Pages

Wednesday, 20 June 2012

FENG SHUI TAK MENJADI: MUNGKIN LIOW KENA CARI 15 EKOR PANDA!


Why should the kementerian possess the car plate number of your favourite number? This is NOT YOUR kementerian. This kementerian belong to the rakyat. The official car and the plate number belong to the rakyat. Just like the PG1 and PP1. You go learn something from Lim Guan Eng. 

You think you can take the number WWW15 when you leave the kementerian eh? 

So, you believe in Feng shui Liow? If you don’t, then what number plate for your official car won’t bother you right? Right? Well, many Malay voters who vote for you in last election don’t know who you are. Let me help them to know you through your Feng Shui and your favourite number. I will try to explain in simple terms for them. In Bahasa Melayu lah.

Menurut Feng Shui kepercayaan sesetengah kaum Cina (Nyonya kawan Yong tak percaya. Khurafat katanya), nombor 1, 5 dan 6 adalah nombor-nombor bertuah dan macam keramat. Mari kenali kenapa Liow suka nombor-nombor ini. Apa makna nombor-nombor ini dalam kepercayaan Feng Shui demer:

Menurut kepercayaan ini nombor satu membayangkan tenaga kelelakian yang (masculine yang energy). Ia nombor yang bertuah sebagai pembuka pintu! Nombor satu melambangkan growth and potential (potensi dan perkembangan). Nombor ini gandingan untuk mereka yang lahir di tahun tikus dalam zodiac Cina. Liow lahir tahun 1961. Maka dia dilahirkan di tahun Ox (lembu). Ox ini ngam dengan tikus, kata Feng Shui, weh! Jangan komer tak tahu. Nombor satu kena jadi milik Liow. Mungkin sebagai nombor rumah, nombor plat kereta dan sebagainya. Dia juga kena jadi orang nombor satu dalam MCA. Hahaha.

Nombor 5 pula nombor paling bertuah kerana kaitannya dengan philosophy and lore (falsafah dan ilmu). Nombor 5 ialah gabungan nombor 2 (yin) dan 3 (yang). Ia berkait dengan 5 elemen wood, fire, earth, metal and water (kayu, api, tanah, logam dan air); 5 makanan bijirin: soybean, wheat, rice, millet and hemp (soya, gandum, beras, sekoi dan rami); 5 sacred mountain (gunung suci cina), TaiShan the Peaceful (keamanan), HuaShan the Splendid (kehebatan), SonShan the Lofty (keluhuran), HenShan the Balancing (keseimbangan), dan HengShan the Permanent (keabadian). Jika sesuatu pekerjaan itu dilakukan dengan gandingan 5, maka pelaku akan dapat “restu” yang bersesuaian dengan 5 restu, iaitu Wealth, Happiness, Longevity, Luck and Prosperity (Kekayaan, Kebahagiaan, Jangka hayat yang panjang, Tuah dan Kemakmuran). Dalam zodiac Cina, lima adalah symbol Naga yang melambangkan kuasa yang kuat. Ingat lagi nombor kereta yang dia hadiah pada isteri dia dulu? WSB 15!

Gandingan satu dan lima menjadi enam (1+5 = 6). 

Nombor enam ialah nombor yang memiliki cosmic glow (kegemerlapan kosmik). Dalam Feng Shui, nombor enam mewakili longevity, expansiveness and celestial cosmic power (jangka hayat yang panjang, kebesaran dan kuasa cakera wala). Nombor enam melambangkan kualiti masa. Maknanya setiap masa anda akan menikmati kualiti kehidupan tak kira di mana anda berada. FUYOH!

Dalam zodiac Cina, nombor enam ialah ular. Orang yang suka nombor 15 ialah seorang yang bercita-cita tinggi dan akan buat apa saja demi mencapai cita-citanya yang setinggi angkasa lepas tu! Macam ular yang mematuk masa kita tak perasan. Penyokong Soi Lek patut berhati-hati dengan ular Liow ni.

Yong taknak cerita lagi pasel Feng shui ni. Nak tau lagi komer cari sendiri le. Tapi nombor 15 yang disukai Liow disangkanya ngam, tapi dah ngaum!

No lab-u, lab-u, lab-u 15 (WWW15) for you. So don't fret! We rakyat can't stand politicians who fret! We hate you more if you are corrupt!

Selamat bermimpi ngeri setiap malam Liow, kerana MCA akan kalah teruk dalam pilihanraya akan datang. Silap-silap rakyat akan dakwa kamu! Lepas tu, Feng Shui tak boleh tolong kamu lagi. Hahaha!

Jangan salah sangka. Yong bantai Liow takde kaitan dengan racism. Yong menyampah dengan MCA kerana dia parti yang sama macam UMNO dan MIC. Parti yang bersekongkol dengan British melalui konsep "pecah dan perintah."

Rasernya untuk pulihkan keadaan serta tolak bala malapetaka yang berlaku pada Liow, dia kena cari 15 ekor panda. Jangan ambil duit kementerian untuk panda-panda tu. Guna duit sendiri! Pandai-pandai kamu cari duit untuk sewa/beli panda tu. 

Baca N3 berkaitan di sini, di sini dan di sini

P.S. Terjemahan istilah Yong buat sendiri. 

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.