Pages

Tuesday, 20 December 2011

KORBAN BUAH BIDARA

Daripada dok bangang bela Hassan Ali, baik bela Adam Adli

Sub-heading tu dari N3 Pak Bakaq. Yong ciluk sebab pak Bakaq tak letak copyright. Ha ha ha. Yong teringat pantun Melayu bunyinye begini:

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih saya lurutkan;
Buang emak buang saudara,
Kerana kasih saya turutkan.

Buah bidara kalau dimasukkan ke dalam nasi lemak, memang kaw-wow. Daun selasih boleh ditabur atas nasi lemak tu. Biji selasih boleh masuk dalam air sirap sejuk, atau teh-0 panas. Wau, mak mertua lalu kat belakang gerenti tak nampak. Apapun, riwayat buah bidara dengan selasih tamat gara2 nasi lemak. Buah bidara terkorban demi memuaskan selera peminat nasi lemak.
Buah bidara yang dilupakan

Biji2 hitam tu selasih
Buah bidara ni value added pada nasi lemak. Ia macam golongan professional dalam PAS. Macam Allahyarham Dr Burhanuddin. Juga Husam Musa, Mat Sabu, Mahfuz, Shaari Shuib, Dr Rani, Dr Halimah  dan lain2. Mereka value-added kepada PAS.

TV3/4 dan golongan yang seangkatan dengannya terus mencanang citer konon PAS dah ketepikan ulama. Mereka pura2 lupa, Hassan Ali juga termasuk golongan professional dalam PAS. Dia bukan tok guru (sebut: ulama) walaupun dia perasan macam tok guru dan jaga exco Islam. Nasharuddin Mat Isa? Miker tengok sendiri apa dia suka buat dari blog dia. Yong takde le nak buat pautan. Ikut suka komer nak tengok ke tidak.

Orang dulu2 memang bijak. Sambil mencipta pantun mereka berkias dan memberi resepi masakan. Walau bagaimanapun, buah bidara yang busuk tak boleh menambah kaw-wow pada nasi lemak. Ia terpaksa dibuang. Kalau nak campur juga dalam resepi mungkin ada yang keracunan nanti. 

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.