Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 3 September 2017

WARKAH DARI PENJARA - SAHIH ATAU PALSU?

Selama ini jarang penyokong-penyokong Pakatan Harapan bertindak mempertikaikan kesahihan warkah dari penjara yang ditulis oleh Anwar Ibrahim.

Tetapi pada kali ini mereka jelas terganggu dan tidak puas hati.

Ini warkah yang dipertikaikan itu. Yong paparkan keseluruhannya. Komen Yong muncul selepas warkah ini. Kalau dah baca kenyataan media ini di mana-mana skip saja dan terus ke komen Yong:

KENYATAAN MEDIA

Saya telah meneliti kenyataan sdr Rafizi Ramli, Naib Presiden dan ahli-ahli yang melahirkan keresahan kerana corak cadangan kerjasama KEADILAN dengan PAS yang dianggap samar dan berlarutan tanpa dimuktamadkan. Keadaan sedemikian dianggap mengelirukan dan dikhuatiri akan menjejaskan muafakat Pakatan Harapan. Pimpinan Pakatan Harapan juga telah menjelaskan pendirian menolak kerjasama dengan PAS.

Pimpinan KEADILAN bergerak atas prinsip musyawarah dan harus menangani kegelisahan yang disuarakan dan sentimen umat dengan penuh hikmah. Namun saya perlu menjelaskan bahawa komitmen KEADILAN teguh dan kukuh bersama Pakatan Harapan sepertimana yang dizahirkan sdri Azizah sejak awal lagi. Apa yang diusulkan dan dipersetujui Biro Politik sebelum ini adalah tidak memusuhi PAS, mengkaji kemungkinan mengelak pertarungan tiga penjuru. Pertimbangannya adalah menggembeleng seluruh kekuatan dalam menghadapi UMNO-BN dalam PRU 14.

Garis yang ditetapkan dengan jelas adalah kerjasama tersebut, seandainya berlaku, tetap dalam kerangka komitmen KEADILAN dengan Pakatan Harapan. Sdr Azmin yang diminta menerajui inisiatif ini sedar bahawa yang disarankan adalah strategi nasional dan tidak terbatas kepada Selangor sahaja. Wajar ditegaskan semula bahawa ikhtiar KEADILAN adalah bagi menjernihkan suasana dan merangkul kekuatan rakyat.

Pertemuan sdri Azizah (Presiden) dan sdr Azmin (Timbalan) dengan Tuan Guru Hj Hadi juga telah mengundang pelbagai reaksi. Saya alu-alukannya dengan maksud menziarah sahabat lama dan bersilaturrahim sambil menyatakan kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas pemulihan kesihatan beliau. Hj Hadi juga menerima kami dengan semangat kekeluargaan yang baik. Malangnya, terdapat kecaman dan serangan kasar dari beberapa pimpinan PAS terhadap KEADILAN. Nasihat saya kepada pimpinan adalah untuk mengenepikannya kerana tumpuan kita adalah terhadap kerakusan dan rasuah pemerintahan UMNO-BN. Saya tidak menghalang sebarang penjelasan dari pimpinan untuk meluruskan kekeliruan yang timbul, termasuk dalam isu RUU 355.

Menyingkap pengalaman saya berbincang dengan pimpinan PAS dan DAP secara berasingan sebelum pembentukan Pakatan Rakyat, perlu diperjelas bahawa ia didasarkan kepada beberapa prinsip yang dipersetujui bersama. Kerumitan dirungkai, walaupun pada peringkat awal dilakukan secara berasingan.

Saya akui keadaan sekarang lebih rumit dan mencabar, kerana PAS telah mengambil keputusan untuk tidak menyertai Pakatan Harapan. Akan tetapi, hampir dua tahun lalu saya menyarankan KEADILAN tidak semestinya memutuskan hubungan dengan PAS selagi ada kesediaan di pihak PAS untuk meneruskan perbincangan. Secara konsisten saya telah suarakan pendirian tersebut kepada pimpinan KEADILAN, DAP, BERSATU dan AMANAH. Pimpinan berhak membuat penilaian dari masa ke semasa.

Maka saya tidak dapat meremehkan kerisauan yang disuarakan oleh rakan-rakan. Pertama, kerana timbul persepsi kemungkinan kerjasama PAS dan UMNO, tetapi ura-ura tersebut telah dibantah keras oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Tuan Ibrahim.

Kedua, tempoh yang lama dan berlarutan dianggap akan menjejaskan ikhtiar parti dalam mengemaskini jentera pilihanraya; malah berisiko tinggi seandainya terdapat kejutan! Ini dapat dihindari seandainya seluruh pimpinan dan jentera KEADILAN bergerak pantas sebagai satu pasukan padu, menyemarakkan gema Reformasi dan agenda perjuangan rakyat, kebebasan dan keperitan hidup mereka. Kita tidak pernah berganjak dari tekad menentang kezaliman, perkauman dan rasuah.

Secara peribadi, memahami semangat demokrasi KEADILAN, saya tidak keberatan jika ingin dikendali Kongres Khas. Kemusykilan saya adalah keperluannya memandangkan tiada perubahan dasar yang berlaku. Malah dengan kemungkinan PRU 14 diadakan dalam tempoh terdekat, segala keputusan perlu dimuktamadkan segera.

Dengan penjelasan ini, saya mohon pertimbangan dan kerjasama rakan-rakan untuk memberikan sedikit ruang kepada Presiden dan pimpinan untuk memberi penjelasan dan menentukan dasar dan arah selanjutnya selaras dengan pendirian KEADILAN dan muafakat Pakatan Harapan. Semua tindakan seterusnya harus diadakan menurut saluran parti.

Salam Reformasi!

Anwar Ibrahim
2 September 2017

********************

KOMEN

Apa masalahnya? Macam ok saja kan?

Ayat berbunga-bunga, macam kebiasaan tulisan DSAI.

Jom kita bedah satu persatu.

