Pages

Saturday, 17 December 2011

HASSAN ALI DAN NASHARUDDIN MAT ISA BUKAN TERPERANGKAP TAPI TERMAKAN SUMPAH (VIDEO)

Bukan terperangkap Yob! Demer sengaja cari pasei bior kena tendang.


Kata budyguard Yong Hassan Ali dan Ustaz Nasha takkan keluar PAS. Sebabnya demer takut termakan sumpah kerana sudah baiah. Tak sangka dalam diam2 banyak idea jugak bodyguard Yong ni. Yong cari2 cerita berkaitan dan jumpa video di atas dalam blog malaysiawaves.  Ingat lagi?

TV3/4 pulak terus siar kenyataan hero UG kat bawah ni. Kenyataan Hero UG ni menunjukkan pengakuannya yang konsisten dalam "perjuangan" sejak dulu lagi, seolah2 PAS yang dah menyimpang dari Islam.


Kalau demer kena tendang sekarang, tak perlulah demer cerai isteri (Hassan Ali yang kata baiah tu gitu ye, bukan Yong), sebab demer bukan keluar parti. Jadi takde le termakan sumpah. Tapi sebenornya, perangai demer yang buat macam2 songel di luar prinsip PAS tu dah sama dengan perangei orang umno. Maknanya dah macam melanggar baiah je. Sekarang demer dah jadi orang bingai kerana termakan sumpah. Cuba dengor kat minit 0.35, dia kata ada banyak keroje Islam yang dia boleh buat. Entah apa keroje Islam dimaksudkan Yong tak nampak. Nak tolong buat pertunjukan fesyen Islam 1Malaysia?

Allah anugerah kita dua mata, dua telinga dan satu mulut je. Tentu Hassan Ali dan Nasha Mat Isa amat faham tentang aspek ini. Demer bukan bapak budak entah kelulusan apa macam Satim Diman. Keroje mulut sepatutnya setengah je dari keroje telinga dan mata! Bila mulut nak buat keroje lebih, mata pun tak nampak kondo lembu yang mewah dan telinga pun jadi pekak terhadap tangisan golongan marhaen. Pemimpin gini kalau tak bingai apa?

Yong cadang clause baiah tu dikemaskini, supaya lebih holistik tanpa menjejaskan hak ahli untuk bersuara dan mengkritik kepimpinan yang tak betoi.

2 comments:

  1. Salam Yong,

    Gitu ler orang idup cam sesumpah, asyik tukor kaler, jap ijo, jap meroh, jap kelabu taik anjin!

    ReplyDelete
  2. Moh Kembara,
    Yang kelabu taik anjin tu dah parah le.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.