Pages

Thursday, 8 December 2011

YEAH! YONG DAPAT BELI BEG BIRKIN (UPDATE)

Gempak je! Sebenarnya Yong sibuk sangat tak sempat pergi Dallas. Kalau Yong pergi collector yang tak dikenali tu tak dapat beg Birkin. Setakat USD 203,000 berapa sangat le. Yong dah lama menabung sejak dalam perut ibu lagi tau. 

Apapun, pastinya jauh beza kehidupan pemilik beg Birkin dengan insan kat dalam gambor ni. (sumber).
Birkin? Boleh bikin rumah ganti pondok ni?
Kita nak tau jugak infaq umno dah sampai ke belum kat insan dalam gambor di atas? Jangan cakap je. 

Huhu, mana le Yong ada duit nak beli Birkin. Masa sekolah dulu, duit tabung habis bayor yuran dan beli  buku je. Nasib baik Yong habis mengaji. Dengan pertolongan Allah juga semuanya terjadi walaupun bapa meninggal semasa usia Yong masih remaja. 

Pada yang masih dalam alam pembelajaran, jangan le putus asa. Kita hanya merancang, Allah menentukan. Tapi kot kita duduk peluk tubuh je, takkan ada ape2 perubahan. Beg Birkin akan bertambah. Rakyat terus dihimpit kemiskinan. 

Harta kita sekarang ialah sebuah undi. Jangan guna untuk beli beg Birkin!

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.