Pages

Monday, 24 October 2011

PANTANG LARANG DALAM HIDUP YONG

Yong ada satu pantang yang tak boleh ampun. Yong amat benci orang yang suka tidur semula selepas solat subuh, atau tidur sehingga miss solat subuh. Lainle kot orang tu demam atau dah amat tua.  Boleh le maaf. Kucing, ikan dan terapin Yong bela semua bangun pagi. Tak payah Yong riuh rendah bangunkan demer. 

Tadi Yong melayari alam cyber, Yong jumpa N3 dari blog 26 Melayu di Raja. Ini sudah best. Yob, Yong minta izin petik  sebahagiannya macam kat bawah ni:

Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerana pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). 

Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).”
(Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)

Seterusnya baca di sini.  

Orang yang perangei gini lebih kurang macam sampah tepi pagar ni. Nak recycle pun tak boleh.



2 comments:

  1. Assalamualaikum Yong,

    Ajenyer ya. Lepas solat elok mace ke, nulih ke, paling koman buat brekfas. Salam kenei orang Parit.

    ReplyDelete
  2. Moh Kembara,
    Waalaikum salam. Ramei orang kite gitu perangeinyer. Lebih2 hujung minggu.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.