Kata penyokong DSAI, beliau seorang yang konsisten dalam tulisannya. Bait-bait ayatnya sentiasa tuntas dan tepat kepada matlamatnya. 

Tetapi pada kali ini Yong nampak kecacatan yang agak glaring pada ayat-ayat DSAi.

1. DSAI dimaklumkan, PAS bukan ahli komponen Pakatan Harapan. Walau bagaimanapun, beliau mahu terus berbincang, selagi PAS sudi.   

RUNDING KALAU PAS SUDI


Adakah PAS masih sudi?

HUBUNGAN SUDAH PUTUS!

Tidak jelas lagi? Bagaimana dengan kenyataan ini?

PKR TAK RASA MALUKAH DIHINA BEGINI?

2. Kerjasama PAS-UMNO itu hanya jadi kebimbangan jika PKR meneruskan rundingan dengan PAS. Jika tiada usaha rundingan, siapa pun tak kisah. Lantaklah PAS nak kerjasama dengan UMNO, Ikatan, Berjasa atau Parti Cinta Malaysia.

Tetapi, kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang.

Adakah DSAI yang berada di penjara mendapat maklumat terkini yang benar?

KENAPA AMBIL KENYATAAN TUAN IBRAHIM, BUKAN HAJI HADI? 

Antara Tuan Ibrahim dengan Haji Hadi dan tukang kipasnya, agak-agak siapa yang walaun dengar?

3. Setelah membuat kenyataan tidak jelas sokong rundingan atau tidak, tiba-tiba keluar 'nasihat' supaya bergerak pantas.

PAS ANTI DAP DAN AMANAH

Bagaimana hendak bergerak pantas weh, bila sebelah sana letak brake di kakinya? Perbuatan meneruskan perbincangan dengan PAS itulah yang akan jadi batu penghalang pergerakan yang pantas itu.

Ayat ini langsung tidak berpijak di bumi yang nyata. 

Contohnya: Mana Struktur Pakatan Harapan Selangor?

4. Kesimpulan diakhir kenyataan media itu ibarat meletakkan dinding di pertengahan jalan. Maka pemandu terpaksa tekan brake emergency. 

Kesimpulan itu memohon pertimbangan dan kerjasama untuk terus berunding dengan PAS.

Oi Yob! Demer sebelah sana udah tak sior! Itu kami udah jeleh! Nak bagi ruang apa kebenda lagi? 

NAK PAKSA PAKATAN HARAPAN AKUR? 

Ayat terakhir yang menyebut 'semua tindakan seterusnya harus diadakan menurut saluran parti' itu maksudnya parti PKR?

Adakah PKR mahu Pakatan Harapan ikut parti PKR?

Tolonglah! PKR bukan parti yang paling banyak ada kerusi dalam Pakatan Harapan dan bukan parti yang tertua.

PKR nak berlagak macam abang besar?

Surat itu penuh dengan serabut kekaburan dan tidak tuntas seperti surat DSAI sebelum ini. 

Adakah DSAI sudah hilang 'flair' dalam gaya penulisannya?

Atau warkah ini hanya untuk menjustifikasi tindakan seseorang yang sejak akhir-akhir ini kalut dengan rundingan yang tidak nampak penghujungnya dengan PAS?

Sahih atau palsu?

Mengkomer fikir sendiri.

Kita yang benci kezaliman harus move forward. Tinggalkan sahaja mereka yang terhegeh-hegeh merayu puak yang tak sudi itu dengan impian mereka.

JOM UBAH!

Thursday, 31 August 2017

LAGU ANAK RUSA NANI SEMPENA 31 OGOS 2017


MERDEKA!

Anak rusa nani, lalu kembang ekor,
Apa dosa kami, lalu tidak tegur.

Anak rusa nani, lalu tepi perigi,
Apa dosa kami, lalu dapat 1MDB.

Anak rusa nani, lalu atas titi,
Apa dosa kami, lalu bayar GST.

Anak rusa nani, lalu buat hal,
Apa dosa kami, lalu barang mahal.

Anak rusa nani, lalu bawa botol
Apa dosa kami, lalu kena toll.

Anak rusa nani, lalu kembang se taman,
Apa dosa kami, lalu AES saman.

Anak rusa nani, lalu waktu senja,
Apa dosa kami, lalu dibuang kerja.

Anak rusa nani, lalu pagi petang,
Apa dosa kami, lalu tanggung hutang.

Anak rusa nani, lalu jalan darat
Apa dosa kami, lalu hidup melarat.

Anak rusa nani, lalu dekat kota,
Apa dosa kami, lalu depa auta.

Anak rusa nani, hari ini merdeka.
Satukan semua hati, kita gembeling tenaga.

Anak rusa nani, hari ini merdeka.
Tunggu PRU nanti, kami campak depa.

MERDEKA!

Saturday, 29 July 2017

BERANIKAH KHAIRY MENCABAR NAJIB?

Ini tulisan Dr Dzulkefly Ahmad. Tulisan ini diolah semula untuk siaran di JOM Channel. Yong kongsi bagi mereka yang tak sempat tengok JOM Channel, dan tak baca tulisan asal dalam Bahasa Inggeris "Not betraying the party but when the party is betrayed!"

Sila hadam...

Percubaan terbaru Khairy yang menuduh PAKATAN HARAPAN gila kuasa adalah benar-benar salah arah dan amat kelakar. Ia secara tidak sengaja boomerang kembali kepada bosnya yang terdekat. 

Tidak perlu kita merungkai sudah berapa lama Khairy berkecimpung dalam dunia politik dan menabur baktinya kepada rakyat berbanding dengan pemimpin-pemimpin yang kini menerajui PAKATAN HARAPAN. Ketua Pemuda UMNO itu sudah tentu tahu jawapannya. 

Baru-baru ini Khairy semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kepala Batas, menuduh kedua-dua pemimpin tertinggi PAKATAN HARAPAN iaitu Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim, sanggup mengkhianati parti yang pernah dianggotai mereka sebelum ini.

