Pages

Thursday, 24 May 2012

BERANIKAH AHLI UMNO DEDAH CURRICULUM VITAE DEMER?

Minta maaf sebab Yong off-line beberapa hari. Yong kena serang. Ini pun masih merasai kesan serangan. Tapi takpe lah. Yong masih boleh hidup untuk meneruskan perjuangan. Yong akan cerita di lain waktu tentang serangan itu, bila dah kembali pulih seperti sediakala.

Yong ikuti debat PTPTN Rafizi vs Khairy. Yong tak faham, macam mana anak Melayu dalam UMNO mahu terus-menerus menyokong skim pinjaman yang dahsyat ini. Hanya satu sebab utama kenapa mereka nak sokong. Mereka hanya memiliki kelulusan seperti tokeh ikan bakar Sekinchan. Itu saja tahap kelayakan mereka. Sedangkan curriculum vitae (CV) pasukan Pakatan Rakyat begitu terserlah. Contohnya CV Rafizi sendiri (di sini). Sudah tentu budak ni berani meletakkan CVnya di alam maya sebab dia hebat! Sejuk hati ibu melihatnya. Semoga beliau sentiasa diberi petunjuk dan hidayah dan meneruskan perjuangan di landasan yang betul (baca: jangan ikut Tunku Aziz).

YONG ABADIKAN POST TERBAIK RAFIZI-THUMB'S-UP
Pastinya Yong tak ingin serabutkan blog ini dengan gambar-gambar tokeh ikan bakar sekinchan yang lulus SPM tu, "Simpang malaikat 44," kata orang tua-tua Peghak. Maknanya, jangan sampai kita buat benda-benda pelik yang mendatangkan kemurkaan Allah!

Kisah ahli UMNO yang bodoh piang ni bukan Yong yang kata. Che Det pun ada cakap. Keratannya Yong tampal kat sini:

KLIK TEKS UNTUK BACA

Jika tak dapat baca di sini, carilah dalam blog Che Det. Maafle, Yong tak bagi link. Ini N3 lama. Yong sengaja ulang bagi menunjukkan inilah penyakit UMNO sebenarnya, sejak dulu lagi. Sejak Dato' Onn keluar UMNO! Sejak tu UMNO dikerumi mereka yang tiada kelayakan akademik yang cemerlang, tapi hanya mengharapkan habuan projek dan jadi proksi sahaja.

Beranikah pemimpin UMNO dedah curriculum vitae mereka yang hebat di alam maya?

4 comments:

  1. jgn memain dgn ameno oii. biasa tgk profile azeez baling? blajar tinggi melangit tu, punya hebat unibesiti tpt dia blajar dulu sampai org tak bole carik, katanya ivy league unibesiti tp haram takdak. tu belum kira mader lg, ada 10 phd, rosmah ada 3 phd, najib ada 4 phd, pak lah ada 3 phd. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azmie,
      Ikut suka demer le nak kutip phd banyak mane. Takdenya laku!

      Delete
  2. Salam,

    huhu sokong2, pinjam artikelni..

    KLIK:BERANIKAH AHLI UMNO DEDAH CV DEMER

    ReplyDelete
    Replies
    1. New Hope,
      Takde masalah. You are welcomed!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.