Pages

Thursday, 5 July 2012

DAP NI MEMANG KEPO

Beberapa hari sudah Yong terbaca isu yang serius ini dan ingin menulis mengenainya. Tetapi disebabkan hal-hal lain menyebabkan niat Yong tertangguh. Petang tadi Yong terbaca lagi isu ini di dalam media alternatif pro-PR. Yong tidak memihak kepada mana-mana kumpulan.

Pada tahun 2005 DAP mengingatkan Bank Negara mengenai pemberian kontrak kepada sebuah syarikat. Bacalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh DAP dalam tahun berkenaan. Yong ambil keratan sahaja. Nampak tak nama syarikat berkenaan? H and I Niaga Sdn Bhd. Kenyataan penuh ada di sini


Kenyataan media oleh Lim Guan Eng jelas menyebut kontraktor tersebut bermasalah. Walau bagaimanapun Bank Negara memilih untuk tidak menghiraukan kebimbangan DAP dan tetap menganugerahi satu kontrak bernilai RM320 juta kepada H and I Niaga Sdn Bhd pada tahun 2005. 

Kerja dibuat teramat lama. Nilai kos itu pasti sudah meningkat kini dengan kenaikan harga barangan (minyak, binaan dan lain-lain) dan inflasi.

Beberapa hari sudah Tony Pua mengeluarkan kenyataan mengenai syarikat yang sama dan menuntut keadilan untuk syarikat berkenaan. Kenyataan DAP dikeluarkan oleh Roketkini di sini. Keratannya Yong sertakan di bawah ini.


Bank Negara juga telah mengeluarkan kenyataan medianya seperti di bawah ini:

Kenyataan Bank Negara tersebut sebenarnya mengesahkan kerisauan yang terkandung di dalam kenyataan Lim Guan Eng pada tahun 2005. Oleh hal yang demikian Yong memandang kes ini sebagai "more than meets the eye" atau ada udang di sebalik batu.

Timbul beberapa persoalan yang memeningkan kepala Yong kerana ketiadaan jawapan:
  • Benarkah syarikat ini mendapat kontrak melalui tender terbuka seperti yang didakwa pengusaha, sesuai dengan amalan proses tadbir-urus Bank Negara yang telus?
  • Jika syarikat "bermasalah," siapakah dalang yang memberikan kontrak kepada syarikat yang "bermasalah" ini? 
  • Jika syarikat benar-benar berwibawa dan layak mendapat kontrak bernilai RM320 juta, kenapakah setelah syarikat menghadapi masalah ia dibiarkan terkapai-kapai sendiri?
Sekarang, siapa sebenarnya yang rugi?

Pembayar cukai yang rugi kerana Bank Negara tidak bijak memilih dan mentadbir-urus kontraktor di bawah kawalannya.

Jangan tanya kenapa DAP kepo tentang isu ini. Tanya kenapa UMNO tidak bantu kontraktor ini menangani masalahnya.

2 comments:

  1. salam,

    Mulanya mereka akan cakap dakwaan rasis, tapi bila apa yang didakwa itu betul, mereka terdiam kemaluan.

    KLIK REBRAND FORM 6

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam New Hope

      Inilah masalahnya bila ada kumpulan yang selalu buat untung atas angin. Kontraktor menjadi mangsa!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.