Pages

Saturday, 24 December 2011

PILIHANRAYA HUJUNG JANUARI? TAK CAYA PUN TAKPE

Ya, pilihanraya is just round the corner, kata omputih. Mungkin hujung bulan januari atau awal bulan februari. Buktinya? Ini buktinya. Baca dengan teliti:

Ini berita gempar! Bomoh siam, bomoh indon, bomoh myanmar, bomoh cambodia, bomoh india, bomoh bomoh china, bomoh taiwan, bomoh turki, bomoh pakistan, bomoh bangladesh, bomoh kazashtan,  bomoh afrika (dari zimbabwee, niger dan lain2 negara miskin) dan amerika selatan dan juga bomoh2 yang mempunyai kepakaran tertentu seperti saka, vodoo, zombie, toyol, pelesit, pukau dan santau telah siap siaga.

Hello? Dah boleh keluar mengundi ke?
Che Det pulak kata jangan jumpa bomoh. Apa yang tersirat dengan nasihat pendekar lapok ni? Che Det tahu ade yang dah jumpa bomoh sebab tu dia kata gitu. Mengapa jumpa bomoh? Demer jumpa bomoh sebab (a) nak minta supaya dicalonkan dalam pilihanraya, (b) menang dalam pilihanraya, dan (c) dilantik jadi menteri setelah menang dalam pilihanraya.

Apa maknanya semua tu? Maknanya pilihanraya dah sangat dekat.

Apa dia siap-siaga? Siap siaga di sini ialah kata singkat untuk siap berniaga. Bomoh letak nilai harga pada permintaan klien. Semakin tinggi permintaan semakin tinggi kos. Kalau nak minta jadi menteri kosnya lebih tinggi dari nak minta dicalonkan. Takpe bayar lebih pada bomoh. Jadi menteri nanti modal boleh dapat balik.

PR harus bersedia menguasai saka, menghapuskan zombie, mentawarkan santau, membunuh toyol, menghalang pukau, menghancurkan pelesit dan mencabut paku2 vodoo. Apa dan siapa saka, zombie dan alat2 bomoh? Tanya pakcik google. Takpun tunggu posting Yong seterusnya.

2 comments:

  1. klu betul bulan januari..mmg saje die x bagi mahasiswa balik mengundi...sbbnye bln jan mmg musim final exam...

    ReplyDelete
  2. Ada Universiti yang exam awal. Contohnya, bebudak UiTM dah balik hujung januari. UiTM ni kubu kuat UMNO

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.