SATU PETANG DI KUALA LUMPUR

KEKAWAN

Ini rumah Yong. Rumah Yong adalah catatan peribadi episode perjalanan hidup Yong. Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Kalau tidak komer tak faham. Kalau tak suka, tak payah singgah. Move on.

Monday, 7 January 2013

BERAPA HARGA PENGELAP LANTAI ROSMAH?

Blogger PR memang tak patut. Ader ke Rosmah susah payah pakai but kuning, sarung tangan kuning dan unifom baru untuk tolong bersihkan rumah kena banjir komer kata lakonan?

Penat tau. Bukan tak penat kerja mencuci. Tak sama dengan kerja melaram kat dinner party.

ROSMAH DAN SUAMI DENGAN TOKEH-TOKEH. SIAPA DUDUK KAT KIRI TU?

Kena buat persiapan rapi supaya nampak real. Kalau tidak pokcik dan mokcik ingat ini sumer lakonan! Tengok sendirilah apa jadi dalam set persediaan sebelum berlakon mencuci.


READY!: MULA-MULA PAKAI SARUNG TANGAN JANGAN CALAR BLINK-BLINK!

Konon terkejut pokcik dan mokcik dengan kedatangan Rosmah. Seorang pokcik berkata:


Berbaloi pakai sarung tangan kuning, rupanya. Bukan hanya ia melindungi tangan, pokcik dan mokcik tak perasan blink-blink di sebalik sarung tangan itu! Blink-blink bergantung kat leher pokcik tak pulok komen. 

Orang kampung jangan nak mengada-ngada. Komer tak payah nak pakai sarung tangan atau but. Beli dengan harga gomen mahal tau. Kuikuikui!

CAMERA!: SIAP BUAT GAYA TERBAIK!

ACTION!: INI BARU LAKONAN!

Bagi Yong, tak payah le pompuan buat kerojer berat ni. Ada bomba nak buat kerojer, bior le demer buat. Kita toksah menyibuk! Pompuan yang kerojer bomba nak buat, gasak demer le. Itu pilihan demer.

Tukang ambik gambor ni pun satu hal. Kalau nak ambik gambor untuk buat kempen, ambik le dengan scene dan pos yang betui. Ini macam lakonan jer! Kan dah orang gelak?!

Yong takkan "terharu" dengan lakonan ini. 

Lagi satu. Yong minta, bila PR memerintah nanti, jangan ada menteri-menteri turun makan besar dengan tokeh-tokeh!

Kalau syarikat nak meraikan kejayaannya, bagi makan kat anak yatim dan orang miskin jer!

JOM UBAH

TOLAK UMNO. TOLAK BN

Sunday, 6 January 2013

KUALITI DUTA-DUTA AMENO

Nampaknya di zaman ameno ni ramai sedang bercakap tentang kualiti. BN pun nak tunjuk demer ada kualiti. Sebab tu demer buat KPI (Key Performance Indicators).

Ameno mula bercakap tentang kualiti bila demer tahu DEB telah gagal. Jadi demer cakap benda lain sebab mahu mengalih perhatian orang Melayu kepada soal kualiti. Demer buat SSB, TQM, Kaizen, 5S, MQA dan entah apa-apa lagi. Semuanya kerana nak kawal kualiti.

Yong pun suka kualiti.

Malangnya, sementara rakyat dikerah untuk berkualiti, ameno tak kisah pun tentang kualiti! 

Kualiti yang dimaksudkan ialah kualiti kepimpinan!

Bab kualiti kepimpinan ini bukan Yong cakap. Tapi pemimpin yang demer amat hormati Chedet. Yong dah tulis bab ini di sini.

Dari kepimpinan muda sampai ke tua. Tiada beza. Tiada tanda kualiti kepimpinan pemimpin ameno untuk meningkatkan martabat Melayu maupun Islam!

Lihat sahaja duta-duta yang mereka lantik.

Duta-duta adalah image projector (projektor imej). Orang yang boleh dijadikan ikon.

AMENO TAKKAN MAHU DUTA INI

Tapi ameno lantik duta yang macam ini:

1. Duta Malaysia ke Amerika Syarikat.

Play video ini. Komer akan tahu apa dia buat.

Citer boleh baca di sini dan di sini.





2. Duta Islam

Pada tahun 2011, duta ini dilantik sebagai daya penarik untuk remaja mengamalkan keperibadiaan mulia. Baguih objektif itu.


Tapi lepas dilantik jadi duta demi menarik remaja untuk mengamalkan keperibadian mulia, duta ini buka sebuah kelab malam. Macam-macam program dibuat di kelab malam. Tak tahu pulak Yong kot dalam kelab malam ini ada juga program untuk membina keperibadian mulia. Lawak sungguh ameno ni. Citer boleh baca di sini.

