Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 12 February 2013

SAH VIDEO "ARE YOU READY FOR BN!" "NO!" BUKAN DIEDIT. SAKSIKAN BERITA BACKUP TV3!

Ketika blogger pro-PR upload video PM 1Malaysia dimalukan oleh peminat-peminat psy gangnam, di Pulau Pinang, ada yang kata video itu telah diedit. Oleh kerana itu Yong mencari video dari media perdana. Ada hambaAllah yang upload di Youtube. Terima kasih!

Saksikan berita TV3 yang cuba backup PM ini. Walaupun pemberita sedang merapu memuji PM, tetapi latarbelakangnya tetap jelas kedengaran:

"Are you ready for BN?"

"Noooo!'

Pertanyaan PM dan respon audien dalam video ini didengar 3  kali.

Mungkin ada yang kata "Yes!" tetapi laungan "Yes" itu ditenggelami oleh laungan "No!" yang lebih bertenaga.

PM menyebut beberapa kali "Are you ready for BN" untuk mendengar laungan "Yes!" yang tidak kedengaran. Alahai...

Ini bukan kes Penyokong PR jerit "No!" kat videocam sendiri kerana ini video TV3. Nampak tak logo TV3 kat kanan skrin tu?

Sumber  di sini dan di sini.

Walaupun PM membawa isteri, anak-anak dan menantu meraikan Tahun Baru Cina dan menonton persembahan mahal psy gangnam, tiada political milage yang diperolehi. PM tetap dapat malu dihadapan tetamunya sendiri. Orang muda Pulau Pinang yang menjadi penonton psy gangnam tidak terkesima dengan usaha Najib dan keluarganya.

Mungkin yang jelek semakin bertambah!

Ternyata membawa psy gangnam hanya menyeronokkan golongan tertentu, tetapi bukan kemenangan morale bagi BN.

Inilah balanya bila menggemari cara hidup yang tidak beradab jika dilihat dari sudut tatasusila Melayu. Jadi, tiada apa-apa adab yang boleh dicontohi oleh orang Melayu dalam persembahan itu. Jauh sekali bagi orang Melayu yang beragama Islam.

Inikah konsep 1Malaysia yang berteraskan Islam dengan prinsip wassatiyah dan maqasid syariah yang amat dibanggakan oleh mufti, Jati dan ulama muda umno itu?

Yang memalukan PM 1Malaysia, bukan penyokong Pakatan Rakyat, tetapi jentera kempen BN sendiri.

Sudah jelas, BN gagal memperkukuhkan sokongan anak muda terhadapnya melalui program hiburan walaupun sudah banyak berbelanja!

ADIOS BN!

Nak baca N3 Yong terdahulu di sini.
Ulasan menarik dan terperinci dari Malaysia Chronicle boleh dibaca di sini.

BN BUNGKUS DI PULAU PINANG!

JOM UBAH

TOLAK UMNO. TOLAK BN



4 comments:

  1. BN selalu menutup kelemahan sendiri dengan menuding ke pada pihak lain ...



    http://relaxkedaikopi.blogspot.com/2013/02/kronologi-dan-isu.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam otaistillkick

      Betul. Semua salah orang lain. Baca N3 yong bab Malaysia Dilanggar Todak

      Delete
  2. TV3suku tak pandai... patutnya demer edit ler sikit bagi jawapan "yes" tu kuat sikit bila Naji tanya tu...iskh iskh... elok gak ler TV3suku x buat gitu... insaf, like !

    haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hanz

      Udah nama pun TV3suku. Jadi le 3suku jer.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.