Pages

Thursday, 2 August 2012

KERETA RAKYAT 5: ENCIK TERIMA KAD VISA TAK?

Ada yang sangka Yong tak suka polis dan JPJ kenakan saman trafik kat pesalah jalanraya.

KOMER SILAP BESOR! 

Yong sangat sakit hati bila memandu di lebuhraya, ada pemandu giler memotong ikut sebelah kiri di lorong emergency masa traffic jam. Orang macam ni le yang patut kena saman. Yong tak tahu berapa ramai yang dah kena saman kerana memandu buat orang lain marah ni. Tapi selalunya takdepun nampak polis yang memantau sampai berkilometer jauhnya. Sebab tu demer terus menerus buat perangai gini. AES guna camera tu demer tak kisah! Demer ni sebenornya boleh masuk kategori "road bully!" dan patut dihukum. Jadi Yong setuju yang buat daje ni dikenakan bayar saman trafik serta merta. Syaratnya semua polis yang kutip saman kena ada benda ni:

MESEN KAD KREDIT/DEBIT

Bayar saman trafik serta-merta dicadang

PUTRAJAYA 31 Julai - Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam hari ini mencadangkan agar pengguna jalan raya yang dikenakan saman perlu membayar saman berkenaan pada masa yang sama ia dikeluarkan.
Pengerusinya Tun Zaki Azmi berkata jika pesalah berkenaan gagal berbuat demikian, kenderaan mereka dicadangkan agar ditahan pihak berkuasa terbabit.
Bagi kesalahan yang membabitkan kesalahan meletak kenderaan pula katanya, kenderaan berkenaan akan dikunci dan ditarik.

Itu sebahagian berita yang kuor dua-tiga hari sudah. Tak ingat pulak kat akhbar mana. Alasannya ramai yang buat bodoh taknak bayor saman! Kekadang kereta dijual dan orang yang membeli pulak terpaksa bayor saman yang tertangguh tu. Ataupun orang lain yang bawa kereta, pemilik yang tak tahu apa-apa terpaksa bayor samannya. Aduh!

Yong jenis orang yang tak gemor bawa cash sebab banyak kali kena samun penyeluk beg. Jadi, Yong ader debit card dan credit card jer. Cash cukup untuk bayor toll.

Komer raser, polis akan bawa benda tu kot Yong kena saman kat Kati? Yang tak tahu mana Kati tanya MSK.

Yong: Looking forward for an improved transportation system under Pakatan Rakyat

14 comments:

  1. A'kum Yong

    Kat Kati pun ada road block ke?
    Sepanjang masa berulang-alik Ipoh-KB tak pernah pula jumpa road block dan tak pernah kena saman.
    Laluan Penang-Grik pun tak pernah kena.

    Yang selalu kena kat Kelantan dan negeri pantai timur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yob Mountdweller,
      Nasib baik miker tak kena saman. Ade polis kat area tu tak tahu Lawin atau simpang Kati menuju ke KB. Demer selalu duduk dekat simpang. Silap-silap kena tuduh memotong kat double line.

      Delete
  2. DeeDee Yong...

    Kat KATI polis sana terima PAYPAL lar... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++
      Hahaha, buat lawak le tu. Alat baca Mycard pun takde!

      Delete
  3. Salam Yong...
    Teman setuju bebenor entry Yong ni... Kebetulan pulak teman ase Kati. Tapi ase je Kati, dah takde siapa warih yang tingge sana.. Teman udah berhijrah... Mat Saman Kati tu minjam nama kampung teman je.. Bahasa percakapan dia pun takde macam orang Kati langsung...

    Berbalik pase bayor saman on the spot tu, yang eloknya segala drebar lori bas dan seanekanya buat bebenor.. Ini idak, kita punya la sopan kat highway tapi tengok lori dengan bas bawa macam mana... Kadang-kadang terpikior juga, mana perginya polis yang beruniform tak beruniform takkan tak tahu benda ni? ke dah kena tutup mulut dema?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pcbahar
      Betui. Beh (bas) kalau tak bawa 120kmj macam taksah. Buktimya kot kita bawa 110kmj, demer potong. Lori pun sama je. Padehe dah tertulih demer boleh lari 90kmj saje.

      Yong cadang polis dan JPJ bawa mesen tu. Sebab ia boleh benteras rasuah jugak, sebab takde pindahan cash.

      Pase MSK tu heheheh, dia cakap macam orang Tepen/Penang

      Delete
  4. inilah alkibat bila negara di tadbir olih berok, kera & ungka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Opisboi
      Dengor citer dereba lori ader bawa cash! Nak buat aper cash tu tahu2 jer ler.

      Delete
  5. Salam ziarah Yong...
    kalau bab duit pandai aje deme cari jalan... kah kah kah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mat Indera
      Duit untuk PRU13? Adakah sebab tu PRU13 diadakan selepas tahun Baru Cina?

      Delete
  6. Salam Yong,

    Yang beso makan cara beso.....
    Yang kecik makan tepi jln dah le.....
    Faham2 jer la......

    Deme kalo xdpt ....demam 3hari3mlm agaknye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Myusman
      Anak sedara Yong minta abah dia (sorang kontraktor kecil), sebuah kereta untuk guna di universiti. Abah dia taknak beli. Anak sedara Yong kata, bapa kawan sekelasnya sarjan polis jer, tapi datang ke universiti bawa kereta.
      "Agaknya emak dia buat kerja kat syarikat MLM." Kata si abah.
      Hmmm...kita bersangka baik je.

      Delete
  7. Kati? Oh bless Kati...
    Kati makes me hungry and thirsty and kinda sexy

    0. Tempat teman beli koi buke pose, nyelepek kayuh besikal!
    1. Tempat teman nguntin rambot dulu weh.
    2. Sekoloh kat temenggong kejap.
    3. koi kelekotei tau Yong? KAHKAHKAH!!! mamak tu dah balik India, kedei dia dah jadi kedei tomyam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Libang Libu,

      Heheheh, Yong peronah tinggel di Lenggong. So, Yong lalu Kati ler...

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.