"Prinsip PAKATAN HARAPAN bukan demi masa depan negara tetapi bekerja demi kuasa masing-masing. Mahathir dan Anwar Ibrahim adalah bekas pemimpin UMNO dan kini mereka dalam usaha memecahkan UMNO dan orang Melayu.

"Kita tidak boleh ada kerajaan yang ditubuhkan atas asas dan prinsip nak kuasa, sebab itu bukan asas kepada mana-mana parti yang menubuhkan kerajaan," katanya. Lapor Bernama, 23 Julai 2017.

Menurut Dzulkefly, yang lebih dikenali sebagai Dr Dzul, menuduh Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim mengkhianati UMNO demi memperoleh kuasa untuk diri sendiri, dengan jelas menyanggah rekod sejarah. 

Hakikatnya, Anwar dipecat ketika mencabar Tun Mahathir terhadap dakwaan 'dosa-dosa ‘kecuaian dan komisyen,’ yang kemudiannya melahirkan Reformasi yang luar biasa. Beliau tidak pernah mengkhianati parti itu, sebaliknya cuba membetulkan kesalahan.

Kedua-dua tokoh legenda itu kini mengetuai gabungan parti pembangkang yang mengetuai pertuduhan terhadap Najib dan UMNO-BARISAN NASIONAL dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Tun Mahathir, disertai Tan Sri Mahyuddin dan lain-lain, kini dalam langkah yang sama untuk menggembeling serangan terakhir terhadap kerajaan yang dikhianati oleh kleptokrat Najib yang didakwa 'menjarah' kekayaan Negara dalam 1MDB, SRC, TH, FGV, MARA dan lain-lain. 

Oleh itu, menuduh Gabungan Pembangkang sebagai kebulur kuasa atau gila kuasa amat busuk baunya hingga ke langit. 

“Najib kini panik kerana mahu menyelamatkan kulitnya sebagai tertuduh MO1 - tertuduh bersama rakan kepercayaannya, 'penyangak abad ini' - Jho Low. Malang sekali, berbilion dolar telah ditipu dari 1MDB dan 'dibasuh' di seluruh dunia!

“Tidak hairanlah, dalam cubaannya untuk melepaskan diri daripada kemungkinan dikenakan tindakan undang-undang, Najib dengan sengaja merampas semua kuasa lembaga yang kritikal yang berupaya memeriksa dan mengimbangi cabang Eksekutifnya. 

“Pihak Kehakiman (Peguam Negara), Parlimen (Speaker dan PAC) dan pelbagai agensi penguatkuasaan; SPRM, BNM, SC, Polis, Suhakam dan sebagainya yang disekat dan hampir dikembirikan tidak dapat bertindak lagi untuk memastikan keadilan dilaksanakan dan dibebaskan.” Tegas Dr Dzulkefly.

Kata Dzulkefly, tindak-tanduk Khairy begitu difahami. Disalahkan kerana tidak membela bosnya secara terang-terangan, dia secara tidak sengaja, bersuara untuk menunjukkan sebaliknya.

Tetapi atas alasan apapun, tidak wajar Khairy, seorang graduan Oxford menembak dari bawah pusat dan menjadikan dirinya lebih kurang sama seperti bakal penggantinya Jamal Yunus.

“Jika dia benar-benar berterusan mengasihi dan tidak mahu mengkhianati partinya, dia mesti melawan Najib, sekarang! Itulah gaya negarawan yang hebat dan patriot tulin!” tambah Dzulkefly.

Jika itu berlaku, maka barulah Khairy akan dikenang sebagai pejuang sebenar. 

Tetapi beranikah Khairy mencabar Najib?

GAGAL JAGA KEMENTERIAN SENDIRI

PERASAN HEBAT

UMNO BERJUANG UNTUK KEBENARAN?

Fikir secara bijak. Dapat mengkomer bayangkan Jamal Yunos jadi Ketua Pemuda UMNO?

Sunday, 16 July 2017

KALAU TAK CERDIK TU TETAP MENONJOL TAK CERDIKNYA!

Selepas terbentuknya PAKATAN HARAPAN, maka ramai yang meraban. Termasuk satu makhluk yang tidak dikenali. Baca kenyataan Ustazah Mariam mengenainya:

3 hrs · Shah Alam · 

Saya ingin mengesahkan bahawa Surat Terbuka ini adalah Palsu, penama tidak dikenali dan bukan ahli Amanah Subang. 

Berdasarkan fakta berikut:

1. Gelaran YDP tidak ada dalam Perlembagaan Amanah.

2. Tidak ada istilah kawasan Sungai Buloh dalam perlembagaan melainkan kawasan hanya untuk di peringkat parlimen.

Dengan dua fakta ringkas ini, cukup jelas bahawa penama surat ini bukan ahli Amanah kerana beliau tidak mahir dan tidak faham istilah-istilah gelaran jawatan mahupun kawasan tadbir Amanah dalam perlembagaan Amanah.

Saya mohon supaya tidak diviralkan dan sekiranya surat terbuka ini sampai kepada pembacaan dalam group whatsapp tuan/puan saya mohon bantu untuk nafikan terus supaya ahli kumpulan lain tidak keliru dengan maklumat fitnah ini.

Terima kasih.

Ustazah Mariam Abdul Rashid 
Timbalan Ketua
Parti Amanah Negara
Kawasan Subang.16 Jul 2017
Paya Jaras, Sungai Buloh

Berikut surat dari makhluk palsu tersebut:

>>>>>PALSU>>>>>>>

SURAT TERBUKA BERKENAAN PENGABAIAN TERHADAP TUAN GURU HJ. AHMAD AWANG OLEH HAR^PAN.

Saya selaku YDP Parti Amanah Negara Tanah Air Tercinta bagi kawasan Sungai Buloh mewakili suara akar umbi di kawasan ini ingin melahirkan rasa tidak puas hati berkenaan pemilihan jawatankuasa Pakatan HAR^PAN sebagaimana yg diumumkan oleh Pengerusi HAR^PAN Tun Dr. Mahathir baru-baru ini.

