Pages

Wednesday, 30 November 2011

TIP MENDAPAT KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DENGAN CEMERLANG -PENYESUAIAN MASA

Sebenarnya Yong tak suka dengan istilah pengurusan masa, sebab bagi Yong Allah je yang mengurus masa berdasarkan surah Al-Asyr. Kita cuma menyesuaikan masa yang telah diberi. Semua orang dapat 24 sahaja. Kita sesuaikan kehidupan kita dengan masa itu.
Peperiksaan akan mengambil sedikit dari 24 jam itu. Cuba jawab soalan berikut:
Jika anda perlu menjawab 4 soalan dan masa yang diberi ialah 3 jam, berapa lamakah masa yang perlu anda ambil untuk menjawab setiap satu soalan?
Jawapan A:  45 minit,
45 x 4 = 180 minit
Lebihan masa = 0
Jawapan B: 40 minit
40 x 4 = 160 minit
Lebihan masa = 180 -160 = 20 minit.
Jika anda pilih jawapan A, anda seorang yang bermasalah dan berkemungkinan besar tidak dapat menyiapkan semua soalan mengikut masa yang ditetapkan.
Jika anda memilih jawapan B, ke manakah pergi masa selebihnya? Jika anda sudah jelas tentang ke mana perginya masa selebihnya, tak payah anda baca tip Yong lagi.
Untuk mereka yang masih tercari-cari formula penyesuaian masa untuk menghadapi peperiksaan, Yong kongsi 10 lagi tip:
1.     Selepas duduk, pastikan jam tangan anda lebih cepat dari jam di dinding. Beri masa 3 hingga 5 minit. Ini untuk memberi anda ruang masa supaya tidak terkejut apabila ketua pengawas menyatakan masa tinggal 30 minit, 10 minit dan seterusnya.
2.     Bila sudah dibenarkan baca soalan, anda mesti baca dan fahami semua soalan sebelum menandakan yang mana hendak di jawab. Jika perlu ulang baca. Ini masa critical. Oleh kerana itu anda perlu benar-benar faham kehendak soalan. Beri masa 5 minit untuk membaca dan memilih soalan.
3.     Setelah pasti soalan yang akan dijawab, tandakan “key word” /istilah penting dalam soalan. Tandakan untuk semua soalan yang anda pilih.
4.     Guna halaman 1 dan 2 untuk membuat rangka jawapan bagi setiap soalan yang akan dijawab. Mulakan dengan soalan yang anda pasti dapat dijawab dengan baik. Kenapa perlu buat rangka? Biasanya otak kita tenang bila jawab soalan pertama.  Tapi semakin lama semakin kusut. Jika sudah ada rangka jawapan, ia boleh membantu ingatan anda. Pastikan rangka ini dipangkah sebelum kertas jawapan dihantar (Boleh juga tulis batal). Kalau tidak nanti pemeriksa sangka ia sebahagian dari jawapan. Beri masa 10 minit untuk membuat rangka.
5.     Jawab mana yang anda tahu dahulu. Tak perlu kira urutan soalan. Anda boleh jawab soalan 5 sebelum soalan 1. Mengapa perlu jawab soalan yang anda yakin tahu dahulu? Sebabnya jika jawapan ini lancar ditulis, ia akan memberi “psychological booster” kepada anda untuk meneruskan perjuangan.
6.     Jawab setiap soalan dalam halaman yang baru. Biasanya ia dinyatakan dalam peraturan. Tapi ramai yang tak patuh. Sebenarnya, selain kelihatan lebih kemas, ia memudahkan tambahan jawapan jika perlu (lihat contoh arahan bertanda kuning).
7.     Berhenti menulis 5 minit sebelum peperiksaan tamat. Masa ini diluangkan untuk menyemak jawapan anda. Percayalah, ayat-ayat terakhir yang anda tulis tidak bermakna apa-apa.
8.     Jangan guna corrector fluid seperti tipp-ex, blanco atau apa saja brand untuk membetulkan kesilapan penulisan. Guna pembaris dan potong perkataan/ayat dengan cermat. Kerja mencuci kesilapan dengan corrector fluid memakan masa anda dan akan membuat kerja anda lambat selain dari kelihatan comot.
9.     Lihat markah yang disediakan untuk setiap jawapan. Panjang dan pendek jawapan bergantung kepada markah yang dinyatakan. Kalau 5 markah, mungkin 1/3 halaman kertas A4 sahaja. Jika anda biasa menulis terlebih dari 1 halaman bagi soalan 5 markah, maknanya anda seorang yang “long-winded” atau berbelit-belit. Anda akan menghadapi masalah “tak cukup masa.” Perlu focus dan jawab soalan sahaja.
10.   Lihat jam anda setiap kali siap menjawab satu soalan. Ingat! Jika anda perlu menjawab 4 soalan, anda cuma ada 40 minit sahaja bagi menulis setiap jawaban, bukan 45 minit. Jika ada lebihan masa, bagus. Anda boleh “reserve” untuk menggunakannya bagi menjawab soalan yang “sukar.” Jika didapati terlebih masa, anda harus berhenti dan jawab soalan seterusnya. Adalah lebih baik anda menjawab semua soalan daripada menjawab 3 sahaja. Ini kerana belum tentu 3 jawapan anda itu boleh mendapat markah penuh. Anda boleh kembali kepada jawapan yang “incomplete” itu dengan menggunakan masa “spare” 5 minit yang telah anda sediakan (lihat tip 6). 
Contoh arahan 
Jadikan tip Yong ini habit anda setiap kali menghadapi peperiksaan. InsyaAllah ia akan menjadi mudah.    

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.