Pages

Saturday, 13 October 2012

APER CITER LIDAH PANJANG PULAK NIH?

Haiwan ini memerlukan lidah yang panjang untuk membantunya memetik pucuk-pucuk daun pada pokok yang agak tinggi di kawasan savana. Walaupun badannya besar, zirafah adalah haiwan yang pendiam. Ia suka berkawan-kawan dan hanya akan menjerit jika dalam keadaan merbahaya.

ZIRAFAH YANG COME

Tetapi zirafah bukan haiwan tempatan. Jarak habitatnya merentasi Lautan Hindi!

Jadi macam mana boleh timbul kiasan "Lidah Panjang" ni?

Orang Melayu zaman dulu memang kaya dengan kiasan dan peribahasa. Tetapi mereka tentu tidak mencipta kiasan/peribahasa dari seekor zirafah kerana habitat haiwan itu bukan di Tanah Melayu! Jadi bagaimana datuk nenek kita mencipta kiasan itu? 

Sudah tentu setelah mereka memerhati karektor haiwan ini yang pandai menukar warna kulitnya:

LIDAHNYA LEBIH PANJANG DARI BADANNYA

Apabila Tuan Guru Nik Aziz mengkias seseorang yang bergelar "ulama" sebagai "Lidah Panjang," ia adalah satu pandangan yang harus diambil berat oleh Ahli Majlis Syura' PAS.

Majlis Syura' nak buat apa lepas kenyataan Tuan Guru Nik Aziz ni?

Nasihatkan Tuan Guru Nik Aziz supaya jangan halakan muncung senapang kepada "kawan"? Atau biar saja komer semua kena tembak?

Kita semua tahu Nasharudin Mat Isa bertanding di Bachok, Kelantan. Ini bermakna ada orang Kelantan yang telah mengkorbankan peluang dirinya menjadi MP untuk memberi laluan kepada Nasharudin bertanding di kawasan berkenaan. Ternyata pengorbanan itu sia-sia belaka.

Tindak-tanduk Nasharudin Mat Isa ternyata sudah membelakangi kawan seperjuangannya di dalam PAS, dan mengkhianati kepercayaan pengundinya!

"LIDAH PANJANG" BERMAKSUD "PENIPU."

Nasharudin Mat Isa memberi peringatan PAS jangan mengejar kuasa semata-mata.

Perpaduan dengan UMNO itu untuk apa, kalau bukan untuk kuasa? Pray tell!

Peringatan dari seekor sesumpah yang takut termakan sumpah? Kah kah kah!

4 comments:

  1. TGNA guna bidalan paling halus tapi berbisa... Klu x knal sesumpah mmg x dpt tgkp maksud TGNA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam baretta

      Geng yang sokong Nasha tak kenal sesumpah!

      Delete
  2. "POKKO" adalah panggilan orang Kelantan bagi sesumpah yang sentiasa
    berubah warna kulit mengikut persekitaran habitat dan bila mau makan menangkap mangsa menggunakan lidah yang panjang dan beracun.
    Kiasan ini memang tepat dengan karektor dan fisikal manusia bernama "Nashruddin Pokko"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Krongthip

      Yong amatlah setuju. Tetapi siapalah kita ni berbanding dengan ahli Majlis Syura' yang bermatian2an mempertahankan Nasharudin.

      Sampai bila? Sampai bila Harun Taib nak pertahankan dia?

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.