Bagi kami adalah tidak wajar sosok sehebat Tuan Guru Hj. Ahmad Awang di ketepikan langsung dari menjawat jawatan kanan dalam HAR^PAN.

Ini kerana jasa-jasa dan sumbangan tuan guru Ahmad Awang sangatlah besar terutamanya kita menggerakkan tsunami didalam PAS menentang Hj. Hadi. Di kala Presiden Parti Amanah Negara Tanah Air Tercinta yg pada masa itu merupakan Timbalan Presiden PAS pun penakut untuk menentang Hj. Hadi maka hadirlah Tuan Guru Ahmad Awang dengan penuh gaya bangkit membawa arus tsunami yg hebat di dalam PAS hinggakan PAS hari ini lumpuh di serara negara.

Namun apa yg mendukacitakan setelah kejayaan dikecap legasi hebat tuan guru ini cepat benar dilupakan seolah-olah ade gerakan terancang untuk mengabaikan individu yg banyak berjasa dalam Parti Amanah Negara Tanah Air Tercinta ini. Jika semasa gerakan tsunami menumbangkan PAS dulu tuan guru itu diusung kemana sahaja, disanjung-sanjung dan dipuja-puja namun kini semuanya sepi bahkan hanya diundang untuk membacakan doa merasmi serta hanya berhidang meggi sahaja. Inikah cara kita menghargai wira yg membentuk asas parti kita? Seharusnya Tuan Haji Mohamad Sabu sebagai presiden parti mendesak agar HAR^PAN meletakkan Tuan Guru Ahmad Awang sebaris dengan Tun Mahathir yg bertindak sebagai Pengerusi dan juga Datuk Seri Anwar yg berjawatan Ketua Umum.

Justeru kami mendesak agar Tuan Guru Ahmad Awang dilantik sebagai Mursyidul Am bagi HAR^PAN bagi menghargai sumbangan beliau dan kami ahli Parti Amanah Negara Tanah Air Tercinta di kawasan sungai buloh yg berjumlah 300 000 orang memberi amaran akan meninggalkan HAR^PAN jika Tuan Guru Ahmad Awang tidak dilantik sebagai pemimpin kanan HAR^PAN.

Sekian, terima kasih.

Dr. Ustaz Mohd Habib Abdullah (Ph.D Hadas Kubro, Univ. Mutaah Jordan)
Yang Di pertua,
Parti Amanah Negara Tanah Air Tercinta.
Kawasan Sungai Buloh.
Parlimen Subang.

>>>>>PALSU>>>>>>>

Begitulah gelagat makhluk yang tak takut dosa memfitnah.

KANTOI!

Friday, 30 June 2017

MAAFKANLAH KLEPTOKRAT ITU...

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) meletakkan jumlah yang didakwa diselewengkan dari 1MDB pada nilai USD$4.5 bilion (RM19.3 bilion). Kini penyiasat Amerika sedang berusaha untuk merampas aset bernilai USD$1.7 bilion (RM7.3 bilion) yang didakwa diperolehi dengan dana yang dicuri dari 1MDB.

Pemangku Penolong Peguam Negara Kenneth A Blanco dalam satu persidangan media, pada 15 Jun 2017, ketika mendedahkan usaha penyitaan beberapa aset bernilai berbilion ringgit itu dipetik berkata:

"Wang bagi membiayai gaya hidup mewah konspirator bersama itu menjejas dan merugikan rakyat Malaysia.

"Kami tidak akan teragak-agak dalam komitmen untuk memastikan Amerika Syarikat tidak menjadi tempat yang selamat untuk individu yang korup dan kleptokrat menyembunyikan kekayaan atau wang haram mereka, dan bahawa aset berkenaan akan dirampas dan dikembalikan kepada mangsa dari mana ia dicuri," katanya.

Namun di negara yang didakwa bermastautinnya para kleptokrat itu, semakin sibuk pula para agamawaan mempertahankan mereka.

Terkini, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata umat Islam di negara ini perlu ambil iktibar dan pengajaran apa yang berlaku di negara lain sehingga menjadi porak peranda.

Beliau berkata, tidak dinafikan, mungkin ada pemimpin negara melakukan kesilapan, namun dalam Islam mengajar supaya memberi kemaafan kerana mereka sudah insaf.

"Sebarang kesilapan perlu dimaafkan kerana Islam mengajar kita saling bermaaf-maafan. Seperti pepatah 'bumi mana yang tidak ditimpa hujan'. "Kalau kita tidak dapat yang (pemimpin) terbaik, memadailah kita dapat yang baik atau mungkin yang lebih baik," katanya, dipetik Berita Harian.

Oleh kerana berita mengenai siasatan terhadap dana 1MDB oleh beberapa negara telah lama menjadi buah mulut media antarabangsa, maka agak mustahil para ulama ini tidak membacanya; kecuali mereka tinggal dalam ‘perigi buta,’ - meminjam istilah Datuk Iskandar Samad untuk menggambarkan ulama yang tidak tahu tentang tadbir urus.



Adakah Mufti Kelantan fikir yang dipertikaikan itu kecurian seekor lembu berharga RM4,500, bukan dana bernilai USD$4.5 bilion (RM19.3 bilion); maka begitu mudah beliau bermadah 'bumi mana yang tidak ditimpa hujan'?

Sementara para Mufti dan Pemimpin PAS mengutuk pemimpin PAKATAN HARAPAN kononnya membuka pintu kepada negara asing supaya campurtangan dalam urusan pentadbiran negara ini; pemimpin negara dan kaum kerabatnya, sedang bercuti secara mewah di negara asing.

Diberitakan Perdana Menteri dan keluarga bercuti 5 hari di sebuah resort mewah St Regis, Bali dengan menyewa bilik mewah yang pernah ditempah oleh Raja Salman, Arab Saudi; dan cuti tersebut disambung di Australia.

