Pages

Wednesday, 16 November 2011

WAH! SERONOKNYA BUAT UNTUNG ATAS ANGIN

Schredder canggih - gambor hiasan je 
Yong baca berita ni dengan perasaan sedih teramat sangat. Sedih kerana mengenang nasib Bunmiputera di masa akan datang jika orang sebegini terus berkuasa. Yong teringat masa mula2 PR memerintah Selangor, dengor citer banyak fail telah kena shred. Budak sekolah rendah pun tahu kalau kita koyak kertas tu, maknanya kita tak nak orang lain baca apa isi kandungannya. Tapi bangkai gajah mana boleh sorok dalam lunch box. Sekarang rahsia isi kandungan fail-fail yang kena shred tu satu persatu dah terburai, macam yang disebut dalam berita berikut:

SHAH ALAM, 15 NOV : Sesi penggulungan Belanjawan Selangor 2012 hari ini menjadi gempar berikutan pendedahan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pelbagai salah guna kuasa Barisan Nasional Selangor membabitkan kehilangan jutaan ringgit yang turut melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Satim Diman.Selain Satim, Abdul Khalid juga mendedahkan usaha pengambilan tanah oleh bekas menteri Besar Selangor, isteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta pemimpin politik setempat bagi mendapat beberapa lot tanah dikawasan elit. Dalam sesi penggulungan itu, Khalid mendedahkan Ketua Pembangkang, Satim Diman telah membuat beberapa transaksi berhubung penjualan tanah di Science Park 2 semasa pentadbiran BN dulu.
Seterusnya
Kesian kat kakitangan awam yang terpaksa keroje menschred keroteh. Tak sebab2 dapat dividen keroje haram. Lain kali, Kalau nak hilangkan evidence, baik bakar rumah sendiri. Jadi bukti pun hilang dengan rumah komer sekali. Hahaha

2 comments:

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.