Pages

Thursday, 10 May 2012

IMALAYSIA KENA KENCING LAGI?

GAMBAR 1: KEPULAUAN SEYCHELLES

Sejak mutakhir ini kita sibuk dengan BERSIH 3.0. Ia berkait rapat dengan pilihanraya yang bersih dan penubuhan kerajaan yang bersih dan memerintah dengan cara yang bersih. Tapi mengapa BN menerusi SPR enggan menerima saranan BERSIH sedangkan ia untuk kebaikan sistem pemerintahan? Oleh kerana mereka tidak mahu menerima saranan BERSIH, maka persepsi rakyat bahawa ada sesuatu yang hendak disembunyikan oleh BN kekal di hati mereka yang inginkan pilihanraya yang bersih. Penolakan saranan BERSIH seolah-olah BN ingin menang walaupun dengan cara yang tidak bersih. Apakah yang sedang disembunyikan?

Baru-baru ini berlaku penjanjian pelaburan sebuah syarikat milik kerajaan bernama 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diketuai oleh PM sendiri. 1MDB telah membuat perjanjian dengan sebuah syarikat yang ditubuhkan di Seychelles (GAMBAR 1) bernama Petrosaudi International Ltd. Baca mengenai kisahnya disini. Seychelles adalah sekumpulan pulau-pulau yang penduduknya lebih kurang 87,000 sahaja. Memang sesiappun boleh daftar syarikat off-shore di sana. Mudah sahaja.

Website syarikat Petrosaudi mendakwa mempunyai pejabat di UK dan Switzerland. Carian mendapati maklumat berikut:

GAMBAR 2: BUSINESS SYARIKAT PETROSAUDI INTERNATIONAL

Syarikat mendakwa ia terlibat dalam business carigali dan pengeluaran minyak dan gas di Arab Saudi dan antarabangsa. Tiada maklumat tentang R & D, modal insan, intellectual capital dan lain-lain dipaparkan dalam websitenya, seperti yang ada di PETRONAS, BP atau Shell.

GAMBAR 3: ALAMAT DI ARAB SAUDI HANYA SEBUAH PETI SURAT

Anehnya syarikat ini tiada menyatakan lokasi operasinya di Arab Saudi (GAMBAR 3). Anda pergi lah ke mana-mana website syarikat carigali minyak, termasuk PETRONAS, anda akan bertemu dengan alamat fisikal syarikat sama ada dalam dan luar negara.

GAMBAR 4: ALAMAT PENDAFTARAN SYARIKAT DI KAWASAN BUSINESS LONDON

Carian mendapati Syarikat Petrosaudi didaftarkan di UK pada tahun 2009 terletak di London (GAMBAR 4). Tetapi alamat itu diduduki juga oleh syarikat bernama GLG Partners (GAMBAR 5). Adakah ini perkara biasa? Mengapa tiada website di UK setelah syarikat ditubuhkan pada tahun 2009?

GAMBAR 5: ALAMAT SYARIKAT NI SAMA DENGAN PETROSAUDI INTERNATIONAL 

Carian maklumat tentang syarikat petrosaudi international ini di dalam senarai Global Fortune 500 tidak mendatangkan hasil. Oleh kerana itu tuntutan supaya PAC menyiasat syarikat ini adalah munasabah. Di harap kerajaan akan dapat memberi jawapan tentang kedudukan pelaburan 1MDB yang bernilai BERBILLION RINGGIT dengan syarikat ini. Di harap ahli-ahli Parlimen dari BN dan PR prihatin. Rakyat berhak menjaga kepentingan aset negara.

4 comments:

  1. Salam,
    I smell rotten fish here. Bawak pelari duit kita weh! Ikan pekasam haram----h!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yong Moh Kembara,
      Bayangkan kalau rotten fish tu ikan paus. Busuk melantung weh!

      Delete
  2. tiba2 teringat kpd jho lho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azmie,
      Takut kita yang masuk angin keluar asap je. Puak2 yang pandai cakap tu gelak besor di bank.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.