Pages

Saturday, 9 June 2012

INI SERIUS!: PAK LAH TAHU TUNGGUL GUNA LOGO PARTI TAKKAN MENANG DALAM PRU13!


Zaman tunggul pegang bendera parti dan menang dalam pilihanraya telah tamat. Pemilih kini mahu calon yang berwibawa dan boleh dipercayai.

Bagi BN zaman itu tamat apabila beberapa calon mereka kalah dalam PRU12 (2008) yang lepas. Nama-nama terkenal seperti Samy Vellu, Koh Su Kun, Zainuddin Maidin, Awang Adek dan Shahrizat adalah beberapa calon yang dianggap tunggul oleh pemilih walaupun memegang jawatan hebat dalam kerajaan BN. Pak Lah amat sedar tentang perkara ini. Beliau tidak mahu jadi tunggul dan dimalukan dalam PRU13 kerana jadi pembangkang. Baik tolak menjadi calon daripada dirundung malang kemudian hari. 

Tentunya memori Memali masih menghantui Pak Lah. Walaupun beliau tidak telibat, tetapi UMNO terpalit dengan peristiwa berdarah yang menyebabkan 14 rakyat yang tidak berdosa menjadi syahid. Tentunya penyokong UMNO yang simpati pada Anwar Ibrahim akan mengundi Pak Lah kerana beliau (baca: mahkamah) telah membebaskan ketua umum PKR tersebut. Pak Lah dianggap "berjasa" kepada Anwar Ibrahim. Beliau juga tidak mahu terlibat dalam parti yang tak sudah-sudah mengaibkan mantan TPM UMNO itu. Jika BN kalah, Pak lah akan dapat "imuniti" dari Anwar Ibrahim, kerana sudah jadi rakyat biasa. Mungkin juga jadi saksi! 

Sebab itu UMNO mahu Pak Lah bertanding. Sebab itu Pak Lah enggan bertanding.

Tunggul tidak boleh bertanding dalam UMNO. Tunggul juga tidak boleh bertanding dalam Pakatan Rakyat. Pada PRU12, banyak tunggul yang menang kerana mendapat sokongan rakan seperjuangan. Tapi akhirnya tunggul-tunggul ini menjadi katak. Selepas mereka melompat, barulah kita dihidangkan dengan berbagai-bagai cerita hutang, skandal seks dan macam-macam lagi. Adakah kita mahu meneruskan budaya busuk yang mencirikan parti yang mendapat "reincarnation" pada tahun 1988 itu?

Kalau boleh Yong mahu menjadi pengundi di mana Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Aziz bertanding. Ataupun di mana Rafizi Ramli bertanding. Ataupun Mat Sabu, Nizar, Husam dan pemimpin-pemimpin PR yang lain. Malangnya mungkin di tempat Yong mengundi bukan mereka yang bertanding. Mungkin seorang calon yang tidak berwibawa. Seorang calon yang membawa bendera PR, tapi tiada kekuatan untuk terus berjuang seperti yang lain jika gagal ke Putrajaya. 

Oleh kerana itu Yong katakan parti yang ingin meletakkan calon untuk bertanding dalam PRU13 harus muhasabah diri - adakah calonnya memiliki kekuatan dan jatidiri (bukan JATI Hassan Akidah) menghadapi cabaran kekalahan/kemenangan? Sebab tu Yong minta pemimpin parti supaya menilai dengan teliti calon yang akan bertanding dalam PRU13 nanti. Tak kira PAS, PKR atau DAP, bertolak ansurlah, supaya peristiwa katak melompat tidak berulang lagi. Jangan hanya dengar bisik-bisik tepi telinga. Kerana apa yang dibisikkan itu mungkin tiada asas realiti politik di tempat berkenaan. Dengarlah apa kata "grassroots."

Pernah seorang kenalan dari Johor berkata, "Kat tempat aku tu, tunggul pun asal pegang bendera UMNO boleh menang dalam pilihanra."

Itu dulu. Sekarang tidak lagi.

As we look ahead into the next century, leaders will be those who empower others 
Apabila musuh berada di keliling dan mereka desperado, kata-kata “sesiapapun boleh jadi calon, asalkan dia PR” tidak relevan lagi. Lihatlah teknik pengurusan tokoh gergasi business Microsoft seperti Bill Gates atau percaturan tokoh politik Turkey yang ditakuti Zionis, Eccep Tayyib Erdogan.

Even as we ought to accept that each country would progress with a different method and speed toward that goal, the standard for the expected end-state should not be lowered.

Ini bukan pemikiran Yong sebenarnya. Inilah pemikiran pengundi sekarang.

Mengapa masih ada yang berpenyakit sindrom percaya pada fahaman tahyul "Melayu mudah lupa?"

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.