PROGRAM PEMBENTUKAN KEPERIBADIAN MULIA?

3. Duta "We Love PM"

Terkini heboh bab duta "We love PM." Tak clear apa objektif wujudkan duta ini. Nak menarik remaja supaya cinta pada PM?

Ia macam satu ide yang desperado!

Ameno dah takde orang muda lain yang boleh dilantik jadi duta?

Yong taknak letak gambor duta ini yang tak berapa molek sebagai muslimah, dalam blog ini. Yong anggap dia hanyalah seorang budak yang mungkin satu masa nanti akan berhijrah menjadi lebih molek.

Yong tak mahu menilai moral orang lain. Siapalah Yong untuk menilai moral orang. Tapi komer yang ada akal, nilailah sendiri.

Inilah kualiti duta-duta yang dilantik oleh ameno.

Tiada beza dengan kualiti pemimpin ameno dan Barisan Nasional.

Betul kata Chedet.

Tinggal orang tak waras jer dalam ameno dan Barisan Nasional.



TAKKAN KITA MAHU TERUS DIPIMPIN OLEH ORANG YANG TIDAK WARAS?

JOM UBAH!

TOLAK UMNO. TOLAK BN

Saturday, 5 January 2013

FUYOOH!!! WE LOVE PM CLUB FACEBOOK TELAH MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT DALAM MASA YANG SINGKAT!!!

Akibat tohmahan pembangkang, anak muda berbondong-bondong "mencintai piem. Komer tak percaya? Nah, Yong letak bukti printscreen facebook tu. Siap dengan gambor duta demer yang glamer sekali. Kihkihkih.

NAMPAK TAK ANGKA DALAM KOTAK MERAH?

Facebook ini diterbitkan dalam bulan Julai 2012, berdasarkan gambar-gambar dan postings. Ia juga diupdate, juga berdasarkan gambar-gambar dan postings.

Masa pun berlalu...
PRU13 semakin hampir...

Mana dia ahli ameno yang kononnya ada hampir 3 juta tu? Tolong le. Kesian piem komer. Kenapa tak sokong facebook ni? Kenapa tak klik likes? Komer tak cukup cinta PM ke?

Kat bawah ni Yong printscreen satu posting menarik komen pengunjung We Love PM Club:


Ameno dan BN masih dalam "the state of denial" dan tak faham-faham lagi. Aduhai...

ANAK MUDA YANG MASIH DUDUK ATAS PAGAR, APA LAGI YANG DITUNGGU?


JOM UBAH!

TOLAK UMNO. TOLAK BN





CIKGU, PENSYARAH DAN PELAJAR - JOM UNDI PAKATAN RAKYAT DEMI MENGUBAH KUALITI HIDUP ANDA!

PUPUS!

Maaf, bahasa N3 Yong kali ini mungkin kasar!

Dasar Pendidikan Negara ibarat dinosaur yang kepala kecil tetapi berbadan besar. Dasar ini langsung tiada unsur intelleual. Ia dilakar semata-mata untuk kehendak industri. Itupun tidak menjadi kerana sektor itu kini penuh dengan pendatang asing!

Cikgu mengeluh kerana beban kerja yang terlampau. Ibu bapa mengeluh kerana beg sekolah anak teramat berat. Itupun ibubapa masih terpaksa keluar wang untuk bayaran tuisyen tambahan kerana anak masih tak faham apa yang diajar di sekolah. Pensyarah tiada masa membuat penyelidikan kerana dibebankan dengan kerja-kerja "kualiti" yang mengarut. Pelajar tiada masa beriadah dan bergiat dalam persatuan kerana terbeban dengan kerja kursus untuk memenuhi keperluan OBE!

Apa itu OBE?

OBE ialah Outcome Based Education. Ia satu sistem jaminan kualiti paling mengarut yang pernah diamalkan oleh universiti tempatan. OBE pernah diamalkan di negara maju seperti di US, Australia dan Jepun. Tetapi ia mendapat tentangan dari kalangan aktivis pendidikan.

Kenapa menentang kalau ia bagus?

Kepada pendukong OBE Yong ingin bertanya:
  • Bagaimana anda mengukur kematangan minda pelajar? 
  • Bagaimana anda mengukur etika pelajar? 
  • Bagaimana anda mengukur "continuous learning?" 
  • Bagaimana anda mengukur kepimpinan pelajar? 
  • Bagaimana anda mengukur keberadaban pelajar? 
  • Bagaimana anda mengukur daya kreativiti pelajar? 
  • Bagaimana anda mengukur nilai? 
  • Bagaimana anda mengukur seseorang pendidik itu telah mencapai objektif pengajarannya? 
Semua itu anda tidak boleh ukur, lalu anda letak sahaja sebagai "not-measured" atau "non-measurable." 

