Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday 3 November 2012

JANGAN BIARKAN MCA TERUS MENGGILA JADI PENGAWAL UNDANG-UNDANG DAN NYAWA RAKYAT! (VIDEO)

Selagi demer berkuasa, selagi itulah wang rakyat akan dirompak apabila syarikat swasta menjadi perompak yang mendapat pengesahan undang-undang. Demer semakin rakus - Dari tenaga, komunikasi, ayor, tol, hospital swasta, pengutipan sampah, keretapi, pengumbahan dan sekarang sistem saman pun jadi swasta.

Penswastaan undang-undang inilah yang paling tidak diterima dalam konsep penswastaan, selain penswastaan air dan tenaga.

JOM BANTAH!

Himpunan Rakyat Bantah Kamera Saman Ekor -AES

Isu pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) atau lebih dikenali sebagai ‘Kamera Saman Ekor 1Malaysia’ menjadi isu penting dalam masyarakat. Saman ekor ini jelas membebankan rakyat dan menjadi bukti yang jelas bahawa pemerintah Barisan Nasional tidak prihatin terhadap bebanan rakyat.

Tidak cukup dengan kos sara hidup yang meningkat dan kenaikan hargabarang sudah cukup membebankan. Keadaan jalan yang teruk dan pengangkutan awam yang tidak efisyen membuatkan kos perjalanan rakyat menyusahkan.

Dasar Automotif Negara yang memberikan pendekatan ‘protectionist’ melindungi pengeluar kereta tertentu akhirnya memaksa rakyat untuk memilih kenderaan yang kurang menjaga kualiti. Untuk mendapatkan kereta yang berkualiti rakyat terpaksa tanggung beban cukai aksais dan pinjaman bank yang tinggi yang akhirnya menguntungkan syarikat kroni.

Aspek-aspek yang dinyatakan ini sudah cukup untuk membawa rakyat untuk celik mata bahawa dasar yang dibawa oleh pemerintah Barisan Nasional ini membebankan rakyat dan mengkayakan kroni.

Statistik kemalangan dijadikan hujah utama oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha untuk mempertahankan pelaksanaan AES. Sedangkan dalam banyak hal seperti yang dinyatakan diatas seperti keadaan jalan, fasiliti untuk pengguna motosikal, harga kereta, dasar automotif Negara, dan keadaan kereta turut menjadi faktor kemalangan.

Lebih malang pelaksanaan sistem saman ekor AES ini adalah secara konsesi kepada syarikat swasta didakwa mempunyai hubungan rapat dengan MCA apabila lembaga pengarah yang sama dari salah satu syarikat konsesi mendapat kontrak jutaan ringgit daripada Kementerian Kesihatan pada 2006 yang ketika itu menterinya adalah Datuk Seri Dr Chua Soi Lek seperti yang pernah dipersoalkan di Parlimen.

2 syarikat yang dilantik adalah Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd tanpa melalui tender terbuka bakal mendapat keuntungan sehingga RM 700 juta hasil kutipan saman. Kutipan saman ini adalah daripada poket rakyat sendiri.

Di parlimen Lumut sendiri, Datuk Seri Kong Cho Ha sebagai ahli parlimennya bakal dipasang 9 buah kamera AES. Sejak dilaksanakan pada 23 September 2012, dalam masa 8 hari dengan 14 kemera AES sebanyak 63,558 buah saman dikeluarkan.

Menyedari segala hakikat ini rakyat tidak boleh berpeluk tubuh. Hasil mesyurat yang dijalankan pada 27 November lepas yang dihadiri oleh parti politk, NGO dan pimpinan masyarakat sekitar Parlimen Lumut telah sepakat untuk menubuhkan BANTAH AES.

BANTAH AEs dengan ini telah memutuskan untuk menggerakan satu himpunan aman untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Pengangkutan di Pejabat Parlimen Lumut Barisan Nasional di Sitiawan.

Himpunan Rakyat BANTAH AES ini mensasarkan fokus untuk mendesak Menteri Pengangkutan untuk mengkaji semula dan mengambil kira beban rakyat sebelum melaksanakan AES.

BANTAH AES menyeru seluruh rakyat terutama di Parlimen Lumut untuk hadir bersama-sama di perhimpunan ini bagi menyerah memorandum kepada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.. Perhimpunan Rakyat BANTAH AES diadakan pada 9 November 2012, selepas solat Jumaat di Masjid Nasriyah, Sitiawan sekitar jam 1.30 petang.

Mohd Saifullah Mohd Zulkifli
Koordinator Bersama BANTAH AES

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38762


Video ini dalam bahasa omputih yang mudah difahami. Hanya Perkasa jer yang tak faham. Sebab tu demer sokong AES! Kesian. Dah lebih setengah abad kita merdeka, tapi masih ada Melayu yang bangang tahap gaban ini.



AGAKNYA BEGINI RUPA DEMER TERSENGIH BILA KENA ROMPAK

MCA MENGHINA ISLAM, PERKASA TETAP SOKONG. KRONI MCA ROMPAK DUIT RAKYAT (PKNZ, PERWAJA ETC), PERKASA MASIH SOKONG. SAMPAI BILA PERKASA NAK JADI BANGANG?

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.