Pages

Friday, 21 September 2012

BILA PHD DAH JADI "PERMANENT HEAD DAMAGE"

Untuk mendapatkan segulung kertas yang membawa jenama PhD memerlukan pengorbanan yang besar. Ada yang mendapatnya setelah bertungkus lumus selama 10 tahun. Ada juga yang cuba mendapatkannya secara gelap melalui skim ijazah palsu.

Apapun PhD adalah idaman para akademik demi membuktikan tahap kecemerlangan!

Tetapi sejak akhir-akhir ini mereka yang memiliki ijazah ini buat kerja yang pelik-pelik pulak. Yong maksudkan berita yang heboh di dunia blogosphere kini.


Bila Yong baca balik rencana yang Dr Mashitah Ibrahim tulis, memang patut pun dia kena saman. Apa yang dia tulis hanyalah cerita basi yang tidak patut ditulis oleh seorang yang memiliki PhD. Lebih-lebih lagi seorang ustazah! Kalau Yong yang kena dah lama dia kena saman! 

Selain Haji Hadi, dia juga memburuk2kan pemimpin PAS lain tanpa bukti. Apa niat dia membuka aib orang yang telah dibuktikan tidak bersalah oleh mahkamah? Selain buat fitnah, adakah dia mahu mempertikaikan keputusan mahkamah? Atau mahu mempengaruhi orang ramai supaya mempertikaikan keputusan mahkamah?

Bagi yang masih tak tahu hujung pangkal atau miss rencana berkenaan, komer boleh baca rencana itu di blog Shalehudin.

Di bawah ini pula satu video tentang gelagat seorang TNC yang ada PhD jugak. 



Inilah yang terjadi bila pensyarah yang berwibawa dipinggirkan, sementara yang kaki bodek diagung-agungkan!

2 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Ader PhD nih best kan... hehehe... tambah plak macam dalam video tue... glamer satu Malaya.... hahahaha...

    Balik kampung sure glamernyer... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    (baru siap tulis novel bab 3)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Atok nfan opah pasti ternganga punya! Kawan Kelate Yong kata: PhD = pah habih darjah! Nothing higher beyond. Yes!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.