Sesungguhnya OBE telah membunuh daya kreativiti pendidik dan pelajar kerana skop pendidikan hanya diasaskan kepada apa yang "measurable" atau boleh diukur dalam objektif suka-suka buat yang kebanyakannya mengarut!

Objektif pengajaran mengarut kerana keperluan memenuhi syarat berikut: 
  • Dalam kelas pendidik tidak boleh mengkritik dasar kerajaan. 
  • Dalam kelas pelajar tidak boleh menjawab soalan dengan mengkritik dasar kerajaan. 
Oleh itu, Yong menyeru cikgu, pensyarah dan pelajar yang boleh mengundi. Pilihlah Pakatan Rakyat demi meningkatkan kualiti pendidikan Negara.

Sebagai bekas auditor kualiti akademik, Yong tahu di mana letaknya kepincangan akademik dan kenapa graduan kita sekarang ramai macam robot.

Maaf graduan-graduan semua. Anda telah diuji secara tidak adil oleh sistem yang tidak adil!

TAK PERLU ANDA KOW-TOW PROFESOR KANGKUNG ANDA HANYA KERANA INGIN MARKAH YANG TINGGI!

JOM UBAH!

TOLAK UMNO. TOLAK BN.

Friday, 4 January 2013

TIADA UBAT FREE SATU LAGI PROJEK SAMBUNG NYAWA BN DAN KRONI?

SYARIKAT INSURANCE NYAWA MINTA NYAWA?

Sejak seminggu dua ni HP Yong tak henti-henti dengan panggilan "unknown number." Walaupun Yong dah tekan deny, dia telefon jugak. Yong agak panggilan ini mesti dari bank. Entah nak buat tawaran apa? Oleh kerana dah melampau Yong pun angkat. Sahih dari bank. Rupanya nak jual insuran hospital!

Bank-bank ni spam kita melalui snail mail, sms, email dan juga telefon. Yang kita takde akaun pun boleh dapat nombor HP kita dan spam kita dengan sms. Kalau gini, orang sihat pun boleh jadi naik darah tinggi sebab marah! Hello dunia ICT!

Alhamdulillah! Yong takde sakit darah tinggi.

Syarikat insuran yang merayap ke sana sini macam vampire ini ada kaitanya dengan polisi perubatan kerajaan maqasid syariah Malaysia. Ini kerana telah heboh diperkatakan, ubat tidak akan diberi percuma lagi.

Lim Guan Eng pernah menyebut perkara yang berkaitan masalah bekalan ubat di hospital pada 18 Julai 2012. Dalam kenyataan yang dibuat oleh Lim Guan Eng (boleh baca di sini) beliau menyoal kewajaran polisi kerajaan mengenai proses yang harus dilalui oleh sesebuah syarikat yang ingin membekalkan ubat ke hospital di Malaysia. Kata Lim Guan Eng:

HANYA SYARIKAT TERPILIH BOLEH MEMBEKALKAN UBAT KE HOSPITAL

Yong menghargai usaha kerajaan mengawal pembekal ubat kerana ia serius dan melibatkan nyawa pesakit. Tetapi benarkah semua ini dilakukan kerana hendak menjaga kebajikan pesakit dan bukan untuk menghalang persaingan bagi syarikat milik kroni?

Bukan meyambung nyawa kroni?

Yong pernah menulis mengenai masalah hospital dalam N3 terdahulu pada 27 Jun 2012 (boleh baca di sini). Namum apa yang tidak Yong sebut ialah maklumat yang diberi oleh seorang pegawai kanan di bahagian farmasi yang menyatakan masalah ubat di hospital telah sampai ke tahap kritikal. Kata pemberi maklumat (ketika itu), tanpa tambahan belanjawan, bekalan ubat di hospital tidak akan bertahan sehingga bulan Disember! Ini kerana kos ubat sangat tinggi. Pemberi maklumat mendakwa pembekal yang dipilih kerajaan bukan pembekal yang menawarkan harga yang rendah.

Adakah ini bermakna dakwaan Lim Gun Eng tentang peranan orang tengah ini benar?

Kalau benar, amat malang sekali rakyat Malaysia mempunyai menteri kesihatan yang langsung tidak prihatin terhadap kebajikan rakyat, tetapi mementingkan orang tengah sebagai pembekal ubat yang bertindak seperti along!

