Pages

Sunday, 5 August 2012

INSTITUT WASSATIYAH? EKONOMI MALAYSIA PULIH? KAH KAH KAH!

AGAK-AGAK BERAPA HARGA IKAN INI SEKILO?
Pagi tadi Yong terperanjat apabila baca dua berita paling hairan online. Berita itu memetik kenyataan Bank Negara. Keratannya berikut:

APER DEMER MERABAN NI? (SUMBER)

Kenapa Yong terperanjat? Kerana Yong baru balik dari pasar. Yong teringin nak masak asam pedas ikan merah. Yong perhatikan harga semua ikan meletup! Harga ikan merah sekilo ialah RM40.00!

Yong buka portal Lembaga Perikanan Malaysia. Menurut portal itu harga ikan merah sepanjang bulan Jun, paling mahal ialah RM19.00 sekilo. Maklumat dari portal menunjukkan harga tidak banyak berubah sejak tahun 2011. Komer boleh baca info tentang harga ikan di sini. (Harga bulan Julai Yong tak jumpa).

Patutlah BNM kata ekonomi Malaysia pulih! Penganalisis duduk dalam bilik hawa dingin, agaknya tak pernah pergi beli ikan di pasar. 

Tentulah KDNK berkembang positif walaupun harga barangan naik melambung, kerana orang terpaksa beli juga kalau tak mahu kebulur!

Berita kedua pula ialah seperti berikut:

NAK BERSAING DENGAN INSTITUT ISLAM HADHARI? (SUMBER)
Budget untuk institut ini datang dari mana? Adakah pejabat dan kos operasinya wassatiyah juga?

Sampai sekarang Yong tidak faham apa erti wassatiyah versi piem ni. Yong keliru sebab semalam kuor berita ini dari mstar online:

TAMBANG DAN HOTEL BUDGET WASSATIYAH KER? (SUMBER)

Yong hairan, siapa sebenarnya yang perlu wassatiyah ni? Profesor mana pulak yang akan duduk di kerusi akademik wassatiyah di UM ni? Apa erti wassatiyah kalau harga barangan melambung? Alahai Negaraku!


9 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Hehehe... harga mana ader naik.. harga ikan tue memang macam tue (kalu ikut aper yang BNM kata lar)... hahaha..

    Sebenarnya memang ekonomi kita makin pulih.. pulih dari kesan duit ringgit yang makin melemah... hahaha... yer la... dulu dengan RM50 .. boleh beli macam-macam benda kat pasar.. la nih... aper la sangat... hahaha

    Wasatiyah tue WazataZain ker?? hahaha (ventriloquist ternama Malaysia)

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Nak marah peruncit pun tak boleh. Sebelum sampai pasar ikan tu kena naik bot, naik lori dan lalu toll. Semua tu kena bayor!

      Kalau ini berterusan, duit kita jadi macam pesos atau rupiah!

      Delete
  2. Teman pun dah tak tahu nak kata apa la, Yong...

    Yang RM sebok ke London tu buat apa? Kalu menang takpe la, buatnya kalah LCW tak ke haru.. Dah tahu diri awak tu sial puaka tak payah la sebok..

    Meluat benor teman... Bab ngabihkan boreh bagi kat dema

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pcbahar

      Dah tu bulan Ramadhan pulak! Bila nak insaf tak tahu le

      Delete
  3. NAK TANYA LER... ADAKAH SEMUA PAK DAN MAK MENTERI KITA SETIAP HARI PERGI KE PASAR?.... PERGI KE PASARAYA PASARAYA?? TINJAU DAN BUAT PERBANDINGAN REGA BARANGAN MASA KINI???? APA YANG KELIHATAN DLM TV CUMA TURUN BAZAR RAMADHAN JERK.... TEMAN NAK CADANGKAN SESIAPA YANG MASIH ADA HAJAT NAK BERTANDING PILIHANRAYA TU KENA JENGOK2 SELALU TEMPAT2 RAKYAT KEBANYAKAN PERGI DAN TURUT SERTA APA YANG RAKYAT JELATA RASAI.... JGN ASYIK TERIMA MAKLUMAT YANG NTAH DARI MANA-MANA... DAH TU TAK TEPAT PULAK.... APA SALAHNYA TURUN SENDIRI KE PADANG DAN KAMPONG TAK YAH NAK BAWAK SEMUA ORG CUKUP SEKEDAR BAWAK KERETA BERSESUAIAN DAN MASUK KE SEGENAP KAMPONG HALAMAN 1MALAYSIA DAN BUAT TINJAUAN SENDIRI.... RASA TEMAN KALAU HABIS BELANJA DISEL ATAU PETROL RM1JUTA UNTUK TINJAU SEMUA KAMPONG HALAMAN 1MALAYSIA PUN MASIH BERBALOL SEBAB SUDAH PASTI SEGALA KEPUTUSAN YG AKAN DIBUAT KELAK BERTEPATAN DENGAN SITUASI SEBENOR... BARU NAMANYA CAP JEMPOL!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Wak Kang

      Yong amat setuju demer yang pegang kuasa ni pergi pasor. Tapi jangan le heboh 1Malaysia siap dengan orang TVnya. Kalau buat gitu, peruncit dah tentu sorok harga pelanggan dan ganti dengan dengan harga gomen.

      Delete
  4. Replies
    1. Salam merahdanbiru

      Inilah masalahnya jika penganalisis dan pemimpin terpisah dari kehidupan masyarakat.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.