Pages

Sunday, 28 October 2012

KOT TAJUDDIN NAK JUGA BERTANDING DI PARLIMEN PASIR SALAK, DIA KENA CANTAS BUDAK INI DULU.

KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO PERAK

Mamat ini memang punya masa depan yang cerah dalam UMNO. Masa depannya secerah Sharulnizam Mustafa kaptain Bolasepak Perak.

Komer kene (kenal) ke siapa mamat ni?

Kot komer tak kene, Yong lagi ler tak kene.

Entah macam mana mamat ini tetiba landed di Sungai Manik setelah diterbangkan oleh ribut El Nino UMNO sebagai winnable candidate kedua di belakang Zainol Fadzi.

Laluan Tajuddin Abdul Rahman untuk mempertahankan kerusi Palimen Pasir Salak amat sukar kerana mamat ini, namanya Khairul Azwan bin Dato' Harun adalah calon winnable UMNO kedua untuk bertanding di DUN Sungai Manik.

Mamat centre-parting ini adalah Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA)/ Pengurus Bola Sepak Perak yang dah jadi macam Seladang kenyang itu. Dia juga Timbalan Pengerusi Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan. Dia orang kanan Zainol Fadzi. Maknanya, jika Zainol Fadzi bertanding sebagai calon UMNO bagi kawasan Parlimen Pasir Salak, Khairul Azwan akan menggantikannya di Sunga Manik. 

Apa kelayakan akademik Khairul Azwan? Entah. Kebanyakan exco pemuda UMNO tiada kelayakan akademik yang tinggi. Maknnya tiada ijazah sarjana atau PhD. Cuma bos demer KJ memiliki kelulusan akademik yang paling tinggi.

Seperti kata CheDet, yang cerodek habih lari ke Pakatan Rakyat.

Apapun, kalau betul PKR ingin bertanding di Sungai Manik, lebih baik diturunkan Mustaffa Kamil Ayub, bukan Haji Osman. Rasionalnyer simple jer. Orang Sungai Manik tak berkenan dengan Haji Osman, termasukler orang Langkap, yang kebanyakannya pengundi bukan Melayu. Orang Langkap kata demer lebih menyenangi Mustaffa Kamil Ayub.

Yong dah kabor. Kot komer taknak dengor, lantak komer ler.

Buat Tajuddin Abdul Rahman pula, elok ler siap sedia untuk pencen jer.

Khairul Azwan orang Zainol Fadzi.
Zainol Fadzi orang Zahid Hamidi.
Zahid Hamidi orang Najib.

Takkan Datuk Tajuddin Abdul Rahman nak cantas anak Dato' Harun ini pulak?


2 comments:

  1. Aku tak kisah bab bab Umno nih, biar la mereka nak letak calon apa janji PR nih, tolong lah dengar suara akar umbi, omputih kata apa Yong, grass root ke? Mustaffa Kamil Ayub, bukan Haji Osman, siapa Haji Osman ni/ dari Umno ke asalnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maria

      Setahu Yong dua2 meloncat dari UMNO ke PKR. Grassroot Sungai Manik bimbang demer akan meloncat balik ke UMNO jika menang tapi PR tak dapat ke Putrajaya.

      Dalam PKR ada berudu. Dalam PAS ader lalat. Dalam DAP ada ulat.

      Kita ni orang kecik.

      Jadi batu api buat ameno kelam-kelibut jer ler.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.