Pages

Friday, 20 April 2012

PENYOKONG HASSAN ALI GALI KUBUR UNTUK UMNO

Mula-mula Yong tak mahu komen apa-apa pasal samseng yang menyerang siswa di Dataran Merdeka malam kelmarin. Bukan Yong tak peduli, tapi sebab dah ramai yang komen. Tetapi sekeping gambar dalam blog Omak kau amat mengganggu fikiran.
SAMSENG JALAN KEBUN DENGAN HASSAN ALI
Gambar boleh berbicara seribu kata. Apakah hubungan Hassan Ali dengan samseng ini? 

Kejadian menyerang mahasiswa yang sedang berkhemah adalah kerja orang bodoh. Tidak ada manusia yang bertamaddun yang akan menganggapnya satu kerja yang mulia. Tidak ada!

Perlembagaan Persekutuan (Perkara 10) menghurai tentang Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan. Perkara 10 menyatakan 

(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)

(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;

(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;

(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan. 

Fasal (2), (3) dan (4) adalah mengenai sekatan terhadap perhimpunan jika ia menjejaskan keselamatan negara. 

Yong sediakan pautan untuk muatturun dan baca Perlembagaan Persekutuan bagi yang ingin belajar.

Mahasiswa hanya menuntut supaya PTPTN yang membebankan itu dimansuhkan. Ini perjuangan mereka demi masa depan mereka, dan demi masa depan adik-adik dan saudara mara samseng yang mungkin akan memasuki IPT pada bulan September ini. Lainlah kalau adik-adik dan saudara mara semua samseng-samseng itu kantoi SPM!

Hassan Ali mahu berjihad kononnya untuk membenteras murtad. Amat murni jihad menentang murtad ini. Tapi Hassan Ali dalam tangisannya telah menyemai perasaan marah dan benci yang amat sangat dalam diri sebahagian yang hadir mendengar ceramahnya. Kemarahan dan kebencian ini dihalakan ke arah Pakatan Rakyat dan bukan Melayu yang dituduhnya bersekongkol dengan golongan kafir harbi. Kalau anda tidak percaya, berlapang dadalah dan cari dalam youtube. Anda akan bertemu dengan ceramah Hassan Ali yang penuh dengan nada benci yang extreme ini.

Jika ceramah itu didengar oleh orang yang rasional, dia akan memilih untuk menerima atau menolaknya. Tetapi, jika didengar oleh golongan yang pendik akal, ia akan menerima dengan membuta tuli. Lalu terjadilah tindakan-tindakan yang bodoh dan ganas tanpa provokasi terhadap golongan yang tidak bersenjata dan lemah (seperti wanita) yang turut serta dalam kumpulan mahasiswa di Dataran Merdeka itu. 

Hassan Ali boleh berdakwah, kerana menjadi kewajipan bagi semua umat Islam untuk berdakwah. Tetapi beliau tidak ada locus standi untuk berceramah ke sana sini dan mengeluarkan fatwa tentang kewajaran pakatan PAS-PKR-DAP. Beliau bukan ulama. Di Malaysia sudah ada institusi dakwah yang dibina/disokong oleh Kerajaan. Ada Jakim, ada Ikim, ada Yadim, ada Perkim dan ada Majis agama Islam di setiap negeri dan juga mufti-mufti. Lagipun, UMNO yang menentang hukum hudud juga membentuk ikatan dengan golongan kafir yang menentang hudud seperti MCA, MIC dan yang sejenama dengan mereka.

Salahkah mahasiswa menuntut supaya PTPTN yang membebankan itu dimansuhkan? 

Perbuatan menyerang mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka adalah satu jenayah terhadap manusia dan kemanusiaan. Pihak berkuasa tidak boleh membutakan mata dan memekakkan telinga lagi. Extremist tidak boleh ditoleransi dalam sistem demokrasi. 

1 comment:

  1. ropernya asang anak ali akidah bapak samseng ingatkan kaki yam seng...

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.