Pages

Sunday, 22 July 2012

N3 HUJUNG MINGGU: NASIHAT YONG PADA NING BAIZURA

SELEBRITI PAS
Yong tak minat Ning Baizura. Tahap tak minat Yong pada Ning Baizura sama dengan Siti Norhaliza. Dua-dua Yong tak minat. Selama ini Yong tak kisah demer nak jadi apa. Yong pun tak tahu lagu apa demer nyanyi sekarang ni sebab Yong tak tengok RTM, TV3/4 dan ASTRO. 

Gerak Khas pula Yong tertengok bila pergi bertandang ke rumah orang lain yang kebetulan menonton TV. Jadi Yong pun tak tahu watak apa dipegang Abby. Hal-hal peribadinya Yong tak ambik pot langsung. Heheheh. Pengetahuan Yong tentang hal-ehwal artis ni memang teruk!

Gosip Internet tentang Ning Baizura masuk PAS pun Yong tak percaya. Ia terbukti tidak benar kerana baru-baru ni dia menuduh PAS telah memfitnahnya! Berita itu disiarkan oleh Utusan Meloya.

SUMBER UTUSAN ONLINE
Kenapa Ning melenting bila orang cakap dia berhijrah ke jalan yang lebih baik? Bukan orang tuduh dia buat benda yang tak elok! Gambar itu pun dia kelihatan ayu, menutup aurat. Ning juga harus sedar sebagai "selebriti" orang guna gambar dia di merata-rata. Bertaburan gambarnya dalam Internet. Banyak juga gambar dia dalam surat khabar. Selalu juga gambar dia jadi pembungkus nasi lemak! Ada juga yang buat mengesat kotoran kat tingkap kaca dan kencing kucing. Nak marah siapa?

Dalam blog ini Yong guna gambar artis yang dulu Yong tak kenal, tapi sekarang rasanya Yong nak ambil dia jadi adik angkat! Yong tak minta izin Abby sebab kita di landasan yang sama, berjuang kerana Allah.

Ning kena jaga apa dia cakap tentang penggunaan gambar dia kerana Yong percaya, mungkin ada cowok dalam PR yang jadi peminatnya dan tersinggung bila dia cakap begitu dalam twitternya.

9 comments:

  1. Salam Ramadhan Yong,
    Sampaikan salam Pak Long kat Abby yerk... hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pak Long,
      Idak le Yong jumpa dia Pak Long. Yong tak balik kampung masa dia datang cermah dulu. Tapi kot terjumpa, Yong akan sampaikan salam Pak Long.

      Delete
  2. salam.. mohon jasa baik utk bertukar pautan blog tuan.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam
      Maaf Yong tak tahu ini Yob ke Yong. Apapun, terima kasih kerana melawat blog Yong

      Delete
  3. ate...kite same le Yong. Yang (teman anak ketiga) pun idak minat deme berdua tu. abby Yang suke le.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yang,
      Anak ketiga sumer orang sayang ye. Semoga Abby istiqomah dalam perjuangannya.

      Delete
  4. Naseb di ghomah teman takder tv. Teman tak berapa tau perkembangan artis mesia nih kecuali team nasyid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yob Rojakpasembor,
      Melampau betoi sampei takde TV. Morah je rege TV tu! Tapi kot tempat miker takde unifi, takpayah ada TV pun takpe.

      Delete
  5. macam good-good je ning baizura ni..terhenti terus minat padanya..

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.