Pages

Wednesday, 3 October 2012

JENAYAH TAK NAMPAK: JANTAN GATE MEGHONYAM, POSA LEBIH BERKAT



Yong baca berita ini. Suka pun ada, Kesian pun ada. Padan muka pun ada. Ini beritanya:

'MYMEN PLUS' beracun

2012/10/03 - 00:41:17 AM 

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan produk tradisional MYMEN PLUS Capsule 400mg berikutan pembatalan pendaftarannya oleh Pihak Berkuasa 
Kawalan Dadah (PBKD) pada 27 September lalu. 

Ini kerana produk itu didapati mengandungi racun berjadual tadalafil, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman dalam satu kenyataan semalam. Penggunaan tadalafil tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan masalah serius seperti hilang penglihatan atau pendengaran, penurunan tekanan darah mendadak sehingga peringkat berbahaya dan kesan terhadap sistem kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung, katanya. 

Tadalafil adalah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat kegagalan fungsi erektil atau mati pucuk dan ubat-ubatan yang mengandungi bahan itu hanya boleh dibekalkan doktor atau diperoleh dari farmasi dengan preskripsi doktor. 

Tadalafil atau analognya tidak dibenarkan dalam ubat yang dikelaskan sebagai ubat tradisional, kata Dr Hasan. 

Sesiapa yang mempunyai stok produk MYMEN PLUS Capsule 400mg dinasihat menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya serta-merta kerana boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. BERNAMA.

Yong suka sebab jantan tua gate yang gemor merogol gadis bawah umur tidak dapat nak guna ubat ini. Selamatlah gadis bawah umur! Alhamdulillah!

Yong kesian sebab ada lagi jantan gate yang tak sedor diri, ingin mencabar ketentuan Allah tentang keupayaan sexualnya. Huhuhu. Sabor yob!

Yong kata padan muka kat syarikat itu. Nak untung sangat, ambik ko! Jangan pulak ko buka syarikat lain dan niaga benda yang sama! Cis!

Geng-geng yang suka buat dan tengok video porno camne agaknya ye? Sedih bebenor demer kot? Lebih-lebih lagi kot ada yang dah tertelan ubat ni. Cepat jumpa doktor!

KAH KAH KAH!


6 comments:

  1. He he...
    Lawok entri Yong kali ini..

    Dema tak reti bersyukur tu... Nak kuat sampai macam mana? Kubor dah kata mari.. He he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pcbahar

      Ituler terjadi bila ingat idup nak menongkat langit!

      Delete
  2. DeeDee Yong...

    Hahaha.... itu jer yang mampu gua buat.... hahahaha......

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Ibarat kereta buruk, makeup camne pun tetap kereta buruk. Bukan sumer kereta boleh jadi kereta antik. Kihkihkih!

      Delete
  3. Replies
    1. Salam Merahdanbiru

      Ater, kot kahwin lagi banyok pulok tanggungjawabnyer!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.