Pages

Saturday, 18 August 2012

THE PLOT THICKENS, KARPAL SINGH VS. NASHARUDIN MAT ISA: PUSING KOT MANAPUN, NASHARUDIN KALAH

Sebelum Yong buka cerita, Yong cut and paste gambarr ini dulu dari Blog Warga Marhaen dan facebook Danny Tan. Selamba jer mamat ni pakai baju bertulis hudud.


Kedua mamat ini dikatakan langung tak takut dengan hudud. Memang betul, apa nak takut kalau yakin tidak akan melakukan kesalahan?

Karpal pula, katanya akan memfailkan saman ke atas Nasharudin berdasarkan kenyataan beliau yang tersiar di media utama:

SUMBER UTUSEX
Karpal Singh, kot miker nak saman, samanje. Jangan cakap kosong. Memang Nasharudin cakap macam tu. Cer komer baca ayat yang dalam kotak biru. Dia cakap akan menentang sesiapa sahaja yang menghina agama dia, termasuk Soi Lek dan piem. Hahaha...Bab ini Yong nak dengar apa mamat ni kata tentang kenyataan piem 1Malaysia ni.

BN TOLAK HUDUD
Sudah lama BN tolak hudud. Yang duduk sebelah piem tu dengor ceritanyer ada kelulusan yang tinggi dalam bidang agama, weh! Jangan komer tak tau! Walaupun piem tolak hudud, Nasharudin happy jer pergi ke Mekah bertemu ulama negara "Wahabi" di sana! Hahaha, dulu bukan main lagi kutuk Wahabi! Yong tak nak komen bab Wahabi ni kerana ia diluar bidang kepakaran Yong. Komer baca di sini atau di sini kalau nak tahu.

Sebenornya, jika Karpal saman Nasharudin, pasti Nasharudin kalah tak kira apa keputusan mahkamah. Mengapa Yong kata begitu? Sebabnya berdasarkan andaian berikut:

1. JIKA KEPUTUSAN MAHKAMAH MEMIHAK KEPADA KARPAL

Jika Karpal menang, terbukti Karpal bukan anti Islam walaupun dia menolak hudud. Jadi, bolehlah dia sampai bila-bilapun menolak hudud. Nasharudin kalah. Mungkin dia mampu bayor saman. Tapi, mampukah dia menyelamatkan air muka dan maruahnya?

2. JIKA KEPUTUSAN MAHKAMAH MEMIHAK KEPADA NASHARUDIN

Ini bermakna Karpal anti-Islam. Maksudnya MEREKA YANG MENOLAK HUDUD ADALAH ANTI-ISLAM. Ini termasuklah kawan rapatnya ameno dan kawan ameno, Soi Lek dan semua suku sakat demer yang tunduk pada ameno tu! Penghujungnya Nasharudin yang kalah! Dia kalah kerana keputusan ini tidak membuktikan apa-apa. Ameno dan sekutunya dah kata tidak akan melaksanakan hudud di Malaysia! Demerpun satu kapal dengan Karpal!

Hah, macam mana sekarang?

3 comments:

  1. Yong, apa care pon demer cakap pun muke Nasa ini memang teman meluat, dari dia bersamer Hassan 'Aqidah lagi demer dah kate dah yang simuke tembok nie sememangnya nak merosakan PAS tapi demer-demer tu dok petahan juga,dia nie hanya dok tunggu pucuk pimpinan memecat dia saja, lepas tu mudahlah bagi dia nak hentam PR, sekarang nie pun karpal baru nak saman dia dah mula dah buat kenyataan dimedia berat sebelah tu.

    ReplyDelete
  2. DeeDee Yong...

    Hehehe... gua spamkan link untuk artikel nih aaa... hahaha... artikel panas nih... puak UG mesti akan bengang ngan Yong... hahaha... takper Yong... puak UG nih hero kampung jer... setakat reramai berani la... sengsorang mau kechoot *toot" diorang... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  3. Salam Ziarah dan Salam Aidil Fitri buat Sahabat sekeluarga....

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.