Pages

Saturday, 7 July 2012

N3 HUJUNG MINGGU: POLIS GANAS, SYARIKAT MAINAN KANAK-KANAK HILANG PELANGGAN

GAMBAR HIASAN JER
Deni menyambut harijadi yang keempat di rumah Yong. Kami beli kek, pizza dan masak sedikit makanan. Kami ajak sedara berdekatan sahaja. Salah satu hadiah yang diterima Deni dari cousin dia ialah sebuah kereta ambulan yang mengeluarkan bunyi siren jika ditekan swisnya. Deni sangat suka. Berkejor ke sana sini dia main dengan cousin2 dia mainan barunya.

Ketika membelek kotak pembungkus hadiah bergambar yang dibawa ibu sedara Deni, Akak (mummy Deni) berkata; "Toy ni macam-macam ye? Kereta polis pun ada."

Cepat sahaja ibu sedara Deni menjawab, "Memang ada. Tapi abah budak2 ni (suami dia) kata, polis ganas. Tak payah buang duit beli."

Yong ketawa geli hati. Memang keluarga Yong keluarga reformasi. Tapi tak sangka di kalangan yang muda begitu menyampah kat polis sampai boikot alat mainan yang melambangkan institusi polis. Kalau ramai yang boikot, boleh bankrap ni. Hahaha.

Yong sarankan syarikat pembuat mainan cipta toy robot pakai baju kuning dan tulis BERSIH. Mesti laku.

Tak tahu pulok kot ada syarikat nak saman polis yang ganas menyebabkan mereka hilang pelanggan!

1 comment:

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.