Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday 10 January 2016

DEMO PALING MEMERANJATKAN DARIPADA PAS. HAHAHA!

Ini demo pembuka tirai 2016 daripada PAS.

Hebat tak?


Baca sendiri komen-komen Netizens dalam Facebook Presiden PAS

Mengangkat placard "Mana RM2.6 Bilion?" tak boleh dan diperlekeh.


Sebab apa tak boleh?

Sebab takde saksi syarie duit tu hilang entah kemana?

Sebab Presiden PAS bukan kepala pembantah?

Sebab PAS nak kerjasama dengan UMNO?

Lantok komer ler.

Yang penting buat 2 atau lebih kerja untuk menyambung nyawa.

16 comments:

  1. Mohd Zuhdi nie belia betul, tak rugged lansung.

    ReplyDelete
  2. Aku dah tak minat dengan PAS lagi...
    Dah keluar dari PAS pun...

    ReplyDelete
  3. Presdeng PAS , merangkap Naib presdeng Ulamak DUnia, TG Haji Hadi telah diMALUkan oleh Dr Zuhdi dgn menganggap perbuatannya mengangkat- placard membantah TPPA sebagai kekanak kanakan...kikikikikikikik.....

    ReplyDelete
  4. Selepas Dr.Zulkifli tidak menerajui kepimpinan penyelidikan pas, amat ketara dan terasa kekucaran yang dialami unit ini.Semenjak diketuai oleh Dr.Zuhdi Marzuki semakin nampak ketempangan dan terserlah tiada berfungsinya unit penyelidikan ini.Entahlah, pas kena bertindak dan perlu berbuat sesuatu sebelum cacing naik ke mata.Tak serious macam main main aje.Tiada kemampuan agaknya.

    ReplyDelete
  5. Lantak la labu....apa nacam kena btang hidung sendiri...kah2

    ReplyDelete
  6. Tu bapak dan tok wan kanak- kanak

    ReplyDelete
  7. Nampak sangat nak bg nyawa pd umno masa pembentangan budget itu hari.
    Mmg teruk lah kelaku pemimpin2 Pas ni

    ReplyDelete
  8. perbandingan zaman 70an,80an dengan zaman abad 21..tak cerdik sungguh politik zuhdi...sia sia bergelar dr.suasana politik, ekonomi, sosial yang sangat jauh bezanya.dulu mana ada isu 2.6 dok dlm akaun peribadi...

    ReplyDelete
  9. Olamak2 dan Ostad2 PAS angkat plakad? Tak heran sebab PAS ni kan memang spesis U-turn dan cakap tak serupa bikin! Atau mungkin malam tadi ramai olamak2 dan Ostad tu mimpi jumpa sahabat (jangan salah anggap, sahabat tu bukan sahabat2 Nabi tapi sahabat2 karib diorang iaitu Ahmad Maslan atau nama manja dia Mat 3.85 pointer) yang dah bagi nasihat kat diorang bahawa TPPA (macamlah diaorang tu faham TPPA tu apa kebendanya) bakal menggugat kesucian dan ketinggian martabat diorang sebagai makhluk2 suci lagi alim (kesucian diorang tegugat bila pendakwah2 ulung Islam dari luar negeri berpusu2 boleh masuk Mesia ni tanpa sekatan ataupun kuota). Tu yang semua sibuk nak angkat plakad tu walaupun satu benda habuk pun tak tau pasal TPPA (berapa ramai yang fasih bahasa inggeris apatah lagi membaca dokumen TPPA yang tulen dalam BI?) Mungkin Mokhtar Senik ada buat terjemahan dokumen TPPA dalam bahasa melayu kot? Atau Dr Zuhdi buat analisa "bidan terjun" dan "telur separuh masak" ala2 tuduhan dia yang israel tawarkan duit kat DAP?

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  10. Demi Melayu....hudud entah ke mana, janji-janji ustaz-ustaz nak serang habis-habisan, nak letak jawatan MB semua tinggal janji-janji. Akhirnya mulut-mulut celupar terpaksa menjilat ludahnya sendiri.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Yong

    Agaknye dulu tu demer pikiyo kene angkat pelikat, tobat lahom le tak siyo dek demer, mane boleh dedah oghat tu kan? Ate... ni le baghu demer sedo ghope-ghopenye angkat plakad tu bukannye angkat pelikat, ha ha ha, itupun lepeih nengok yang lain-lain bukannye nyelak pelikat, ha ha ha. Dulu tu ade yang duduuuk aje, nak angkat pelikat tak boleh sebabnye mase tu demer bukannye pakei pelikat pun. Ade yang pegi cafe pulak tu, tak gamak nak angkat pelikat le tu.....Ajenye boleh tumpo teman gelak nengokkan kelaku demer tu.

    ReplyDelete
  12. Yang ne blh pulak..hari tu ahli parlimen PR angkat playcard " mana RM2.6b" kat Parlimen..puak ne kutuk2 lak..ishishish ada2 je budak2 ne..cobaaannn!!!!

    ReplyDelete
  13. untimely. lembab. Isu dah out of hand. Skandal 2.6 billion, isu kos naik akibat GST, Bajet, pencemaran bauxite, gejala sosial, rasuah tu semua lagi elok bantah angkat placard!!!

    Boleh jalan da!!

    ReplyDelete
  14. Hero kampung dusun brani dlm dewan sendiri......angkat plakad RM2.6 bilion tu dlm parlimen... isyhhh.... takot benor teman...?

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.