Rakyat Malaysia yang mengikat perut demi memastikan anak-anak dapat pakaian baru dan bergembira di hari raya, harus memaafkan pemimpin yang korup dan bernafsu besar untuk bermewah-mewah?

Tidakkah itu ironis tahap raksasa?



Thursday, 29 June 2017

TAK MASUK AKAL, TAK MASUK AKAL, TAK MASUK AKAL...SIAPA YANG TAK MASUK AKAL?

SERUAN SEGERA SIASAT DAKWAAN DOJ TIDAK MASUK AKAL?


Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menempelak Majlis Peguam yang meminta kerajaan tidak mengetepikan atau membebaskan individu yang disebut dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) berhubung dakwaan penyelewengan dana 1MDB.

“Apa dan bagaimana hendak mengulas apabila Majlis Peguam memberi kenyataan tidak masuk akal,” katanya kepada Free Malaysia Today, bertarikh 24 Jun 2017.

Beliau berkata demikian ketika membalas kenyataan Presiden Majlis Peguam, George Varughese yang mensarankan Apandi menghubungi DoJ untuk meminta maklumat berkaitan saman sivil yang difailkan bagi merampas aset yang dikatakan dibeli dengan dana 1MDB.

Kata George Varughese, dakwaan yang terkandung di dalam fail mahkamah DoJ membabitkan pegawai-pegawai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ahli keluarga mereka, dan rakan lain - termasuk seorang individu yang digambarkan sebagai ‘MALAYSIA OFFICIAL 1’, yang sejak itu diakui sebagai Perdana Menteri – telah melakukan salah laku.

Majlis Peguam memandang serius tuntutan ini, dan mendapati cara saman sivil ini diremehkan, diketepikan, malahan dikecam oleh pihak berkuasa Malaysia, tanpa menangani isi dakwaan yang dibuat, amat merisaukan dan tidak boleh diterima.

Menurut George Varughese, walaupun dakwaan belum terbukti sehingga penghakiman diberikan oleh mahkamah Amerika Syarikat, adalah penting mereka yang namakan sebagai MALAYSIAN OFFICIAL 1 dan lain-lain, disiasat oleh Kerajaan Malaysia secara menyeluruh dan objektif, berdasarkan bukti, demi kepentingan ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik.

“Tanpa berbuat demikian, terlalu awal bagi Kerajaan untuk tidak mengambil kira dakwaan ini, atau melepaskan mana-mana individu atau syarikat daripada sebarang salah laku.” Katanya.

Pada 28 April 2016, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengenakan denda kompaun pentadbiran terhadap 1MDB.

Sebelum siasatan terhadap 1MDB itu, BNM awal tahun 2015, telah bertindak terhadap Ambank, mengeluarkan denda sebanyak RM53.7 juta kerana melanggar obligasi anti-pengubahan wang haram dan kewangan memerangi keganasan.

Di manakah ‘tidak masuk akalnya’ kenyataan Majlis Peguam yang mahu memulihkan Integriti dan kredibiliti institusi kewangan dan badan pengawalseliaan negara ini, di mata negara serta pemerhati global?

Jom kita siasat apa yang tidak masuk akal:

Portal BN Backbenchers Council (BNBBC) pada 21 Jun 2016 mendakwa bahawa seutas rantai berlian merah jambu 22 karat berharga RM116 juta itu tiada ditulis pada semua 251 halaman kenyataan DoJ pada 14 Jun 2017:↓


Sudah tentu penulis BNBBC itu tidak menemui catatan mengenai berlian tersebut kerana dokumen mengenainya hanya dikeluarkan oleh DoJ pada 15 Jun 2017, bukan 14 Jun 2017.↓


‘Tuntutan Jabatan kehakiman Amerika Syarikat terhadap beberapa aset yang ingin disita di negara itu sebagai campur tangan asing’ oleh segerombolan agamawaan yang menggunakan sentimen agama, serupa Utusan Malaysia: ↓


Teruklah Malaysia kalau negara-negara ini semua mencampuri urusan pentadbiran negara:↓


"Kami juga mendapati bahawa tidak ada bukti daripada mana-mana penyiasatan yang dijalankan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang bagi pelbagai bidang kuasa yang menunjukkan wang disalahgunakan daripada 1MDB; dan bahawa tidak ada sebarang tuduhan jenayah dibuat terhadap mana-mana individu bagi penyelewengan dana daripada 1MDB, " katanya dalam satu kenyataan. Lapor Bernama.↓


Terlebih mengada-ngada pula Bank Negara Malaysia ni. Tak salah buat apa denda?↓


“Sejak siasatan bermula, Miranda Kerr bekerjasama sepenuhnya dan berjanji akan menyerahkan hadiah barang kemas itu kepada kerajaan. Beliau akan terus membantu siasatan dengan apa jua cara yang boleh," kata jurucakap Miranda Kerr↓ 


Sepatutnya model Australia Miranda Kerr ni minta nasihat Pengarah Strategik Komunikasi JASA ni sebelum menyerahkan barangan kemas bernilai USD$8.1 juta kepada DOJ. ↓


Dah habis baca? Cer fikir. Apa yang tak masuk akal?

WAKAKA!

Tuesday, 27 June 2017

BAGUSLAH CAHAYA PAS PADAM

    Yong kongsi tulisan tulisan Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi di Facebooknya, sebab apa yang dia tulis itu agak menarik juga.