Lantas di sinilah syarikat insuran memainkan peranan. Kalau ubat untuk pesakit luar tidak lagi percuma, sudah tentu ubat untuk pesakit yang dimasukkan ke hospital juga tidak percuma. 

Industri insuran di Malaysia bukanlah satu perniagaan yang memberansangkan. Kecuali insuran kenderaan, orang awan masih menjauhi insuran, lebih-lebih lagi insuran perubatan. Pastinya situasi ini membimbangkan syarikat insuran. Lebih-lebih lagi banyak bank (termasuk bank kroni) yang telah terjun ke dalam industri ini.

Rakyat Malaysia, miskin atau kaya akan terpaksa membeli insuran hospital!

Bagi yang kaya, insuran adalah kebiasaan. Bagi yang miskin, insuran adalah satu tambahan beban.

Di atas Yong letakkan nama-nama syarikat insuran di Malaysia. Milik siapakah syarikat insuran tersebut?

Tiada apa yang menarik dalam konsep maqasid syariah amalan Najib. Semuanya janji palsu belaka.

SOKONG BN BERMAKNA TIADA LAGI UBAT PERCUMA.

JOM UBAH!

TOLAK UMNO. TOLAK BN.

Thursday, 3 January 2013

SAKSIKAN GAMBAR GAYA HIDUP YANG SUKAR DILEPASKAN. SEBAB TU TAKUT PILIHANRAYA

Biar gambar berbicara!

FLOM DAN SUAMI SEBAGAI TETAMU KEHORMAT MAJLIS KAHWIN KRONI PENIAGA DOUGLAS CHENG. BESAN PUN DIJEMPUT, WEH!

ANAK FLOM SAHABAT BAIK MEMPELAI, DOUGLAS CHENG

KEK HARI JADI FLOM DITAJA OLEH KRONI YANG BERDIRI DI SEBELAH KIRINYA, EH, TAKKAN TAKDE HADIAH?

FLOM BERBAJU HIJAU SEMASA PELANCARAN ENVIRONMENT TRUST. BAB LYNAS CERITA LAIN 

BILA ADA MALAYSIA'S REAL FIRST LADY, FLOM JADI APA?

PANDAI NYANYI WEH!

YAYASAN ARTIS 1MALAYSIA, WEH!, KAT SINI FESYEN SARANG BURUNG TEMPUA POPULAR!

NYANYI LAGI? KALI INI DENGAN PENYANYI INDON!

BERSAMA PEMINAT GLAM PENYANYI FILIPINO. MEMANG COCOK!

Hmmm...Itulah sebahagian dari episod kehidupan penuh blink-blink FLOM dan suami. Kalau tak jadi piem, ada siapa peduli?

Dengan jiran-jiran mesti ada "infaq" weh! Sebab tu demer boleh/dijemput buat rancangan hiburan kat sini! Teruskan bermewah dan berhibur. Rakyat kena jimat cermat! 

Rakyat tak perlu risau atau dengki pada FLOM dan suami. Komer mana ada kelayakan nak bermewah-mewah kat Shangri-la. Komer boleh belanja kat sini je:

 IKAT LE PERUT KALAU SUKA SKIM PTPTN

APA TUNGGU LAGI?

JOM UBAH!

TOLAK UMNO. TOLAK BN


Wednesday, 2 January 2013

INIKAH BLINK-BLINK YANG DIDAKWA DIBELI OLEH DEEPAK UNTUK DS WAN AZIZAH?

Dalam blog-blog pro PR heboh tentang invoice yang didakwa dibayar oleh Deepak untuk pembelian barang kemas FLOM. Blog pro-amneo juga tak mahu kalah. Demer pun photoshop invoice itu dan letak nama Wan Azizah. Kuikuikui! Tapi kantui! Komer bacale cerita invoice di ASD

Ikut tarikh, invoice tu tahun 2008. Bagi komer yang nak sangat tengok barang kemas DS Wan Azizah, Yong paparkan di sini. Hah ini dia gambar DS Wan Azizah diambil dalam tahun 2008 memakai barang kemas tersebut!

ITU DIA BLINK-BLINK BERGAYUTAN!

Ooopps! Bukan gambar DS Wan Azizah! Itu besan pompuan yang menggelarkan dirinya FLOM dan suami! Gambar di bawah ni baru DS Wan Azizh!...Wah! lagi banyak blink-blink!

BLINK-BLINK KAT TANGAN DAN JARI! FUYOH!

Sorry! Silap lagi. Tadi gambar pompuan yang mengaku FLOM tu. Nampaknya mata Yong pun bling-bling kerana melihat blink-blink yang terlalu banyak! 

