Pages

Wednesday, 17 October 2012

PRU13 ANYTIME, CALON AMENO SIAP - SAH ZAINOL FADZI YANG PANDAI MAIN BOLA INI AKAN BERTANDING DI DUN SUNGAI MANIK (UPDATE)



TAHNIAH! TAHNIAH! PASUKAN SELADANG MEMENANGI PIALA MALAYSIA MUSIM...

GOL!!!! YEH!!!!

MEOW!!!

Alamak! mengigau Yong ropernya. Dah terpijak kaki kucing. Mujur tak kena gigit.

Bila pulok pasukan Seladang pergi ke pertandingan akhir? Pertandingan separuh akhir pun tidak!

Yong tak mengikuti sangat hal bola ni, sebab selalu sakit hati. Tapi Yong tahu Zainol Fadzi tu Presiden Perak FA (PAFA). 

Agaknya dia pandai main bola masa bebudak dulu. Sebab tu jadi Presiden.

Pandai main bola tidak bermakna pandai mentadbir persatuan bola sepak. 

Inilah masalahnya bila persatuan sukan bagi pada ahli politik.

Bola entah kemana, politik entah kemana! Tak cayer? Cer komer baca keratan Yong ciluk dari blog dia di bawah ini:

SEJAK JUN LEPAS ADUN NI TIDOR!

Entah apa dia buat sejak bulan Jun yang lepas. Tetiba takde aktiviti.

Bab pembangunan pulak komer tengok ler apa yang dicatatkan dalam blog dia.

INI KATANYE PROJEK PEMBANGUNAN!
Bekal alat sukan tu kerja pembangunan, kata YB ini! Untuk nampak macam dia sibuk ada banyok kerojer, membaikpulih rumah pun dia masuk dalam senarai projek pembangunan. Siap dengan nama pemilik rumah lagi! Projek pembangunan pulak tamat sejak 2010. Sejak tu tak tahu dia buat projek apa pulok. Komer bukak sendiri ler blog dia kot nak baca lagi. Yong takde nak link, sebab menyampah.

Apapun, risikan dalaman menyatakan mamat ini akan kekal sebagai calon utama BN pada PRU13 nanti.

Ada pangkat Datuk, weh! Entah apa jasanya pada Perak dan Negara tak tahulah.

ANTARA JASA BESARNYA IALAH MENYAMPAIKAN HADIAH

Tapi PR jangan sekali-kali perlekeh dia. Mamat ni ada ramai penyokong di Sungai Manik. Bukan sokong dia, tapi sokong ameno. Pemimpin PKR macam Haji Osman tu takkan dapat lawan! Lain ler kot orang ameno Sungai Manik nak tolong menangkan dia, sebab ramai yang bau-bau kuini dengan dia.

Bukan Yong taknak bagi semangat kat mengkomer. Tapi itulah hakikat.

Yang boleh lawan Mamat ameno ini ialah PAS. Ini kerana PAS ada jentera di Sungai Manik yang berupaya digerakkan.

Zainol Fadzi! I know what you dia last Raya...Hahaha...

Yong baru baca di Internet PKR serah kerusi Parlimen Pasir Salak untuk ditandingi PAS. Baguih le ada tolak ansor gitu. PKR kekal bertanding di Sungai Manik. Okay. PAS tak tamak. PKR nak bertanding di Sungai Manik? No comment.

5 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Hehehe... ingatkan Yong takmo nak update pasai keputusan sebulat suara yang kata bagi kerusi Sg Manik kepada PKR...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Yong dapat info beberapa minggu lepas PAS akan terima Mustafa Kamil Ayub (PKR) di Sungai Manik dan Muhaimin Sulam (PAS) di Pasir Salak. Masa tu tak confirm lagi sebab ada orang besar PKR mahu Haji Osman bertanding di Sg Manik.

      Apapun, orang yang nak menentang mamat yang "pandai" bola ni kena dikenali dan disenangi di Sungai Manik. Yong tahu sesangat perangai orang Sungai Manik camne.

      PKR buang masa jer di Sungai manik kalau tak dapat kerjasama akar umbi PAS.

      Delete
  2. Salam kak Yong!

    Presiden PAFA orang politik yg telus,capable,accountable, creditable..tak apa la teman boleh bagi can dia buat koje dia.. macam TanSri Anuar Musa kat Kelantan..Ada PAS kacau dia & co. majukan bolasepak Kelantan? Janji boleh maju. Perak? Not bad no. 4 ker 6 ker liga tahun ni..OK.. tapi bahaya sebab masih ada ramai orang ada 'sindrom penyakit yang membahayakan' tu. Mentekedarah duit rakyat untuk kepentingan sendiri & kroni + seleweng kuasa!

    Masalah, selalunya, orang politik ni hanya tahu buat duit tepi, duit keliling pinggang melalui jawatan dia pegang dalam FA negeri. Kelab selalu OK aje cam Felda, JCorp tu semua semua peruntukan, belanja diaudit .. tu pasal tak berlaku pembaziran melampau, ketirisan, dll.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz Azdi

      Seingat Yong, ader jugak Perak menang bola sepak. Tapi tak ingat bila dan kumpulan mana. Riuh seluruh negeri kalah ayam bertelur. Lepas tu???

      Yong memang anti orang politik pegang jawatan utama dalam persatuan sukan, kebudayan dan sosial. Kecualilah orang politik tu bukan Adun atau MP. Maknanya dia ahli parti jer...

      Sebabnya? Adun dan MP guna prestasi sukan itu untuk meningkatkan rating dia. Padehe yang buat keroje buat dia pun!!! Itu yang Yong HOT teramat sangat nih!

      This applies to all Adun and MP, including PR!

      Delete
    2. Yong tambah sikit lagi.

      Adun atau MP elok jaga kawasan dia. Dia dipilih rakyat untuk jaga kebajikan dan kualiti hidup rakyat di kawasannya. Jangan menyibuk dalam pertubuhan. Lepas tu keroje hakiki entah kemana.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.