Pages

Monday, 8 October 2012

APA CERITA PENGAGEHAN KERUSI PKR DAN PAS DI PERAK?

Orang yang munafiq itu, apabila berjanji, dia mungkir! Berjanji ini bermaksud berjanji untuk melakukan kebaikan. Bab Islam melarang mungkir janji ini budak sekolah tadika pun tahu. Tapi budak yang belum baligh kita maafkan bila dia lupa janjinya tak akan minta belikan barang permainan bila masuk supermarket. Budak belum baligh tak masuk kategori munafiqun. Tapi bagaimana dengan orang dewasa?

Dalam Quran ada surah Al-Munafiqun (hipokrit). Kita selalu baca surah itu.

WAJAH PENGKHIANAT PKR DAN DAP

Tidak perlu kita ulang sebut tentang katak-katak Perak yang hipokrit itu! 

Sejarah telah mencatatkan pengkhianatan mereka kepada perjuangan parti yang mereka wakili.

Tapi sekarang, apakah parti yang pernah mereka wakili itu menghormati perjanjian dengan ahli pakatannya? Mengapa berdolak-dalih apabila PAS meminta PKR mengkotakan janjinya untuk mengembalikan kawasan yang dipinjamkan kepadanya, walaupun telah dikhianati? 

Seorang aktivis PAS berkata:

Azmin tu jagaler Selangor kot nak sangat jadi MB kat situ. Tak payah kacau Perak. Bukan dia tak tahu PKR tiada akar umbi di Perak.

Sikap Azmin ini dilihat oleh aktivis (baca akar umbi PAS) seperti mahu meletakkan orang-orangnya bertanding di kawasan yang berpotensi menang tanpa memperdulikan perasaan ahli PR dari PAS. Orang-orang ini termasuk "bapa angkatnya" yang tidak berwibawa. Siapa bapa angkat Azmin di Perak?

Setahu Yong, para aktivis yang telah bertungkus-lumus memenangkan katak-katak PKR dalam PRU12 dahulu tidak pernah memaafkan, walau telah beberapa kali Aidil-Fitr muncul! 

PRU13 telah teramat hampir.

PAS jangan terlalu berlembut.

PKR jangan jadi munafiq.

Munafiq itu perangai parti syaitan.

Rencana berkaitan di sini

21 comments:

  1. PAS terlalu berlembut sangat, selalu kena paw..banyak sangat mengalah, dah menang sesuatu kawasan jangan lah pi bagi kat parti sekutu...pulak. Kawasan yang menang hak PAS, kenapa ada rancangan nak di bagi kat parti sekutu lain? Guna pendekatan yang bijak ok!...Geram jugak perangai orang PKR ni, orang serpihan umno, macam tu lah perangai tamak haloba, benci aku tengok bekas bekas umno ni..!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maria,

      Nama miker ni panjang bebenor! Takpe Yong sebut Maria jer ye?

      Anyway, Yong tahu bab Sungai Manik lebih dari c. Jering dan Behrang tu. Yong tahu demer dah bincang banyak kali. Dengor citer Mustafa Kamil dah bertolak ansur. Tapi Azmin pulak yang halang. Itu citer orang Sungai Manik.

      Kiter kat Sg Manik tahu aper jadi masa DSAI melawat Langkap!

      Delete
    2. Assalam...Yong, aku geram bebenor PKR ni tau..kesudah nya kang calon tu pengkhianat Pakatan Rakyat, ha..pilih calon yang ada masalah peribadi masa dalam Umno, pas tu pindah PR, di jadi kan calon tanpa usul periksa, datang Umno BN check calon tu ada masalah, habih di londehkan dan memalukan balik PR. Ingat tak Lee Chee Seng DAP Taman Kaya, gangster MCA ni tetiba masuk DAP untuk kepentingan peribadi. Kalau orang ini jadi calon, habih PR nanti...Calon PAS sangat istiqomah dan sangat humble dan bekerjasama dan ingat dengan perjanjian..

      Delete
    3. Salam Maria

      Dah banyak kali Yong bagi ingat kat orang PAS. Demer kat akar umbi memang geram. Lebih2 lagi bila dengor cerita macam2 tentang calon PKR.

      Apapun Yong sokong PR. Mujur di tempat Yong takde masalah.

