentunya dia seorang yang cerdik. Tak taulah kalau dia hilang ingatan dan tak ingat semua yang dipelajarinya semasa di institusi pengajian tinggi.

Friday 28 December 2012

ISYARAT TANGAN 1MALAYSIA ADALAH SIMBOL PUAK KRISTIAN UNTUK UKIRAN BATU NISAN! MUFTI TOLONG KELUARKAN FATWA!

Komer fikior jari telunjuk hala ke langit itu ciptaan Najib? Kalau komer fikior gitu komer dah silap besor!

Cer komer tengok gambor-gambor berikut:

APA YANG DIUKIR PADA BATU-BATU NISAN ITU?

Carian Yong mengenai isyarat tangan itu menemui soalan dan jawapan berikut dari Wikianswer: 

What does a right hand closed in a fist with the index finger pointing up mean on a tombstone?

Answer:
There is one way, there is one God and Jesus is his son. The gesture was common in the 70's for the Christians often referred to as the "Jesus Freaks" akin to the hippies with a Christian bent.

Terjemahan jawapan:
Ada satu cara, ada satu Tuhan dan Isa adalah anaknya. Isyarat ini adalah kebiasaaan bagi orang Kristian dalam tahun 70-an yang sering dirujuk sebagai "Yesus Freaks" serupa dengan hipi yang berhaluan Kristian.

Tok Mufti, ulama ameno dan tak ulama, tetiba minta PAS tarik balik amanat Hadi. Terima kasih ameno kerana "menghidupkan" Amanat yang telah diarkibkan itu.

Komer tengok diri sendiri dulu sebelum tunjuk jari pada orang lain! Adakah komer benar?

BADAN AJE HIDUP

Patutlah ameno dan BN semakin mereput! Ropernyer demer guna isyarat yang digunakan oleh orang mati!!!

Orang mati itu bukan kaum Muslimin! Lantok demer nak letak tanda apa kat kubur demer. Yang komer ameno (konon nak perjuang Islam) ikut sanjung isyarat tu apekejadah?

Kesian kat bebudak sekolah rendah yang diajor guna isyarat orang mati nih!

AGAK-AGAK MATI NANTI ADAKAH PUAK AMENO BN NAK LETAK ISYARAT TANGAN 1MALAYSIA NI KAT BATU NISAN?

KIHKIHKIH!

PERUT MENTERI DAN PEMAJU SEMAKIN BUNCIT, PEKERJA MATI KATAK. ALAHAI 1MALAYSIA...!

Kononnya kita ada sistem OSHA (Occupational Health and Safety Act) yang hebat. Ia dilancarkan dengan penuh janji palsu oleh gomen BN yang diketuai piem maqasid syariah yang "sayang" pada masyarakat India. Buktinya, masyarakat India ada wakil: S. Subramaniam yang jaga Kementerian Sumber Manusia macam ladang terbiar!

Kita juga ada NIOSH (National institute of occupational safety and health) yang diketuai oleh Lee Lam Thye. Apa kabar Tan Sri? Tak larat buat keroje, duduk rumah jer le!



TOLONG?

Dua pekerja kontrak maut terkambus tanah runtuh ketika sedang membuat kerja di Sungai Petani. Adakah keluarga dua mangsa ini akan mendapat pampasan? Kita tunggu dan lihat apa Menteri nak buat.

Siapa sebenarnya pemaju untuk projek perumahan di Amanjaya ini?

Entah sudah berapa kali tanah runtuh. Entah sudah berapa buah bangunan runtuh. Entah sudah berapa ramai pekerja maut. Menteri buat macam biasa je. Macam takde apa-apa tragedi yang berlaku. Cakap berdegar-degar. Rakyat bertarung dengan maut dalam perjalanan ke tempat kerja, semasa membuat kerja dan pulang dari kerja.

Ini tak termasuk masalah kesan sampingan (externality factors) yang menjadi kos kepada rakyat yang terkesan dengan projek, walaupun tidak mendapat apa-apa manfaat dari projek.

Siapa bertanggungjawab?

Menteri Sumber Manusia?
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan?
Menteri Kerja Raya?
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar?

Adakah demer akan tolak menolak tanggungjawab seperti kebiasaannya? Cari kambing hitam macam selalu? Tunjuk jari pada pihak lain?

Semakin banyak kementerian semakin banyak masalah. Adakah kita masih mahu berterima kasih kepada gerombolan ini?

