Pages

Friday, 25 May 2012

CHECKMATE! POLITIK "LICIK" NIK AZIZ

Kerajaan perpaduan sudah mati. Ia mati bukan kerana masa tu TGNA kata tok sey, tapi ia mati kerana ahli PAS menolaknya jatuh ke Laut China Selatan yang bergelora. Tetapi entah angin mana bertiup, kali ni TGNA pula kata nak muzakarah dengan UMNO, walaupun TGHA kata tak mo. Apakah agenda yang tersembunyi disebalik kenyataan TGNA?

GANDINGAN DUA TOKOH YANG DIGERUNI UMNO
Ramai pro-PR yang mempertikaikan kenyataan TGNA hendak bermuzakarah dengan UMNO. Pro-BN juga tidak kurang komen kerana ingin mendapat mileage dari kenyatan yang nampak bercanggah dengan TGHA itu. 

Rupanya gerombolan hanyalah penonton dalam permainan catur politik TGNA. Sesungguhnya TGNA ahli politik yang amat arif dan "licik". Kelebihan ini mengalahkan gerombolan yang mendapat nasihat pakar zionis APCO!

Hari ini TGNA menarik balik kenyataannya hendak bermuzakarah. Mengapa terjadi begitu? Katanya ini kerana beliau akur kepada keputusan pucuk pimpinan PAS yang pastinya mempertimbangkan pandangan "grassroots." 

Sekarang UMNO ternganga! Kalau dulu mereka kata TGNA seorang tua yang degil kerana menolak idea kerajaan perpaduan dengan UMNO, hari ini, setelah bisu beberapa ketika, tidak tahu nak buat bagaimana - nak sambut atau tidak ajakan muzakarah TGNA - akhirnya UMNO terus terkedu. UMNO tidak boleh lagi mengata TGNA tidak mahu "berbaik-baik" sesama Melayu Islam. TGNA telah sanggup bertolak ansur untuk muzakarah! 

Rupanya ulama dan "grassroot" PAS sendiri yang telah menolak muzakarah ini berdasrkan prinsip perjuangan PAS dan UMNO yang bergerak di atas landasan yang berlainan. PAS kukuh dengan perjuangan Islam, tidak mungkin bertembung dengan landasan UMNO yang assobiyah. Jika hendak mengutuk TGNA juga dalam isu pepecahan Melayu ini, sudah tidak wajar lagi!

Sementara itu Karpal Singh dibiarkan merepek dan meraban menolak hukum hudud. Siapakah yang tidak tahu Karpal Singh bukan pakar hudud dan dia mencari makan di atas sistem secular seperti sekarang? Karpal sebagai "red herring" yang membiarkan dirinya dikejar golongan gerombolan yang seronok kerana memikirkan di sana ada ruang untuk membelasah! 

Peduli apa dengan pandangan Karpal Singh tentang hukum hudud? Kalau dia tidak melalak orang tidak tahu dia wujud sebagai ahi politik, bukan hanya peguam. Di Perak, misalnya ramai "grassroots" bukan Islam dalam DAP faham maksud hukum hudud dan tidak peduli apa kata Karpal Singh. Tahniah kepada gerakkerja PAS yang bertungkus lumus menjelaskan isu hukum hudud ini kepada mereka. Di Negeri-negeri lain pastinya sama.

Di sudut yang lain debat Rafizi (PKR) dan Khairy (UMNO) telah berlalu. Khairy, walaupun berani, telah kalah dalam debat itu. Kini UMNO yang hilang arah hanya tahu membuat onar dalam ceramah anjuran Pakatan Rakyat. Ini bukan hanya tuduhan kosong. Terlalu banyak kes. Terlalu banyak kejadian ganas yang mereka lakukan. Keganasan UMNO yang bertujuan untuk mengugut orang Melayu membuat rakyat semakin benci. Jika UMNO ingin relevan, ia hendaklah menghentikan segera politik ugut ini!

ALLAHUAKBAR!

Video berikut hanya bukti keganasan. Bukti sahaja...


6 comments:

  1. UMNO memang merintis jalan ke kuburnya sendiri dengan menaja kumpulan samseng dan bertindak kurang ajar!

    ReplyDelete
  2. Salam Yob Mountdweller,
    Semakin demer ganeh, semakin menyampah kemer! Entah aper yang duduk dalam otak demer. Umur meningkat, perangei budok tadika lagi tertib.

    ReplyDelete
  3. Salam, sejak dua menjak ni deme makin meroyan...kena gelak dgn rakyat jaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yong Moh Kembara,
      Udah jadi macam keluarga 69!

      Delete
  4. TGNA pd mulanya mahukan muzakarah bukan atas dasar untuk perpaduang dgn Umno tapi mengenai dasar parti masing-masing - benarkah PAS sesat dan Umno perjuangkan Islam?

    Namun, pemimpin lain tidak mahu kesempatan ini digunakan Umno untuk lari dari isu yg ada sekarang ini berkaitan dgn tuntutan Bersih 3.0.

    Isu tuntutan 8 perkata BERSIH 3.0 menjadi fokus bagi menghadapi PRU dan kita banyak anvantage mengenainya kerana ada banyak bukti ttg penyelewengan yg tidak dpt Umno/BN sangkal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yob alhusseyn,
      Apapun keputusan muzakarah kalau terjadi tidak akan mendapat laporan yang benar dari media utama. Jadi, baik tak payah. Tuan Guru telah membuat langkah yang bijak. Checkmate!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.