  1. Apabila Sarawak Report berjaya kumpul RM160,000 dalam tempoh 3 hari daripada 615 penderma, untuk melawan saman PAS, padahal Sarawak Report bukanlah sebuah pertubuhan politik atau sosial, banyak perkara boleh difahami daripadanya. Bagi saya, ini suatu kejayaan besar kepada Sarawak Report.
  2. Idris kata, ini pakatan moden peringkat antarabangsa nak padamkan cahaya PAS. Sebenarnya, nak padamkan cahaya PAS tak perlukan pakatan antarabangsa pun. Di Perlis cahaya PAS dah banyak terpadam akibat cawangan PAS dah mati. Semua itu berlaku tanpa keluar 1 sen pun.
  3. Kejayaan Sarawak Report itu membuktikan, dunia nak tahu apa yang berlaku kepada skandal itu. Siapa terima duit itu? Betulkah parti Islam terima? Kemana lagi duit itu mengalir? Najib terlibat atau tidak? Dan, kita harap banyak lagi yang akan terbongkar dalam mahkamah nanti.
  4. Bagus PAS saman Sarawak Report yang akan menyelongkar banyak perkara tersembunyi. Bagus juga Sarawak Report kaitkan PAS dgn isu ini supaya rakyat Malaysia tahu siapa pemimpin PAS yang sebenar.
  5. Jika cahaya PAS terpadam pun tidak mengapa sebab PAS bukan matahari. Bulan pun bukan. Ia hanya salah satu daripada jutaan lampu yang wujud untuk beri cahaya kepada umat sebelum ini, tapi bukan sekarang.
  6. Bahkan lebih elok jika cahaya PAS terpadam sebab kebelakangan ini PAS jadi cahaya kepada BARISAN NASIONAL yang berada dalam kegelapan. Daripada biarkan PAS beri cahaya kepada BARISAN NASIONAL, lebih baik PAS padam terus.
Itulah reaksinya terhadap tulisan ustaz Idris Ahmad sebelum ini:


Ayat ustaz ni "Mereka yang di belakang SR akan berlumba-lumba untuk menderma kerana anggap ini adalah sedekah jariah kot",  jelas "insinuate" bahawa yang di belakang Sarawak Report adalah orang Islam yang berpakat dengan bukan Islam untuk jatuhkan PAS.

Yong tidak mahu cahaya PAS padam. Yong mahu PAS kembali kepada perjuangan asal - menjatuhkan UMNO yang menzalimi rakyat. 

Yong teringat pada Firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat: 12.

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, karena sesungguhnya sebahagian tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain” [Al-Hujurat : 12]

Sekian. JOM UBAH!

Saturday, 24 June 2017

SALAM AIDILFITRI 1MDB - MAAF DZAHIR DAN BATIN

Assalamualaikun salam diberi,
Selamat Hari Raya Aidilfitri;
Setiap tahun ia kembali;
Tua muda sabar menanti.


Kenderaan terpaksa parking di sini,
Jauh tak apa asal sembunyi;
Bukannya aku jalan kaki,
Begitulah untungnya hidup "berbakti."


Jangan ada yang rasa dengki,
Negara "maju" kerana GST;
PRU 14 jangan lupa undi kami,
Boleh kami tambah senarai barangan lagi.


Saturday, 17 June 2017

LEONARDO DICAPRIO TAK SIOR TERIMA HADIAH ASAL DARI 1MDB

Adik-adik yang sedang bercinta dengan Leonardo DiCaprio boleh menarik nafas lega. Pelakon tu tak mahu terlibat dengan kontroversi 1MDB.

Begini ceritanya:

Pelakon Leonardo DiCaprio telah menyerahkan kembali Oscar dimenangi oleh Marlon Brando kepada penyiasat Amerika Syarikat yang menyiasat dakwaan pengubahan wang haram oleh dana pelaburan milik negara Malaysia, kata wakilnya, Lapor Reuters.

DiCaprio juga telah mula mengembalikan barang-barang lain yang tidak dikenali diterima pelakon itu sebagai hadiah untuk lelongan amal dan yang berasal dari pihak yang berkaitan dengan dana 1MDB. 

Pada bulan Julai tahun lalu, syarikat produksi Hollywood Red Granite telah dituduh dalam tuntutan mahkamah sivil Amerika Syarikat, menggunakan USD$ 100 juta yang didakwa diseleweng daripada dana 1MDB untuk membiayai filem DiCaprio "The Wolf of Wall Street," di mana beliau membintanginya.

DiCaprio berkata pada Oktober lalu beliau bekerjasama dengan siasatan dan akan mengembalikan apa-apa hadiah atau derma jika didapati berpunca daripada sumber yang boleh dipersoalkan.

“DiCaprio berusaha mengembalikan barang-barang ini, yang diterimanya bagi maksud dimasukkan dalam lelongan kebajikan tahunan untuk mendapat manfaat kepada yayasannya,” menurut kenyataan itu.

"Beliau juga mengembalikan Oscar yang asalnya dimenangi oleh Marlon Brando yang diberikan kepadanya sebagai set hadiah terima kasih Red Granite kepada beliau atas penglibatannya dalam filem 'Wolf of Wall Street," tambah kenyataan itu.

Yayasan Leonardo DiCaprio ditubuhkan pada tahun 1988 bagi menyokong pelbagai projek alam sekitar.

Dalam pemfailan terbaru pada hari Khamis 15 Jun lalu, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berusaha merampas karya seni oleh Picasso dan Basquiat yang dikatakan dibeli dengan pengubahan wang Malaysia dan dihadiahkan kepada DiCaprio oleh Red Granite.

Pemfailan Khamis lalu juga bertujuan merampas aset dua filem Red Granite yang didakwa dibiayai oleh wang daripada dana 1MDB. Filem tersebut diterbitkan tahun 2014, "Dumb and Dumber To" dibintangi Jim Carrey, dan tahun 2015 "Home Daddy" dibintangi Will Ferrell .

Red Granite Pictures yang berpangkalan di Los Angeles dalam kenyataan pada Khamis lalu berkata "terlibat secara aktif dalam perbincangan dengan Jabatan Kehakiman bertujuan untuk menyelesaikan kes-kes sivil dan sedang bekerjasama sepenuhnya."

Dokumen yang difailkan pada 15 Jun 2017 di Mahkamah Daerah California itu disebut sebagai Case 2:17-cv-04443 mengandungi 251 halaman. 