Perut menteri dan pemaju juga yang semakin buncit!

MACAM HAMPEH!

Wednesday 26 December 2012

ALAM PUN PROTEST


Kononnya BN sudah siap sedia. Ini kata Ahmad Maslan, Ketua Penerangan ameno. Aduhai...Ini berita basi. Dari dulu lagi demer dah kata sedia, tapi masih ragu-ragu untuk bubar parlimen.

Angkuhnya ameno dan BN.
Angkuhnya tiada batasan dan had.


Menurut sumber Yong, PRU13 akan diadakan pada bulan Mac. Kalau sehingga bulan Mac ameno tak bersedia, BN kena buat pilihanraya jugak, iaitu pilihanraya negeri Selangor. Sebabnya TS Khalid dah kabor Selangor akan mengadakan pilihanraya bulan Mac 2013. Sedia atau tidak BN kena ikut buat pilihanraya untuk negeri Selangor.

Apa strategi BN untuk mencapai 3 objektif utama tersebut?

BN guna 2K: Kempen dan kawal.

Takde masalah untuk kempen. BN boleh guna TV dan media utama untuk membuat fitnah. Tapi bolehkah BN kawal segalanya? Sekarang BN kawal media, pasukan keselamatan dan semua jentera kerajaan termasuk polis, SPR dan SPRM. Pemimpin ameno, khususnya, boleh berjalan sana sini, guna wang pembayar cukai, tapi berkempen untuk parti, menabur fitnah dan berbohong. 

Tapi dapatkah BN kawal alam ini?

Bolehkah BN kawal apa yang dilakukan oleh alam ini?
Bolehkah BN arah angin jangan bertiup; hujan jangan turun; air jangan melimpah.
Bolehkah BN arah alam jangan halang sistem yang korup ini untuk terus berkuasa?
Bolehkah BN ganti kerosakan yang dilakukan oleh alam ini sebelum bulan Februari?

Maaf. Alam pun protest.

Tuesday 25 December 2012

GAMBOR CANDID ISTERI DS NIZAR YANG CUN-MELECUN

DATIN SERI FATIMAH TAAT

Cer komer banding wajah Datin Seri Fatimah Taat dengan si rambut kembang tu. Mana yang lebih berseri?

Bukan senang nak dapat gambor beliau close-up. Timakasih Bad @ Pasir Salak. Walaupun diambil dengan menggunakan kamera tak berkuasa tinggi, Yong tetap abadikan gambor beliau kat blog Yong. Komer yang rambut kembang jangan jeles! 

YANG INI BUKAN RAMBUT KEMBANG TAPI SARANG BURUNG TEMPUA.  TAK BOLEH GUNA BUAT SANGGUL (WALAUPUN SERUPA) SEBAB MENYIMPANNYA SALAH KATA PERHILITAN.

Fesyen rambut sarang burung tempua popular di kalangan isteri pemimpin yang mendakwa mengamalkan prinsip maqasid syariah.

BAYANGKAN GEBENG BANJIR DAN ENTAH APA BENDA DARI KILANG LYNAS HANYUT KE RUMAH ANDA!

KAWASAN PERUMAHAN DIBANJIRI BAHAN TOKSIK WARNA MERAH

Pada 4 Oktober 2010, tembok penahan takungan sisa kaustik di loji alumina Ajka berhampiran Kolontar, Hungary, runtuh dan melepaskan lebih daripada satu juta meter padu (38 juta kaki padu) enapcemar merah yang sangat beralkali. Arus menghanyut bahan buangan yang membanjiri beberapa kampung berdekatan, membunuh 10 orang, mencederakan lebih daripada 120, dan ramai yang melecur kulit akibat kebakaran kimia. Enapcemar akhirnya meresap masuk ke dalam sungai tempatan dan membunuh banyak hidupan dan haiwan (SUMBER). 

AIR SUNGAI YANG MENJADI MERAH

Malapetaka ini belum berlaku di negara kita kerana hanya Kuantan yang banjir. Hanya Kuantan. Bukan Gebeng. Juga bukan Pekan.

Tapi Gebeng amat dekat dengan Kuantan. Hanya 5 km dari Pelabuhan Kuantan dan 25 km dari bandar Kuantan. Kilang Lynas terletak di Gebeng. 

KUANTAN TENGGELAM. APA YANG IKUT HANYUT DALAM AIR?

Adakah kita harus menunggu malapetaka seperti di Hungary baru kita sedar?

