Pages

Sunday, 4 December 2011

AMENDE BAIAH UNTUK JIHAD DAN INFAQ NI?

Kelmarin sekumpulan orang berbaiah untuk jihad dan infaq. Bagi Yong berbaiah demi memperkukuhkan perjuangan demi mendapat keredaan Allah itu sesuatu yang baik. Jadi Yong google untuk mencari makna jihad dan infaq yang selama ni diamalkan oleh kumpulan orang tersebut. Dari celah2 kehidupan demer, Yong jumpa 10 hasil carian. Komer tengok le hasil carian Yong. Hebat! Macam tak caye....

1. Pelaboran jangka panjang melalui projek biotechnology. Contohnya, laborkan duit yang gomen bagi untuk pelihara lembu dengan membeli kondo mewah. KJ kata ia pelaburan. Ia boleh dikatakan baik juga sebab hasil sewa kondo mewah boleh sedekah kat adik-beradik pergi bercuti dan sebagainya.

2. Kekalkan kedudukan sebagai wakil rakyat, iaitu dengan mendapatkan seramai mana pengundi untuk menang pilihanraya. Ini hanya satu kaedah untuk mencapai matlamat. Takpe kalau satu rumah ada 88 pengundi. Tanya anak sungai derhaka kalau nak tahu kaedahnya dengan lebih lanjut.

3. Bersahabat dengan kontraktor. Minta kontraktor jual kat kita tanah dan rumah banglo mewah dengan harga di bawah harga pasaran. Ini sebagai mengenang budi pemimpin. Kontraktor perlu pemimpin politik. Pemimpin perlu kontraktor. Ia satu simbiosis.

4. Cari harta. Macam mana nak berjihad dan infaq kalau takde fulus. Tuai hasil bumi sampai gondol. Hasil boleh bagi anak cucu. Demer boleh hidup senang lenang tujuh keturunan. Ini dikira sedekah pada saudara mara.

5. Berani mengambil risiko. Tak mengapa walau pun projek merbahaya. Ini demi membuat jasa kepada ibu bapa dan kaum kerabat.  Ini pengorbanan rakyat untuk pemimpin namanya. Kalau tiada pemimpin begini, siapa nak jaga rakyat nanti? 
6. Buat pembangunan bandar. Ambil tanah rakyat yang terletak di tengah bandar untuk menambah pendapatan, misalnya Kampung baru. Jika tak setuju, paksa. Buat undang-undang baru. Tubuhkan satu GLC. Takkan rakyat nak hidup tanpa pembangunan?


6. Buat projek Setinggan sifar. Runtuhkan rumah setinggan. Keadaan persekitaran akan berubah menjadi cantik tanpa demer yang duduk rumah atap zinc ini. Di lokasi itu boleh dirikan kondo mewah. Setinggan mesti tak mampu beli. Takpe, demer boleh beli rumah flet murah, mengikut kemampuan. Kondo mewah jual kat orang Singapura. Dapat banyak untung.

7. Pertahankan negara. Beli kapal selam. Tak kira berapa pun kosnya. Selain mempertahan negara dari musuh seperti al-qaeda, jim dan apa2 je dalam imaginasi, ia juga memberi peluang pekerjaan kepada kaum-kerabat untuk penyelenggaraan. 

8. Bertindak mengikut undang-undang. Perhimpunan yang dianggotai oleh PR adalah haram. Maknanya kalau buat juga tak ikut undang-undang le. Walau bagaimana pun tiada kekerasan terhadap peserta perhimpunan.

9. Buat peniagaan halal. Misalnya niaga minyak. Ia halal sebab bukannya niaga arak. Boleh juga buat filem porno. Tapi ini tak dapat untung sebab takde siapa nak beli. Lagipun hakim tak setuju buat tayangan filem porno ni halal.

10. Ramaikan rakyat Malaysia. Takpe satu kampung boleh dapat KP. kenapa perlu rakyat yang ramai? ini untuk pertahankan kuasa. Kalau bilangan rakyat dan pengikut tak ramai, bagaimana nak meneruskan matlamat baiah?

Oleh kerana orang yang berhimpun itu sudah berbaiah, mungkin kita akan melihat bukti2 hasil baiah untuk berjihad dan berinfaq yang lebih hebat lagi dari amalan sekarang dan "blow your mind" di masa akan datang. Yong pun tau parti satu lagi pun ade baiah juga, tapi amalannya lain. Yong takde nak buat ulasan. Miker baca ulasan parti yang baru berhimpun ni kat wargamarhaen

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.