      Delete
  2. setuju, PAS terlalu berlembut dan tiada keyakinan diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pasulukinta

      Inile masalah PAS yob. Demer kata wala' pada keputusan pemimpin! Tapi hati mengamuk macam nak rak. Bising kat kedai kopi. Tak berani nak bersuara bila bertemu ahli PR lain.

      Delete
  3. PAS tiada keyakinan diri dan kadang2 memalukan..dulu kerusi2 ini(cth: c.jering) diwakili PAS tapi dok bungkuih. Sebab bungkuih selalu bagi pada PKR kononnya kerusi payah menang. Tapi bila PKR bertanding menang pulak, tu la yang beria-ria nak balik kononnya dulu pinjamkan..buruk siku kate oghang melayu..paling leceh hari2 belasah PKR munafiq la, tamak la..cerita nak tawan putrajaya tp lagu nie(belum menang) dah tunjuk sikap "abang besar"..ekk elehh statement yang tiada keyakinan diri..buat leceh jer..yang paling malang blog pro PAS pun pukul gendang isu yang sama..kerusi Jelapang x mintak pulak? tu yang heran bin ajaib..ceciter..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mat Salleh

      Bab citer PAS takde keyakinan diri tu Yong teramat setuju.

      Tapi kena pikir gini.

      Kalau kerusi tu PKR beri balik pada PAS dan kalah, PAS tanggung kekalahan tu sendiri. Marah le pada jentera parti dan sebgainya. Takde kena mengena dengan PKR.

      Tapi kot kerusi tu kekal dipegang PKR, jika kalah, aktivis PAS akan pukul gendang lagi kuat dan salahkan PKR. Ini boleh menyebabkan pergeseran lagi teruk.

      Kalau menang pula, mungkin semua happy. Tapi boleh menang ke kalau asyik bercakaran je?

      Delete
    2. udah2 ler..mane thiqah dan wala' pd pimpinan utama..biar demer uruskan. Beza pendapat dan perbalahan biar demer uruskan dalam mesyuarat..itu adat ler tp teman tak berkenan kita mendahului parti dan panjangkan/psy war di luar. Lebih baik fokus mcm mane nak perkukuhkan persepakatan demi melingkupkan BeEnd pd PRU 13 nih. Ini pusingan terakhir bagi kita..kena waspada. Para bloggers carilah isu yang beri kredit pada PAKATAN.

      Delete
  4. Apa apa pun aku sokong PR yang penting menang!!...Jangan marah Yong. Aku nak semua harga barang turun, minyak turun, tak de GST, hutang negara dah trillion, nak bungkus kalau pilih BN.. habih rakyat bertambah tambah miskin, PTPTN mansuh, belajaq mesti free macam kat German tuh.. saja nak bandingkan dengan luar negara..perubatan pun free..BN kan suka bandingkan harga minyak dengan negara luar yang lebih mahal...Islam di tegak kan!!..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maria

      Miker pun tahu dari komen2, ader yang tak gemor Yong citer pasei ini. Tapi hadapilah realiti! Rakyat menyampah kat ahli politik yang mengkhianati mereka.

      Yong cuma harap pemimpin sedor diri!

      Delete
  5. kena belajar dari Pas Parit Buntar bab thiqah dan wala

    ReplyDelete
  6. Buatlah survey sikit...tengok calon dari parti komponen PR mana yang lebih berkemungkinan akan menang kalau diletakkan disitu.kalau calon PAS asyik kalah aje..walau tempat sendiri baik bagi kpd PKR..mana kawasan yg PKR lemah bagi kat PAS! Bagi kawasan Sg.Manik dan Behrang tu rasanya PKR tak boleh kata dia confirm boleh menang sebab rakyat kawasan tu masih 'hangin satu badan' dengan bekas posmen pengkhianat PKR serta bekas askar pengkhianat PKR. Rakyat mungkin lebih percaya kepada calon PAS! Kebarangkalian utk jadi katak ni sangat tinggi dikalangan PKR....sebab ahli ahli dia ada bau-bau bacang dengan UMNO! He he he...jgn marah! Apapun carilah kesepakatan. Yang penting UMNO dan BN wajib dihumban dalam tangki najis sejarah pada PRU13 ini.Pemimpin BN yang rasuah jika terbukti dan dapat dibuktikan wajib dihukum mengikut jalur undang-undang!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Sizzly,

      Kat Sg Manik dan Behrang tu ramai Cina. Sebab tu PKR ingat demer boleh menang. Tapi demer luper, ader ke jentera demer kuat di situ?