Monday 24 December 2012

MAKLUMAT YANG KOMER PERLU TAHU: SIAPA TEMBERANG BN AKAN MENANG 154 KERUSI?

TELINGA SIAPA NI? (SUMBER)

Menurut sumber dalaman yang bocor, jentera ameno mempunyai dua saluran untuk mengkaji kedudukan kekuatan parti. Satu di peringkat pusat. Yang lain dikumpulkan dari peringkat negeri.

Kemenangan 154 kerusi parlmen adalah yang dikumpulkan dari saluran kajian strategik peringkat negeri. 

Kajian strategik peringkat negeri ada "tendency to inflate data" (membesarkan data) supaya kelihatan selesa. Tujuan memberi gambaran selesa tersebut adalah untuk menunjukkan bahawa ketua perhubungan negeri ada buat kerja dan bolehlah terlantik lagi. Misalnya untuk dilantik semula sebagai MB atau KM. Semua negeri memberi data yang telah dimanpulasi. Bezanya ada negeri yang terlebih manipulasi. Ada negeri yang hasil kajiannya tak jauh berbeza dengan dapatan kajian dari saluran peringkat pusat.

Negeri-negeri yang terlebih membesarkan data itu ialah Terengganu, Negeri Sembilan, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Kenapa terjadi begitu? Apa masalah negeri-negeri itu? 

Memang negeri-negeri itu bermasalah. Yong ringkaskan sahaja dapatan masalah itu:

TERENGGANU

Negeri ini ada first-time Menteri Besar. Sudah tentu MB ini ingin dilantik semula sebagai MB. Umum juga tahu dia bukan pilihan PM. Jadi dia kena "impress" PM untuk menunjukkan kedudukannya adalah selesa. Semua jentera di Terengganu dalam tahap stabil. Mereka tiada problem untuk menangani PAS Terengganu yang mesra UG itu. Mereka yakin kerana ada ahli parti dalam gabungan PR yang ameno-firendly dan akan angkat bendera putih. Mereka yakin kawasan tertentu yang kini dikawal PAS akan jatuh kembali ke ameno. 

NEGERI SEMBILAN

MB NS terpalit dengan skandal wang RM10juta. Banyak kawasan di NS telah berjaya ditembusi PR, termasuk kubu-kubu demer di dalam FELDA. Ini adalah perkembangan yang tidak menyeronokkan BN, kerana selama ini rakyat NS sangat anti apa-apa parti yang bukan dalam komponen BN. Ditambah dengan skandal RM10 juta yang tidak dapat dijelaskan, MB NS menjadi liabiliti bagi BN. Mungkin tragedi yang menimpa Khir Toyo menjangkit ke MB NS. Sebab tu dia kena tunjuk yang dia best. NS dalam keadaan terkawal. Peneroka FELDA juga terkawal.

PAHANG

MB yang bakal hilang telinga ini memang merasa bahang kebangkitan rakyat, khususnya di kalangan masyarakat FELDA yang marah akibat kedudukan saham FGV yang merudum. Ditambah dengan isu kilang Lynas yang dilihat tidak membawa keuntungan pada masyarakat setempat. Pahang bukan lagi simpanan tetap bagi BN. Oleh kerana itu ia perlu dilihat dalam keadaan baik. MB Pahang juga terpaksa meyakinkan sultannya ameno akan terus berkuasa. Taruhan di Pahang amat tinggi.

SABAH

Ingat isu RM40 juta sudah ditutup. Tapi terbuka semula kerana kegigihan Rafizi dan kumpulannya. Imej KM Sabah tercalar teruk dengan isu ini. KM Sabah juga amat mengenali pemimpin parti yang menjadi komponen BN Sabah. Dia tahu demer akan melompat jika percaya BN bakal tumbang. Ini kerana ramai pemimpin BN Sabah masih menghormati DSAI. Oleh itu PM mesti diyakinkan BN Sabah masih dalam kawalan. Sumber maklumat Internet di Sabah mungkin tidak seperti di Semenanjung. Tetapi mereka memiliki cara tersendiri untuk menyebarkan maklumat dan mendapat undi rakyat Sabah!

