Pages

Wednesday, 18 July 2012

AURA DS NIZAR ADA DI MANA-MANA

Polls yang dijalankan oleh Media Perak dan WFauzdin bertanya soalan yang berbeza. Tapi jawapan tetap sama. Cuba lihat stats berikut:

POLL BLOG MEDIA PERAK

POLL BLOG WFAUZDIN
Untuk membaca komen penulis blog sila baca di sini (Media Perak) dan di sini (WFauzdin). 

Media Perak mencari perbezaan populariti Nizar (PAS) dan Mat Nur Manuty (PKR). Nizar ternyata jauh meninggalkan Mat Nur Manuty. Hampir semua rakyat Perak yang mengundi dalam PRU kenal Nizar. Tapi Mat Nur Manuty tu siapa erk?

WFauzdin bertanyakan tentang isu derhaka. Jawapannya juga "overwhelming" menyatakan Nizar tidak derhaka. Mulut laser je. Bukan derhaka. Nak kira derhaka, yang menentang Sultan Kelantan tak mahu bagi royalty minyak tu, derhaka tak?

Yong juga buat poll. Walaupun poll Yong tidak dapat pengundi yang ramai seperti Media Perak dan WFauzdin, tapi ia tetap menunjukkan populariti Nizar ada di mana-mana. Lihat keputusan poll setakat ini:

POLL BLOG YSK

Dari jumlah undi sebanyak 500, DS Nizar mendahului nama-nama lain, termasuk dari UMNO. Kenapa Yong letak nama-nama pemimpin UMNO dan PAS, serta tidak ada pula nama pemimpin PKR dan DAP? Jawapannya ialah, Yong membuat dua andaian ketika merangka poll ini, iaitu:
  • PR menang dalam pilihanraya. DSAI menjadi PM. TPM dari PAS, bukan DAP.
  • BN menang dalam pilihanraya. Najib kekal sebagai PM. TPM dari UMNO.
Tuan Guru Haji Hadi Yong dah pilih dia untuk jadi MB Terengganu. Jadi, orang Terengganu jangan marah ye. Patutnya Yong letak nama Taib Mahmud atau Musa Aman juga. Tapi Yong fikir, buat semak je. 

Nampaknya aura Nizar ada di mana-mana, sama ada di Negeri atau di peringkat Persekutuan. Tetapi disebabkan rata-rata pemimpin PAS tidak tamak dan berebut-rebut kuasa atau gila publisiti, Nizar tidak bertanding calon TP PAS pada PU PAS baru-baru. Sebaliknya memberi ruang kepada Mat Sabu. Yang ada sikap negatif sudah ditendang dari PAS. Tak payah Yong sebut nama, komer pun dah tahu.

Masih ada masa untuk melahirkan persepsi anda tentang pemimpin-peminpin di atas melalui polls di blog berkaitan.

1 comment:

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.