Pages

Sunday, 23 September 2012

AKU LAHIR DI SINI MENUNGGU 21 TAHUN BARU BOLEH MENJADI PENGUNDI!

Ceramah pencacai ameno diberitakan lengang. Ceramah Pakatan Rakyat pula sentiasa mendapat sambutan. Di Negeri Sembilan, dahulu, menurut seorang aktivis PAS, kalau ceramah PAS nak dapat 10 orang datang pun payah. Sekarang, ternyata rakyat telah berubah!

CERAMAH KERUSI ULAMA MUDA AMENO (SUMBER MANJUNGMARI)

HIMPUNAN HIJAU DI NEGERI SEMBILAN (SUMBER PASPB2)

CERAMAH DSAI DI NEGERI SEMBILAN

Program BN untuk kemerdekaan terpaksa menggunakan gula-gula bagi menarik penyertaan rakyat. Itupun sambutan tetap hambar!

Bagaimana BN nak menang PRU13?

Peniaga di ugut supaya jangan berniaga di premis ceramah Pakatan Rakyat. Peniaga ini rata-rata orang Melayu yang beragama Islam! Ameno yang kununnya pejuang Islam menganiaya peniaga kecil yang sama bangsa dan agama dengan mereka! Macamlah harta kerajaan itu harta mereka. Baca kenyataan pencacai FAMA ini di sini:

FAMA NI BN BUAT MACAM FATHER AND MOTHER DEMER PUNYA!

Oleh kerana ugutan tidak menghasilkan apa-apa, malahan program PR semakin rancak dan semakin mendapat sambutan, BN terus bergantung kepada pengundi hantu. Itulah sahaja talian hayat mereka. Sebab itu agaknya pencacai utama yang memakai label SPR liat untuk membersihkan senarai daftar pemilih! Membersihkan bermaksud menghapuskan semua pengundi hantu kesayangan ameno!

Bila Selangor tidak mahu membubarkan DUN sama dengan pembubaran Parlimen selagi daftar pemilih tidak bersih, pencacai berjenama SPR terus berdolak-dalih! Baca di sini

Betullah seperti kata Andak, seorang self-made PR activist di Facebook:

Aku lahir di sini, menunggu 21 tahun baru boleh menjadi pengundi. Demer datang sini, entah berapa bulan, tetiba dapat kad pengenalan dan terus jadi pengundi! Apa yang demer tahu tentang kesengsaraan dan survival rakyat Malaysia? InsyaAllah aku dan 3 orang anak-anak aku dan seorang menantu tidak akan mengundi BN!

1 comment:

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.