SARAWAK

Dulu dikhabarkan KM Sarawak bersedia turun dari tahta. Tapi ternyata ia tidak berlaku. Ini mengecewakan beberapa pihak. Ada di kalangan pemimpin dan ahli komponen BN Sarawak juga tidak puashati terhadap keluasan cengkaman KM dan keluarganya dalam sektor swasta. BN Pusat sudah sedia maklum tentang perkara ini. Jadi kepimpinan Sarawak perlu menonjolkan bahawa politik di negeri itu masih baik-baik saja supaya BN Pusat tidak cuba menggugat kedudukan KM Sarawak. Seburuk-buruk KM Sarawak, dia tetap dapat mengawal politik negeri itu. 

Kata informer Yong, kalau dah yakin menang 154 kerusi, hari itu juga Najib bubar parlimen! Negeri-negeri tidak boleh temberang kerana Pusat ada caranya sendiri untuk mengenalpasti kedudukan BN di seluruh negara. Jelasnya, penemuan kajian BN Pusat tidak begitu baik untuk mengadakan PRU13 sekarang.

Najib dan Muhyiddin tidak percaya hasil kajian yang dikeluarkan negeri. Sebab itu Muhyiddin fokus ke Terengganu. Najib berulang-alik ke Sabah. 

Demi mempertahankan negeri-negeri tertentu (yang banyak minyak), beberapa negeri mungkin akan dikorbankan. Negeri-negeri tersebut termasuk negeri Yong sendiri. Huhuhu...kesian Zambry...

Yang pasti sama ada PR atau BN yang akan menguasai Putrajaya, beberapa MB dan KM akan ditukar! Memang ada MB dan KM yang tak lena tidur! 

ALAHAI...KALAU BOS SENDIRI PUN DEMER TEMBERANG, RAKYAT APA LAGI?

JOM UBAH! TOLAK BN!

Sunday 23 December 2012

ENAM ASAS PEMBANGUNAN UMMAH AMENO

Siapa kata calon BN awal-awal lagi tumpo?

Demer kan ada calon hebat dari kalangan doktor, jurutera, professor, peguam, ostad dan tokoh motibasi yang berusahawan?
  1. Di  bawah demer diampu oleh tokeh projek penswastaan yang hartawan.
  2. Di sebelah kanan demer ada pengawal keselamatan negara yang mengundi pos kerana sibuk sebagai pahlawan.
  3. Di sebelah kiri ada NGO yang memperjuangkan Melayu-Islam-Raja yang budayawan.
  4. Di hadapan ada mufti dan ulama duit yang tinggi ilmuan.
  5. Di belakang ada media propaganda, tukang spin dan segala jenis karyawan.
  6. Di atas ada pemegang kuasa tangan-tangan ghaib mengawal hantu yang dermawan.

KARYAWAN HASIL PEMBANGUNAN UMMAH AMENO

Sanggupkah kita terus menerima hidangan dari lebihan sisa makanan yang basi dan busuk bercendawan?

DI MANA LETAKNYA MALU MUHYIDDIN YANG BERCERAMAH TENTANG PEMBANGUNAN UMMAH?

Saturday 22 December 2012

GEMPAR DAN MENAKJUBKAN: AWAL-AWAL LAGI CALON BN SUDAH TUMPO! KAHKAHKAH!

RATU PLASTIK

Entah apa dimakan semalam, tetiba bangun pagi terus nak buat kejutan! Eh, bukan Yong nak buat kejutan yer. Yong rakyat marhein yang setiap hari memang terkejut dengan berita-berita tentang negara Malaysia yang kununnya memiliki komitmen yang tinggi bab-bab menangani rasuah, lepas tu jadi negara paling rasuah. Alahai!!!

Hujung minggu ni ingat nak rilek sebab sepanjang minggu amat sibuk. Tapi nampaknya kena jugak berceloteh di sini. Hahaha!. Komer baca berita yang menggemparkan dan menakjubkan ini:

DAH MENGIGAU SPRM NIH?

Yong petik sebahagian berita sensasi itu:

Langkah pastikan wakil semua parti bersih rasuah

Kuala Lumpur: Kerajaan dicadang mewajibkan parti politik mengemukakan senarai calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) untuk proses tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Datuk Johan Jaaffar, berkata ia antara yang dirangka oleh pihaknya untuk dicadangkan berkuat kuasa menjelang PRU-13 tidak lama lagi.

“Cadangan ini membabitkan semua parti politik dan individu yang akan bertanding sebagai calon Bebas, termasuk Ahli Parlimen atau ADUN yang bakal dicalonkan semula atau yang pertama kali bertanding.

Calon bersih

“Ini bagi memastikan calon yang bakal bertanding ‘bersih’ daripada rasuah, selain mengelakkan tohmahan tidak berasas ke atas individu yang akan bertanding atau partinya,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat panel berkenaan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), semalam.