Hah...di bawah ni baru betul gambar DS Wan Azizah diambil dalam tahun 2008, memakai blink-blink. Apa? Tak nampak?

DS WAN AZIZAH DAN BLINK-BLINKNYA

Hihihi! Tak sangka DS Wan Azizah juga suka memakai gelang kristal! Sama macam Yong dan beratus ribu Yong-Yong di seluruh negara. Kerana gelang kristal je Yong mampu miliki.

Tapi Yong tak beli kat mamat yang mengaku gelang kristal yang dijualnya ada kuasa magic.

Gelang kristal boleh dibeli di pasar malam di seluruh negara.

Jangan beli dari si peniaga Pakistan! Mungkin komer dapat gelang kaca atau plastik je!

Kahkahkah!

ADAKAH RON2009 AKAN DIASINGKAN DARI PASARAN SEBELUM PRU13?

MIGUEL DE BENVIDEZ THE THIRD ARCHBISHOP OF THE ARCHDIOCESE OF MANILA, (1552-1605)

RON2009 dikemukakan oleh BN pada tahun 2009 untuk memacu Malaysia ke arah negara maju. Ada siapa perasan? Hahaha..Tentu komer perasan. Sebab RON2009 lebih hebat dari RON95 dan RON97. Ini kerana RON2009 sangat terkenal dalam negara dan luar negara. 

Di luar negara RON2009 terkenal dengan kes model Mongolia merangkap penterjemah yang sangat mahal bayaran upahnya. 

Di dalam negara RON2009 terkenal dengan istilah haramjadah dan beg Birkin. 

Kenal RON2009?

Seorang tokeh karpet, yang namanya macam aktor Hindustan dulu sangat senang dengan RON2009. Tapi sekarang dah jadi cerita lain. Macam-macam ceritanya. Cerita akuan sumpah seorang yang namanya Bala amat hot dalam media alternatif, tapi sunyi sepi dalam media perdana. 

Kalau ikut sebutan orang Perak bala BALA tu kena ditolak. Dalam bahasa stendetnya BALA kena dielakkan.

Sekarang timbul pulak cerita barangan kemas yang tokeh karpet nama macam aktor Hindustan ini beli untuk RON2009. Ceritanya boleh baca di sini.

Betul atau tidak cerita pembelian barang kemas itu bukan soalnya sekarang. Ini kerana kata omputih "the damage has been done." 

Adakah ameno sanggup lagi menanggung risiko memacu ke arah PRU13 dengan RON2009 lagi?

Apa kena mengenanya pulak RON2009 dengan gambar di atas? 

Gambar patung mubaligh kristian itu adalah sebagai jawapan kepada pencacai yang marah kerana Yong menyiarkan gambar batu nisan kristian dihias ukiran sebelah tangan kanan dengan jari telunjuk menghala ke atas.

Kata pencacai isyarat tangan 1Malaysia menunjukkan Najib mentauhidkan Allah! 

Bagaimana keadaan jari telunjuk tangan kanan patung ketua segala paderi itu? 

Adakah Soi Lek juga mentauhidkan Allah ketika dia melaungkan 1Malaysia sambil mengangkat tangannya? Kihkihkih!

Di bawah ini pula adalah video youtube yang komer semua dah tengok. Piem 1Malaysia mengamuk dan menyebut haramjadah. Lihat minit ke 0.53 hingga 1.12. Sambil maki hamum masyarakat Felda,  piem mengangkat tangan dengan jari telunjuk ke langit! Sambil maki hamun, dia kata "saya tak redha..."

Tak redha peneroka Felda terima apa yang disebutnya durian runtuh, sedang kita semua maklum tiada durian yang runtuh. 

"Saya tak redha" katanya, Macamle duit Felda itu dia punya!





Apakah yang diterima oleh peneroka setelah kena maki haramjadah?

Jawabnya: Hutang yang bertambah dan nilai saham FVG yang tidak menentu. 

RON2009 pula terus bergaya mewah!

Mengapa biarkan pakcik dan makcik Felda yang tidak faham berniaga saham ini tercampak ke dalam pasaran perniagaan saham yang zalim ini?

Mungkinkah RON2009 akan dikeluarkan dari pasaran politik Malaysia sebelum PRU13 kerana sudah hilang daya saing?

Terlalu besar risikonya membiarkan RON2009 bergerak di lebuhraya politik tanah air. Mungkin seluruh jentera kenderaan akan musnah kalau dibiarkan RON2009 sebagai pemacunya. 

INILAH BALA.

JOM UBAH.

TOLAK UMNO. TOLAK BN.