Perenggan 31 di halaman 14 dalam dokumen itu menjelaskan istilah “public servant” seperti yang digunapakai di Seksyen 21 Kanun Kesiksaan Malaysia. 

Perenggan 32 di halaman yang sama menyebut MALAYSIAN OFFICIAL 1 ialah pegawai tertinggi dalam Kerajaan Malaysia yang memegang kuasa di 1MDB.

Perenggan 33 di halaman tersebut pula merujuk kepada Riza Shahriz Bin Abdul AZIZ sebagai warganegara Malaysia yang bersaudara dengan MALAYSIAN OFFICIAL 1 dan sahabat Jho Low. Beliau salah seorang daripada pengasas studio pengeluaran dan pengedaran filem Hollywood, Red Granite Pictures, pada tahun 2010.

Kalau skandal 1MDB itu hanya cerita rekaan pembangkang, mengapa DiCaprio mahu kembalikan hadiah bernilai jutaan ringgit yang diterimanya?

Siapa MO1? Ada akal, fikir.

Terpulang kepada rakyat sama ada mahu terus tinggal dalam perigi buta, atau turut serta bersama PAKATAN HARAPAN untuk menjana perubahan demi membina semula maruah rakyat dan negara.

Tuesday, 13 June 2017

GAGAL DALAM RAYUAN, PENJAWAT AWAM CUMA DAPAT RM500

KERAJAAN bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Aidilfitri pada tahun ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, bantuan khas juga dinikmati hampir 775,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.

"Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat sebelum 9 Jun ini.

“Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan dengan anggaran sebanyak RM1 bilion,"

Dalam pada itu, kerajaan berharap pemberian bantuan khas itu dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan Aidilfitri. Lapor SINAR HARIAN bertarikh 2 Jun 2017.

Dalam blognya Rafizi Ramli mendakwa kerajaan mengutip GST pada puratanya RM19 sehari dari setiap keluarga di negara ini dalam tahun 2016. Sementara itu jumlah kenaikan BR1M, hanyalah 14 sen sehari.

Walau bagaimanapun, pemimpin UMNO sangat bangga kerana “Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menyelamatkan ekonomi Malaysia termasuk menampung peruntukan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).”

Kenyataan ini disebut oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan ketika menyampaikan bantuan kepada 1,427 penerima BR1M dalam Parlimen Kangar pada 27 Februari tahun lepas.

"BR1M tidak mungkin dapat dilaksanakan berdasarkan perkembangan ekonomi semasa ketika harga minyak mentah dunia jatuh yang memberi kesan pada hasil negara tetapi alhamdulillah kita diselamatkan oleh GST," katanya. Lapor SINAR HARIAN.

Terdahulu Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) telah memohon agar kerajaan mempertimbangkan pemberian bantuan khas sekurang-kurangnya RM1,000 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Aidilfitri tahun ini.

Permohonan ini disampaikan oleh presidennya, Datuk Azih Muda, memandangkan kos sara hidup yang meningkat dan harga barang yang tidak menentu. Lapor BERNAMA.

Namum permohonan tersebut tidak dihiraukan oleh kerajaan yang diterajui UMNO/BARISAN NASIONAL.

Mustahil pemimpin CUEPACS itu tidak sedar bahawa kos sara hidup yang mencanak naik dan harga yang tidak menentu itu berpunca daripada GST?

Maka, setelah hasil kutipan GST itu ditolak bayaran untuk BR1M, tidak hairan jika sebanyak itu sahajalah yang tinggal sebagai nilai pengorbanan penjawat awam yang sekian lama menjadi penyokong setia UMNO/BARISAN NASIONAL.

PAKATAN HARAPAN telah berjanji akan melaksanakan dasar GST sifar. Ini tidak akan berlaku jika anggota Perkhidmatan Malaysia tidak berani berubah bagi mendapatkan manfaat daripada GST sifar tersebut.

Malaysia boleh bankrap jika diperintah oleh kleptokrat, tetapi tidak akan bankrap jika tidak melaksanakan GST.

Penjawat Awam Selangor dapat bonus banyak mana?

JENG! JENG! JENG!


Zaman Khir Toyo dulu ada dapat banyak ni tak?

Tanya jer. Takkan tanya pun tak boleh?

Sunday, 11 June 2017

JANGAN LUPA JASA UMNO

Berucap pada majlis berbuka puasa bersama kira-kira 2,500 sahabat dan setiakawan di Seri Perdana tak berapa lama dulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau menghargai persahabatan dan semangat setiakawan rakan seperjuangan UMNO yang jujur dan ikhlas kekal bersamanya dan tidak mengkhianati parti itu (Bernama)

"Kalau senang dan ada kuasa, kawan ramai, orang ramai sekeliling kita...kita tidak jemput pun mereka hadir tetapi apabila pada waktu susah, orang bersama kita...itu tanda kejujuran dan keikhlasan perjuangan," katanya.

Najib berkata beliau dan rakan seperjuangannya sentiasa mengenang budi dan nilai perjuangan parti UMNO.

"Kita akan teruskan perjuangan parti. Parti kita akan terus kuat...kita terhutang pada UMNO. Apa yang kita dapat hari ini kerana perjuangan parti UMNO. Rezeki kita hari ini kerana parti UMNO. Apa sahaja kita dapat hari ini adalah kerana perjuangan UMNO.

Jangan lupa jasa UMNO.

Najib berkata, kekuatan ahli UMNO adalah didapati dari UMNO yang berada di belakang mereka.

Najib merayu supaya ahli-ahli berjuang untuk UMNO sebagai parti keramat yang menyebabkan mereka kuat.

“Kita tak janjikan pangkat dan kontrak atau apa-apa. Kita cuba janjikan perjuangan. Kalau ada rezeki, Allah akan tentukan rezeki sebanyak mana kepada kita. Kalau kita berjuang kerana Allah kerana ikhlas, ada bahagian untuk kita nanti," katanya.