Bagi orang biasa, tentu kita harapkan calon PRU 13 itu bersih dari skandal rasuah dan punya akhlak yang terpuji kan? Tapi, cuba komer baca siapa pulak bagi respon ni:

SHAFIE APDAL CALON PRU13 PALING BERSIH?

Shafie Apdal tu orang biasa kah? Ahha... tentu bukan. kan? kan? Jadi, apa yang tersirat dalam kenyataan sokongannya terhadap cadangan SPRM nih? Tolong story sikit?

Adakah Shafie Apdal ni orang Mahyuddin yang akan dicantas oleh Najib? Sebab tu cerita dia tetiba jadi hot! Jadi dia bersandiwara menyokong cadangan SPRM untuk menunjukkan kejantanan "aku berani, engkau berani disiasat SPRM?" supaya "aku tak dapat, orang lain pun tak dapat juga."

Alahai Shafie Apdal...miker nak kelentong sapa nih?

TAKNAK, KATA PR

Tapi...apesal awal-awal lagi pemimpin PR dah reject idea bernas SPRM nih? Kenapa reject? Kan bagus kalau SPRM tapis calon dengan penuh integriti! Nanti takde sorang pun calon BN akan dapat bertanding. PR akan menang tanpa bertanding semua kerusi. Kahkahkah!

Toinggg! Yong mimpi rupanya!

Semua tahu SPRM dan BN berpisah tiada! Macam isi dengan kuku.

Nak refresh cerita hot Shafie dan minah dalam gambor di atas komer baca di sini, di sini dan di sini.

Friday 21 December 2012

DARI AMENO MUFTI DAPAT PANGKAT, DARI PERKASA DAPAT ANUGERAH, DARI UZBEKISTAN DAPAT APA?

Amat malang apabila Mufti begitu bangga menerima anugerah dari pertubuhan yang sifatnya assobiyah!

Amat busuk bila mulut Mufti berbau seperti mulut pemimpin dan balaci ameno!

Mufti tegurlah apa yang patut ditegur.

Kalau Mufti tak tegur apa yang patut ditegur, Mufti pulak yang kena jawab soalan dari Allah nanti.

Yong tak kisah Mufti nak tegur siapapun, asalkan Mufti bersikap adil ketika menegur.

Yang engkar taknak menutup aurat Mufti kena tegur.
Yang tersengih-sengih dengan k-pop juga Mufti kena tegur.
Yang gesel pipi jantan bukan muhrim Mufti kena tegur.
Yang ikut penganut Hindu menyalakan lilin waktu depavali Mufti kena tegur.
Yang ikut perayaan Thaipusam Mufti kena tegur.
Yang arah pukul pendemo aman dan yang memukul pendemo aman Mufti kena tegur.

Tak kira demer tu pemimpin ameno atau PR.
Asal yang dibuat bercanggah dengan ajaran Islam Mufti tetap kena tegur.
Mufti kena ikut menumbangkan kerajaan yang zalim kepada rakyat, bukan turut mengampunya.

Mufti pun toksah ikut rombongan yang ada program tarian gelek! (Cerita asal kat sini).

PENARI GELEK UZBEKISTAN

PENARI ALA-GELEK K-POP

TARIAN ALA-GELEK POLIS
GELEK GEDIK HINDUSTAN?

Kenapa Mufti beria-ia benar memburukkan PAS sehingga mengungkit kisah berdekad yang lalu? Mufti takut tak dilantik semula kalau PR berkuasa kah?

Thursday 20 December 2012

AES GANTUNG TAK BERTALI JER WEH! BUKAN CERAI TALAK TIGA!

BN sebenarnya masih cintakan AES. Tapi disebabkan ia dibenci rakyat jelata, akhirnya Peguam Negara gantung dia. Gantung tak bertali weh! Bukan cerai! Nanti lepas pilihanraya, dia ambil balik. 

Pakcik Sifu Pekida tentu menyambut baik tindakan Peguam Negara. Sebabnya anak-anak buahnya dah berbuih mulut komplen tentang ketidakadilan AES ini. Tak tau pulak kot lepas ni geng Pakcik Sifu Pekida akan kembali setia pada ameno. Huhuhu! 

