Pages

Thursday, 21 June 2012

PEMIMPIN PR YANG TAK CERDIK MEMANDU: DR CHE ROSLI BUAT U-TURN TAPI TERBABAS!.

INI BUKAN KERETA DR CHE ROSLI
Ramai yang tahu pemimpin BN memang tak cerodek. Mengapa Yong kata tak cerodek? Sebab demer ikut cakap MCA supaya menolak hukum hudud. Soi Lek dan gerombolan dia menolak hukum hudud sebab sudah sah demer kapior. Tapi UMNO menolak hudud sebab aper kalau bukan kerana tak cerodek?

Tapi dalam jemaah PAS ader juga pemimpin yang tak cerodek, walaupun dah ader PhD. Ini berkaitan kenyataan pertama Dr ini dalam TV tiga suku tentang projek kesayangan BN di Gebeng, Pahang. 

KERATAN HARAKAH

Baru-baru ini Dr Che Rosli cuba buat u-turn; tapi cubaan yang tak bersungguh itu menyebabkan dia terbabas, masuk ke dalam longkang besor TV tiga suku lagi. Lalu dia kata media dah putar belit kenyataan dia. Salah siapa media putar belit? Komer kan sudah sedia maklum TV tiga suku memang suka putar belit, tapi buat aper komer bagi demer idea untuk putar belit? 

Nampaknya Dr Dzulkifli lagi jelas tentang pokok kepada isu rare earth Lynas ni. 

SUMBER HARAKAH
Yong tak sampai hati nak kutuk Dr Che Rosli macam freemalaysiakini. Komer baca sendiri le kat sini. Bagi Yong dia tak cerdik sebagai ahli politik. Elok jadi konsultan nuklear jer le. Boleh dia menunjuk-nunjuk akan kehebatan ilmu nuklernya. Mungkin jadi konsultan lagi besor gajinyer. 

Kat bawah ni Yong sediakan satu gambarajah menunjukkan bahagian tubuh badan mana yang akan terjejas akibat pembuangan "heavy metals" oleh kilang.

HEAVY METALS MENYERANG SELURUH ORGAN MANUSIA
Ader menteri BN nak duduk di Gebeng? Duduk le dan nikmati kehidupan dengan kanser!

9 comments:

  1. salam yong...he he ade ker moontori bn nak duk kat gebeng tuh...klu duk sambil ngempeng ada ler kot he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam PUPPETS

      Dekat kilang tu ader pub atau kelab malam tak?

      Delete
  2. salam,

    PHd betu ke tur, kene minta tgk result SPM dulu kak Yong, di bolehland ni mne boleh percaye semua tu boleh main kasi2 je..

    KLIK PERLUKAH LAGI KAKITANGAN KONTRAK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam New Hope

      Yong bersangka baik jer.

      Tapi budak2 ader bagi tahu. PhD ni macam2. Ada Pas Habis Darjah (standard darjah 6 le tu). Ada Permananet Head Damage (Ini ramai terjadi. Ada PhD tapi bangang). Ada Profesor Hasad Dengki (ini jenis takde kelulusan aper2, setakat pakar khianat jer. Ramai yang gini).

      Delete
  3. setuju dengan n3. sekarang ni ahli parlimen pas merangkap ajk pas pusat sudah dilantik oleh umno sebagai pengerusi al quds. umno baik ke atau pas dengan umno baik? berapa ramai pemimpin pas yang tak cerdik politik seperti dr che rosli ini. tak cerdik atau tak yakin dengan perjuangan? jawatankuasa disiplin tak ada masa nak bersidang kerana sibuk dengan kerja2 pilihanraya. sehingga kini tiada apa2 tindakan terhadap nasha. apa rahsia 'pertemuan dalam gelap' yang disimpan nasha sehingga membuat pemimpin pas takut untuk bertindak? inilah gamaknya akibat dari menolak saranan tgna untuk muktamar khas!

    wallahu'alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yob Hussin
      Payah bila banyak sangat agenda peribadi ni. Semuanya menjerat diri sendiri!

      Delete
    2. kalu ikut profile tu, yong pun ada phD ye? industry pulak environment, mesti pernah terlibat dgn hal2 monitoring ni. takkan la bila minitoring result tunjuk low level, nak kata high level plak. politik2 jugak tp takkan sampai nak khianat pada ilmu sendiri. takkan buat stack monitoring dpt result ok kita nak buat report kata result ko semata2 sebab kita meluat kat tokey kilang kot.
      sapa2 yg tak tau pasal env monitoring atau tak tau beza radiation exposure dgn radiation poisoning dr segi teknikal, jgn la nak memandai semata2 sbb menyampah dgn perangai nasa tu

      Delete
  4. Yong: Jangan lupa untuk PRU13 sila panjangkan perkara ini ke pimpinan PAS pusat, sila reject calon ini, DR. Rosli dari di calonkan. Jangan simpan orang yang mengkhianati PR. Memang rendah radiasi, itu masa tahun tahun pertama beroperasi tetapi jika dan bertahun tahun sampai 12 tahun cukai FREE..tak kan tak de kesan negatif???? GET OUT....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam MariaCassiopeia
      Malangnya Yong takde kuasa nak halang PAS pusat sama ada nak calonkan dia atau tidak. Hanya orang Hulu Langat yang boleh buat gitu.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.