Namun sejak 9 September tahun lepas sekumpulan ahli UMNO sudah tidak percaya lagi bahawa UMNO itu parti keramat. 

Mereka lupa jasa UMNO, berbondong-bondong meninggalkan parti itu untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia. 

Kini parti itu mendakwa telah menembusi semua kubu kuat UMNO/BN apabila berjaya menubuhkan bahagiannya sendiri di kawasan-kawasan berkenaan, kata Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kesemua kawasan itu termasuk 54 kerusi parlimen yang memiliki tanah rancangan Felda dan sejak dahulu menjadi kubu kuat Umno, kata anggota parlimen Pagoh itu.

"Jadi, sebab itu strategi yang kita susun sekarang ini untuk fokus ke kawasan-kawasan kubu Umno dan kita telah tembus hampir semua kawasan sebab semua kawasan sudah ada bahagian," katanya dalam temubual yang disiarkan di Facebook.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia kini sedang melaksanakan strategi bagi menarik penyertaan bukan sahaja daripada Melayu di dalam Umno tetapi juga daripada PAS.

Sementara itu pemimpin UMNO terpaksa mengampu dan memuji-muji ahlinya supaya kekal dalam parti itu, serta berpura-pura baik dengan PAS demi menjaga kepentingannya yang dilanda skandal 1MDB.

Pimpinan UMNO tahu penyokong PAS benci kepada UMNO. Jika PAS dilihat berbaik-baik dengan UMNO, ia menguntungkan parti itu, kerana penyokong PAS yang marah mungkin tidak pergi mengundi pada Pilihanraya Umum ke-14.

Dari sudut lain, kehilangan keramat UMNO yang menyeret PAS ini juga boleh menguntungkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Amanah jika mereka bijak mengambil kesempatan dan menyususn strategi bagaimana hendak memenangi perang psikoloji ini.

********************

Benar dan sebenar-benarnya. Najib memang dah tak boleh beri kontrak apa-apa pun kepada penyokongnya. Ini kerana kontrak sudah diberi dengan penuh "keikhlasan" kepada China komunis.


Komer jangan nak mintak apa-apa lagi. Tinggal ayor lior jer yang ada!


Itu contoh jer. Belum lagi berpuluh-puluh MOU yang ditandatangi bersama China komunis. Tanya Pakcik Google.

Pangkat pulak Najib dah bagi pada Isa Samad dan yang sejenama dengannya.

Monday, 5 June 2017

MENGAPAKAH FENOMENA KEGANASAN POLITIK DI MALAYSIA SEMAKIN MENULAR DI MEDIA SOSIAL?

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai sekeping “surat terbuka” telah disiarkan di laman sebuah penerbit buku berpengkalan di Bangi, Selangor. 

Surat tersebut yang ditulis Jefry Musa yang menggelar dirinya “ahli Sunni yang dihormati”, ditujukan kepada Ilmuan Malaysia (ILMU), pimpinan Datuk Fathul Bari Mat Jahya, Ulama Muda UMNO.

Antara lain surat itu menyebut:

“Lebih mudah jika kita membunuh penganut Syiah ini daripada membuang masa berbincang dengan puak yang suka berpura-pura (taqiyah).”

Menurut seorang pakar anti-pengganas, Ahmad El-Muhammady, bahan yang menyeru ke arah keganasan walaupun secara berjenaka atau satira tidak wajar diterbitkan. Ini kerana penulisan sedemikian, walaupun dalam bentuk sinis atau bersatira tetap boleh menjurus kepada keganasan sebenar.

“Kita tidak boleh benarkan idea ganas menular.

“Mungkin ada yang melakukan apa yang dicadangkan penulisan itu,” katanya kepada Free Malaysia Today.

Menurut Ahmad, penulisan itu masih bersifat provokasi. Ia bermula dengan idea atau seseorang yang kemudiannya mewujudkan kesan riak.

Sebenarnya ini bukan pertama kali pengamal media menggunakan Facebook untuk menyemai politik ganas.

Baru-baru ini tular posting Yang Di Pertua PAS Gombak yang mengandungi tulisan meluat kepada kumpulan tertentu dan boleh menjurus kearah keganasan.


Setelah dikecam oleh netizens, dan laporan polis dibuat terhadapnya, beliau menutup Facebooknya.

Kelmarin, seorang pengamal media sosial yang memakai nama Abas Hamid menulis dalam Facebooknya, bertarikh 31 Mei jam 04:27 pagi:


Tulisan Abas itu pastinya hasil riak yang datang daripada tulisan Salehhuddin Nasir.

Mengapakah fenomena kebencian dan keganasan ini semakin menular di dalam media sosial?

Adakah kerana kurangnya pemantauan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)? 

Atau ia berasaskan ideologi yang mengajar keganasan?

Dalam satu wawancara yang diterbitkan oleh Kinitv di YouTube pada 6 Sep, 2015, Presiden PAS, Dato’ Seri Hadi awang ternyata mempromosi keganasan, kerana mengancam keselamatan mereka yang telah keluar dari PAS dan menubuhkan parti baru.

“Dalam perjuangan Islam, pengkhianat perlu bertaubat ataupun dihapuskan dan PAS tidak dibenarkan bertahaluf dengan mereka, berbanding dengan pihak lawan.” Katanya

Walaupun tidak menamakan mana-mana pihak, tetapi dipercayai kenyataan tersebut merujuk kepada pemimpin Parti Amanah Negara yang baru ditubuhkan. Presiden PAS menganggap mereka yang keluar dari PAS sebagai golongan pengkhianat yang disifatkannya lebih teruk daripada lawan.

Sukar dinafikan bahawa kenyataan inilah yang menjadi riak dan menyebabkan lahirnya gelombang kebencian melampau yang menjurus kepada keganasan.



Sila layari JOM Channel untuk mendapat berita-berita menarik terkini: https://www.facebook.com/jomchannelonline/