Setakat ini Yong langsung tiada keyakinan demer akan buat apa-apa kajian. Ingat tak dulu demer kata akan buat kajian tentang ISA, Akta berhimpun dan entah apa lagi. Kesudahannya apa? Tahanan ISA masih dok ada entah di mana. Rakyat yang berhimpun dibelasah. 

Jadi Yong tak percaya apapun yang ameno janji nak buat. 

Ameno dan koncu-koncu di dalam BN wajib ditumbangkan pada PRU13! Lepas demer tumbang baru kita kaji camne nak buat dengan AES ni. 

Jangan bagi can demer nak lepas tengkuk dengan janji konon-konon gantung. 

GANTUNG CAMNI KE?

Terus terang, Yong sokong kerajaan pantau pengguna jalanraya. Tapi kaedah pemantauan ni kena adil, weh! Bukan untuk mengaut keuntungan di atas kesengsaraan rakyat!

Tuesday 18 December 2012

KILANG LYNAS BOLEH DIBINA DI HADAPAN RUMAH CHEDET

BERGAMBAR DENGAN GEMBIRA (SUMBER UTUSEX)

Penduduk Gebeng sekarang boleh menarik nafas lega. Operasi Lynas tidak merbahaya. Jadi bolehlah kilang itu dipindahkan ke depan rumah Chedet atau mana-mana individu yang sangat suka kilang ini. Sisa pun boleh disimpan di dalam peti ais demer. TAK MUDHARAT! kata demer.

Sunday 16 December 2012

C++ SILAP. AMENO BAKAL HILANG WANG PERTARUHAN DI BACHOK


Tak tau apa yang C++ mengarut ni? Ader ker dia kata Nasharuddin Mat Isa bertanding di Bachok akan timbul persoalan adakah para pengundi di Parlimen Bachok akan memberikan undi mereka kepada Nasharuddin Mat Isa? 

Ader ker dia kata entah jentera parti PAS di Parlimen Bachok akan berkerja dan berkempen untuk memastikan Nasharuddin Mat Isa ini menang di kerusi Parlimen Bachok nih? (Baca N3 C++ di sini).

Apa C++ mengarut nih? Kalau Nasharuddin Mat Isa bertanding di Bachok, jentera PAS tak payah susah payah kempen! Konfim ameno hilang wang pertaruhan! Ini kerana semua penyokong ameno akan mengundi Nasharuddin Mat Isa! Kahkahkah!

DAH MEMBER TAKKAN TAK KASI CAN MENANG KOT!

Nasharuddin kan disayangi oleh PM wasatiyyah dan ameno? Sudah tentu PM wasatiyyah takkan menyusahkan Nasharuddin Mat Isa di Bachok! Kahkahkah!

Penyokong PAS pulak terbahagi kepada 2 kumpulan. Kumpulan UG pasti akan mengundi Nasharuddin Mat Isa. Kumpulan anti UG buat undi rosak atau boikot!

Jadi, siapa menang?

Tentu Nasharuddin Mat Isa!

Oleh hal yang demikian, ameno baik toksah ikut bertanding. Bior Nasharuddin Mat Isa menang tanpa bertanding. Lagi mudah kerja Nasharuddin Mat Isa. Tak payah turun padang. Lagipun selama ini dia tak turun padangpun. Tak pergi Muktamar. Tak pergi Bersih. Takde dalam HKR. So? Apa masalah? Tentu ameno akan sokong dia 110% untuk menang di Bachok!

Bro C++, agak-agak kalau Yong baling kasut boot selemoi taik kucing kat geng UG PAS, polis tangkap tak?

Saturday 15 December 2012

TAHU DAH KENAPA HARIMAU MALAYA KALAH

Harimau adalah haiwan paling ganas di dalam hutan. Tapi sedihnya Harimau Malaya kalah. Bagaimana ia boleh kalah?

Ia kalah bukan kerana kuatnya gajah perang. Ia kalah kerana ketakutan!

Ketakutan menyebabkan pertahanan kucar kacir. Tapi siapakah yang menakutkan Harimau Malaya?

Agak ini puncanya?:

HARIMAU MALAYA

Harimau Malaya sebenarnya ialah spesis harimau kecil berbanding dengan harimau India. Walau bagaimanapun harimau terbesar ialah harimau Siberia atau Amur Tiger. Habitatnya di tempat sejuk Siberia. Beratnya boleh mencapai 384 kilogram. Berat harimau Malaya pula boleh mencapai 150 kg sahaja.

