Pages

Monday, 12 December 2011

APER BEZA RM500 DENGAN RM250,000,000?

Wow, Pak Udin, banyaknya kosong!

Nak!
Sambil menitiskan air mata seorang penerima berterima kasih kepada kerajaan BN kerana RM500 itu amat bermakna bagi menampung hidup keluarganya. Bantuan ini untuk 5.2juta penduduk Malaysia. Anggarannya memakan kos RM2.6 billion. Jangan komer kata duit ni untuk penyokong BN je. Ini duit pembayar cukai. Kerajaan BN hanya pemegang amanah duit rakyat! 

Tercapaile matlamat Pak Mat Husni yang berkata:
"Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat,” 

Wow! RM500 one-off untuk makan seumur hidup!
Suami (dia kata takde kena mengena) menteri yang jaga hal2 orang miskin pulak dapat RM250j soft loan (bayor ikut suka) untuk pelihara lembu. Ade laporan kepada SPRM dia beli kondo mewah, kereta merc, menunaikan umrah dan melancong dengan duit tu. Tapi polis kata takde kes. SPRM pun senyap je.

Tangan kanan bagi RM500, tangan kiri bagi GST (cukai barangan dan perkhidmatan). Inikah makna jihad dan infaq yang dilaong dalam PMTC tempoh hari?

Mat Bangla. Pemuda "UMNO" generasi masa depan?
Rakyat marhein pulak hanya mampu beli susu lembu tak ikut standard kat kedai 1malaysia. KIMMA gelak je. Dah dapat jadi senator kan? 

Tok nenek dah pesan, tapi kita lupa: Lembu punya susu, sapi dapat nama. Sapa lembu sapa sapi erk?

1 comment:

  1. Salam yong

    RM250 juta bagi mereka sama jer dengan RM250. Bagi kita jumlah itu cukup banyak.

    Dapat RM500 one-off sudah riuh satu dunia, walhal tidakkah kita sedar yang kita ditekan kiri-kanan?

    Hah... Melayu, Melayu!

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.