Pages

Thursday, 1 December 2011

LEGENDA PERHIMPUNAN

Gambor hiasan je
Seorang lelaki terkejut apabila melihat banyak kasut perempuan di dalam lift hotel. Walau bagaimanapun dia tak le ambil pot perkara itu. Petang itu apabila nak simpan kunci kat kaunter sebab nak keluar makan dia terkejut kerana ramai makcik2 kat lobi. Sumernya tak pakai kasut. Dia terasa lucu lalu perhati dari jauh. Seorang perempuan muda kemudian muncul dengan seorang pencuci hotel membawa beg. Makcik2 itu terus menerpa perempuan itu dan terburailah isi beg tersebut. Rupanya itulah kasut2 yang ditinggal di dalam lift tadi.

Daripada riuh rendah itu lelaki tersebut dapat cerita di sebalik kasut di dalam lift. Rupernya makcik2 itu datang atas tajaan orang besor untuk hadir satu perhimpunan. Makcik2 itu tinggalkan kasut dalam lift sebab nak masuk bilik hotel. Biasalah, kita kan tinggalkan kasut kat luar bila nak masuk rumah. Mujur kasut2 tu tak hilang. Kot idak, naya orang besor tu kena belikan kasut kat Makcik2 tu....

Citer ni Yong dengor mase Yong masih bebudak lagi. Dah jadi legenda le...

Makcik2 sekarang dah pandai dan tak tinggal kasut dalam lift lagi. Mana boleh tinggal. Kasut merah mahal weh! Mungkin sama harga dengan 10 ekor lembu....

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.