AMUR TIGER

Kalau bertemu adakah dua ekor harimau ini nak berkawan? Sudah tentu Harimau Malaya keluh kesah. Lebih-lebih lagi kalau Amur Tiger ini datang nak memeluk. Adui...boleh pengsan Harimau Malaya dek kecut perut!

HARIMAU BINTANG SALJI 

Tapi ada juga spesis yang kecik lagi. Snow leopard atau harimau bintang salji tinggal di atas pergunungan Asia. Saiznya lebih kecil dari Harimau Malaya dan Harimau Siberia. Ia boleh mencapai berat badan sehingga 55 kg. Nampak comel kan?

Kalau semua harimau itu dikacukkan, agaknya jadi apa?

JENG JENG JENG!

FESYEN BAJU FLOM KETIKA MELANCARKAN KAPAL TLDM

Mudah-mudahan kapal TLDM selamat sebab harimau bukan spesis hidupan laut. Harimau tidak tinggal di lautan.

Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong!

Siapa yang menghina Raja-Raja Melayu?

Friday 14 December 2012

KITA MAHU NIZAR JAMALUDDIN!: CINA LANGKAP

Semakin teruk si pelakon porno menghina Islam dan hukum hudud, semakin tegar komitmen orang Cina terhadap PAS dan Pakatan Rakyat, khususnya ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)!

Cina Langkap rajin datang mesyuarat, berbincang dan menghulurkan sumbangan tenaga dalam apa-apa aktiviti PR, khususnya PAS di Langkap. 

PAS adil untuk semua orang. Kata Cina Langkap.

Siapa pulak Cina Langkap ni?

Langkap sebuah pekan kecil yang dihuni oleh majoriti kaum Cina. Langkap terletak dalam DUN Sungai Manik.

Jika komer ikut jalan ka Ipoh dari Kuala Lumpur, masuk ke Teluk Intan, belok ke Chui Chak, komer akan jumpa Langkap, sebelum jumpa Air Kuning, Mambang di Awan eta...

Sebut Langkap, orang akan teringat Perang Parang Panjang Sungai Manik! Apapun Yong tidak akan pergi kepada sejarah permusuhan Melayu dan Cina Langkap, kerana episod itu telah berlalu dan wajib dilupakan. Oleh itu tidak hairan jika dulu Cina Langkap dan Chui Chak amat prejudis dengan orang Islam.

Begitu benci kaum itu pada Melayu, DULU!

Ini kerana orang Melayu kata Cina tu kominis.

Cina pulak kata memeluk agama Islam, maknanya masuk Melayu!

Sekarang demer tahu Islam bukan bermakna Melayu! Islam untuk semua kaum.

Demer tahu itu semua dakyah BN (ameno + MCA)

Ini dibuktikan apabila Cina Langkap tidak lagi risau ketika petugas PAS memberi penerangan tentang perjuangan PAS dan Islam. Malahan demer berkata, kalau Nizar bertanding di Sungai Manik, Cina Langkap akan mengundinya.

Sebab Cina Langkap mahu Nizar jadi MB Perak.

Kata ketua demer: Tuhan Allah suruh orang buat baik. Jangan tipu. Jangan rasuah. Jangan pukul orang. PAS adil kepada semua kaum kerana ia parti percaya kepada Allah.

Prejudis Cina Langkap kepada Islam dan Melayu telah dikikis dan dilempar jauh-jauh!

Moh kita berkenalan dengan Cina Langkap:

INI BILIK OPERASI DHPP DI LANGKAP
KETUA DHPP PERAK, BEH HENG KEN, SANGGUP TURUN KE LANGKAP. BERBAJU KUNING MEMBELAKANGKAN KAMERA ISTERI BELIAU. GAMBAR DIAMBIL DALAM SATU PROGRAM ANJURAN DHPP DI LANGKAP. PAKAI KETAYAP USTAZ ABU BAKAR, PESURUHJAYA PAS PERAK.

INI KETUA DHPP PASIR SALAK, ORANG LANGKAP. DEMER PANGGIL DIA RICHARD. NAMA GLAMOUR!

AKTIVIS PAS (BAJU HIJAU) SEDANG MEMBERI PENERANGAN
MAMAT CINA TAK PAKAI BAJU NI PUN MENGAMBIL PELUANG BERCELOTH. TAK TAHU APA DIA KATA TAPI SUMER DAH GELAK. YANG BAJU KUNIN TU MUSTAFA KAMIL AYUB. YANG BERJANGGUT TU DR MUHAIMIN SULAM.

