Pages

Tuesday, 22 November 2011

BAYAR DAN GORIS - MBSA UNDUR KE DUNIA KETIGA!!!

Semua bandarayan maju ke hadapan, tapi MBSA undur ke belakang. Warga Shah Alam tentu dah pernah tengok benda kat sebelah ni beberapa tahun yang lepas. Pagi tadi Yong terperanjat apabila benda ni muncul kembali kat seksyen 13! Yong tanya budak2 yang jual benda ni, kenapa pakai sistem dunia ketiga ni lagi? Katanya sebab kiosk belum dibina lagi. 

Apa punya bingai? Kalau kiosk belum dibina, takpayah minta duit parking! Cuba komer fikir dengan otak (cikgu Yong kata: jangan guna kepala lutut!). Satu kopon harga RM6.40.  Kalau warga Shah Alam mampu beli kereta harga ratusan ribu, apa sangat le RM6.40? Tapi itu bukan soal pokok. Itu soal bunga! Kenapa Yong kata bunga? Kerana pengguna kena bayar dulu sebelum dapat servis! Duit dah masuk akaun pengendali parking, sementara kereta miker masih duduk dalam garaj. Bukankah itu bunga? Dalam Islam bunga haram, kecuali bunga raya, bunga melati, bunga senduduk, bla..bla...bla. 

Jadi, apakah soal pokok? RM6.40 duit pengguna syarikat dah pakai. Budak yang jual kopon kata boleh guna di seluruh Shah Alam. Tapi, pengguna mungkin tak guna selebihnya kalau dia bukan orang Shah Alam. Bagi Yong, keluar waktu pejabat ke Shah Alam mungkin sebulan sekali. So bila nak habis kopon? Beli sekeping atau 2 keping setiap kali nak parking kat seksyen 13? Kat mana pulak nak beli? Jual kat khemah mungkin dah takde bulan depan. Lagi kerja bingai! 

Kalau ini cara kerajaan negeri nak buat duit, Yong boleh kata, MBSA dah undur ke dunia ketiga. Yong harap sangat ini bukan idea PR nak dapat duit. Atau adakah ini usaha MBSA nak hasut warga Shah Alam supaya jangan undi PR?

Tulisan Yong belum habis. Yong akan sambung. Nantikan!

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.