Pages

Tuesday, 25 September 2012

KETUA KAMPUNG AMENO YANG TAMAK, TENGIN DAN BANGANG


Tentule syok kalau ada dusun durian! Lebih-lebih lagi kalau durian itu datang dari benih yang terbaik. Lagi syok kalau benih itu dari subsidi kerajaan. Kalau di pasaran setiap benih bernilai antara RM4.00 hingga RM12.00 bergantung kepada variati durian itu.

Seorang pegawai kerajaan menceritakan tentang ketamakan dan kebangangan ketua kampung ameno yang hendak sesangat subsidi kerajaan. Ketua kampung ameno selalunya berfikir subsidi kerajaan ini hak miliknya!

Masa itu harga subsidi benih durian hanya RM1.00 sahaja satu anak pokok.

Untuk mendapat benih, pegawai kena memastikan kesuaian tanah, keluasan tanah dan kebarangkalian peladang untuk menjaga tanamannya. Pegawai diamanahkan untuk memantau peladang-peladang yang memohon subsidi ini. Kata pegawai itu:

Apa guna dapat subsidi benih kalau tak dapat jaga tanaman?

Dalam menjalankan tugasnya, kerap dia bertemu dengan ketua kampung yang memohon subsidi anak benih, baja etc yang dia tak mungkin dapat menguruskannya. Ada satu kes yang lucu dan menunjukkan sikap tamak tapi bangang:

Ketua kampung ini marah-marah kerana dia dapat subsidi cempedak sedangkan dia mahu subsidi durian. Dia marah kerana orang lain dapat benih durian. Jadi diapun mahu juga.

Menurut pegawai, tanah milik ketua kampung ini di atas bukit yang kering dan agak jauh dari rumahnya. Durian ditanam di tanah yang kering memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Ketua kampung tersebut sibuk berpolitik dan tidak ada masa untuk menjenguk tanah dia pun!

Puas le pegawai menasihatkan ketua kampung yang degil nih. Berikut ialah perbincangan kedua mereka: 

KK = Ketua Kampung. PP = Pegawai Pertanian.

KK: Saya nak benih durian. Tu.. si Berahim, Ketua Kampung Lembah dapat benih durian. Saya nak juga.

PP: Tok Ketua udah ke rujuk pada Encik S (Pegawai Luar) tentang kesesuaian tanah?

KK: Udah.

PP: Dia kata aper?

KK: Dia kata sesuai untuk tanam cempedak.

PP: Abih tu, dah dia kata sesuai untuk tanam cempedak buat apa nak tanam durian?

KK: Saya nak tanam durian jugak. Orang lain dapat mengapa saya tak dapat?

PP: Tanah Tok Ketua tu ateh bukit yang kerin. Sanggup Tok Ketua hari-hari siram anak pokok durian tu? Kalau tak betui jaga anak pokok mati. Tok Ketua kan sibuk? Tanah Tok Ketua Berahim pulak kat lembah. Dah tu dekat dengan rumah dia.

KK: (Diam sekejap) Saya nak benih durian sebab orang lain dapat. Saya nak merasa makan durian jugak.

Pada tahap ini pegawai dah naik angin.

PP: Kat Kelumpo tu, takde saper tanam durian Tok Ketua. Tapi demer makan durian jugak!

KK: Kat Kelumpo demer ader duit!

PP: Begini sajalah Tok Ketua. Tok Ketua ambik je benih cempedak nih. Tok Ketua tanam. Dah berbuah, jual. Dapat duit Tok Ketua beli le durian. Cempedak cepat dapat hasil berbanding durian.

Kalau komer jadi pegawai, komer hangin tak jumpa orang tengin begini?

8 comments:

  1. Salam Yong
    Kalau keme jadi pegawai tu Yong, keme beli doghoyan musang king tuh, keme makan kat depan dia, lepaih tu keme kumpul biji doghoyan tu bagi ke dia, pandei2 ler cambahkan buat benih dan tanam sendiri...ambik ko....nak sangat....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pengembara

      Agaknya sebab ada ketua tengin gini oghang Melayu teghuih miskin! Dari ketua kampung, sampei le ketua kerajaan...Aduhai...

      Delete
  2. DeeDee Yong...

    Pergh... tengin bebenor demer ye... Gamak dulu maser kecik... demer mesti ader teghantuk maner-maner bucu ... itu yang sewel dan tengin bebenor tue... ha ha ha...

    Udah ler tengin... muke demer mesti la chedoq.... hidung kembang.. rambut ngerobang...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Bilo dengor cerita pegawai yang kena handle geng tengin ni, Yong bersyukur sebab kerojer Yong takde kaitan direct dengan demer.

      Delete
  3. ari ini baru teman buleh masuk ghomah miker.
    udah berhari-hari ghomah miker dijangkit dek virus.

    ater teman antibodi idak le kuat mana weh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Libang Libu

      Yong guna Apple. Jadi idak perasan ada virus ke aper. Idak le Yong nak kempen untuk Apple. Tapi kot miker udah buat Bill Gate tu jutaan, miker pindah buat orang lain jadi jutawan pulok!

      Delete
  4. tok ketua kampong kami lagi le baik,tak berkesah langsong janji elaun masuk,anak buah kampongnye pandai pandaile nak hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maw

      Aper nak buat. Udah bos demer pun gitu. Anak buah pun seghoper ler.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.