      Setahu Yong, kat langkap yang ramai Cina tu, demer sokong PAS, bukan PKR.

      Di Sg Manik, PKR langsung takde akar umbi. Inikan pula perayu undi. Camne nak menang?

      Memang ramai yang respek DSAI. Tapi PKR tak boleh bergantung pada kewibawaan DSAI sahaja!

      Delete
    2. Sizzly7761, Cheq sokong hang, bukan apa PKR ni hampeh!, aku memang geram nih, sebab calon depa banyak sangat jadi katak lompat, kena ugut jer terus terjun balik, wahai calon PKR, hang pa jangan dok perasan tempat tu hang boleh menang, hang pa bukan anak jati kawasan tu so jangan berangan nak jadi calon, calon mesti bersih dari dulu., kini dan selamanya..ada faham?..!!!!kalau hang pa rasa hang pa ada kesalahan lampau semasa dalan BN, habih kena londehkan oleh Umno nanti, tak caya, tengok lah nanti..ada masalah baik tarik diri..yang 3 ke 4 orang ADUN Perak tu kena ugut..habih melompat..itu sebab dia masuk PKR tak ikhlas langsung..!!

      Delete
  7. den setuju.. ado kawasan Dun kek neghori sembilan yg ditandingi PKR tak ado petugas. mintak Pas kawasan bekalkan bantuan petugas utk praya nanti. Mmg Pas ado kek mano-mano tapi kono bijaklah skit.

    ReplyDelete
  8. Haah...PKR kalau tak sedar ke diri tak tau lah nak kata..nih aku ada baca kat Media Perak,si Nga Kor Ming dengan Ngeh Koh Ham, ni DAP ni sorang jaga Hutan, sorang lagi jaga Bandar, ni kaki bisnes buat projek guna proxy, habih la PR Perak, kalau gini gaya nya...makan diri balik esok esok...BN tunggu masa jer melondeh semua PR Perak nih...Dua Dua ni mula mempekayakan diri dan kroni, mengikut cara BN pulak dah...cantas dan buang mereka ini..Yong tolong siasat dan bikin panas supaya NGa Kor Ming dan Ngeh Koh Ham sedar diri dan mereka bekerja untuk rakyat bukan untuk KAYA kan diri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maria

      Ada juga aktivis citer pasei demer berdua nih. Tapi belum ada bukti kukuh. Kata demer. Yong kena simpan dulu maklumat nih.

      Ada juga baca tentang pemimpin PAS Perak. Hmm. Perangai manusia berubah bila berkuasa. Nauzubillah!

      Delete
  9. Yong, bukti dah keluar dah kat media Perak, si Nga dengan Ngeh ni, yang DAP saman Media Perak pasal Lee Chee Sng nih..asal Lee CHEE SENG ni MCA sekarang masuk DAP pas tu jadi ketua DAP TAMAN KAYA, sebelum nasi menjadi bubur baik siasat ke lubang cacing sebelum BN bongkar segala kebobrokan mereka nih..lagi hampeh..! Kes PAS Perak nih ada ke yang kalah jadi calun PRU 13? Buta ke mata? Dah nak jadi macam BN jugak ke? Aduhai..!!! Aku tension betul lah dengan YDP PAS Perak nih, boleh tak tegas dalam bab bab nih...Ustaz jujur yang menang undi si Dr. pulak yang naik..apa kes?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maria

      Banyak benda yang tak boleh citer kat alam siber. Yong pun geram gak. Tunggu muktamar. Mungkin akan timbul cerita. Miker nak pergi? Yong tak pergi sebab kerojer.

      Delete
    2. Sepatutnya kan Yong, tolong lah jangan ada kepentingan peribadi, masaalah nanti, tetapi berkhidmat lah untuk rakyat, itu tujuan asal amanah yang di beri...betul tak Yong? Kalau miker faham maksud pemimpin..? Ini nampak rakyat menyebelahi PR, mula lah tak sedar diri, dah berangan angan, belum lagi menang..! Tolak jer Dr. yang kalah dalam pemilihan tu hari. YDP tolong lah siasat...!!Geram bebenor ni...!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.