INGAT DULU DEMER NAK KE PAKAI BAJU HIJAU CAMNI?
MUSLIMAT PAS SUNGAI MANIK DAN NYONYA LANGKAP
GAMBOR CANDID BERAMAI-RAMAI DENGAN YDP PASIR SALAK, DR MUHAIMIN SULAM
MAAF. YONG BELUM DAPAT GAMBOR DS NIZAR DI LANGKAP. INI GAMBOR DS NIZAR SELEPAS MESYUARAT DI SUNGAI MANIK. MANGKOK PLASTIK MERAH TU ISI AYOR BASUH TANGAN. SEMPOI JER 
Gambar-gambar dari album Bad, Ketua Lajnah Ekonomi Muslimat Pasir Salak.


KEDUDUKAN LANGKAP DALAM PETA PERAK

Hanya Soi Lek dan koncu-koncunya termasuk ameno yang masih ingin menggunakan kaedah melaga-lagakan bangsa dan agama di negara ini demi meneruskan kuasa zalim demer. 

Ameno yang mengaku beragama Islam menolak hudud. Tidakkah demer malu dengan Cina Langkap yang bukan Islam ini menyokong PAS kerana percaya parti tersebut adil kepada semua kaum?

JOM UBAH. TINGGALKAN BN SELAMANYA!

Thursday 13 December 2012

GAMBAR KEMPEN MENARIK DARI SEORANG YUPPIE YANG BUAT HASSAN ALI KELUH-KESAH!

Habihle BN! Siapa kata ameno dapat sokongan golongan YUPPIE (Young urban professional)? Biar gambar berbicara.


YUPPIE bermaksud anak-anak muda professional dari keluarga kelas pertengahan atas. Pendiknya anak orang kaya yang mengikuti sukan elit seperti golf.  Gambar ini sampai kepada Yong setelah bergerak dari seorang YUPPIE ke seorang YUPPIE melalui alam siber.

Yong letak sini bagi meransang kesedaran YUPPIEs yang masih tidur.

Hassan Ali mesti sedih tengok gambor ini! Sebab semakin dia, ameno dan MCA memburuk-burukkan PAS, semakin ramai yang ingin mendampinginya!

JOM UBAH!

Wednesday 12 December 2012

GEMPAR! SYARIKAT BAS AKAN BANKRAP GARA-GARA AES DAN BERIBU PEMANDU BAS HILANG PEKERJAAN!

Pemandu bas memang tak reti mengikut hadlaju sekarang di lebuhraya. Sahih. Cer komer tengok gambor berikut yang diambil di lebuhraya PLUS:

GAMBAR 1: BAS MEMOTONG MELEBIHI HADLAJU

Gambar 1 menunjukkan sebuah bas yang baru sahaja memotong kereta Yong pada hadlaju melebihi 110kmj. Yong pandu pada tahap max 110kmj. Lepas memotong kereta Yong pemandu cuba memotong kereta MPV putih di hadapan.

Papan tanda merah menyebut "Sila patuhi arahan papan tanda."

Kalau denda potong telinga mungkin pemandu bas akan patuh arahan papan tanda kot?

Gambar 2 Yong masih maintain hadlaju. Gambar menunjukkan bas berada jauh di hadapan setelah dipandu laju dan memotong kenderaan ringan yang lain (tanda anak panah merah). Nampak tak kereta MPV putih itu masih di hadapan kereta Yong?

GAMBAR 2: BAS JAUH DI HADAPAN SETELAH MEMOTONG BEBERAPA KENDERAAN LAGI

Baru-baru ini persatuan demer heboh minta kerajaan pinda hadlaju!

Mengapa heboh?

Sebab persatuan tahu selama ini pemandu bas memang tak patuh pada hadlaju. Kalau pandu ikut hadlaju, demer tak akan sampai pada destinasai mengikut masa yang ditetapkan. Ini salah syarikat yang menindas pemandu bas!

Pemandu bas takkan terima AES jika ia tidak adil bagi mereka (lihat tulisan dalam kotak)

GAMBAR 3: TUNTUTAN PEMANDU BAS

Jika AES diteruskan, syarikat bas akan bankrap! Atau  pemandu bas yang kena saman AES dibuang kerja demi menyelamatkan syarikat. Maka ramailah pemandu bas yang hilang mata pencarian! 

Pemandu bas mangsa AES seterusnya.

TOLAK BN BERMAKNA TOLAK AES! JOM UBAH!