Pages

Wednesday, 10 October 2012

YONG SETUJU DENGAN NASHARUDDIN MAT ISA ...

Sampai hari ini komer asyik bantai Nasharuddin. Pemimpin PR dan Bloggers semua tengah sibuk membelasah Nasharuddin. Tapi Yong tetap cool. Yong dah kata tak akan membelasah Nasharuddin lagi. Hah. Hahaha.

Tentu ramai yang terkejut baca tajuk N3 Yong kali ini. Ya, Yong setuju dengan pandangan Nasharuddin Mat Isa. Dengan pengalaman berpolitik sekian lama, sudah tentu dia tahu apa yang berlaku di sekelilingnya. Pemimpin PAS yang dia rujuk dan enggan namakan itu pun pasti tahu kedudukan politik di sekelilingnya, khususnya di Malaysia.

AMENO GAGAL MENANGKAN ISLAM KERANA ADA SEKUTU KAFIR INI 

Apa yang sebenarnya Nasharuddin cakap?

Kenyataan Nasharuddin seperti yang dipetik Malaysiakini:

UMAT ISLAM ITU PASTINYA BUKAN SYAITAN YANG DIKENALI 

Bukan sekali pemimpin itu jawab, kata Nasharuddin, tapi dua kali. Maknanya pemimpin PAS yang Nasharuddin enggan namakan itu amat yakin. 

Nasharuddin hanya menyampaikan jawapan pemimpin PAS yang tidak bernama itu sahaja.

"Kemenangan Islam tak pernah dibantu orang kafir," Kata Nasharuddin. 

Yong setuju dengan kenyataan ini. Memang benar. Setelah lebih 55 tahun UMNO bersekongkol dengan kafir harbi MCA dan MIC serta parti-parti lain yang sejenama dengan mereka, UMNO hanya berjaya menganjur tilawah al-Quran, buat Universiti Islam Antarabagsa, buat bank Islam dan beberapa agensi Islam, seperti pusat zakat yang kita tidak tahu kemana duit zakat itu pergi. Di samping itu orang Melayu yang beragama Islam menjadi pemimpin syarikat judi, arak dan kegiatan maksiat!

Itulah tahap "kemenangan" UMNO setelah lebih 55 tahun bersekongkol dengan MCA dan MIC serta sekutu kafirnya yang lain selepas 13 Mei 1969.

Maknanya si kafir harbi MCA dan MIC tidak membantu untuk kemenangan Islam di Malaysia. Itulah hakikat yang Yong dapati dari kenyataan Nasharuddin.

Jadi Yong setuju dengan Nasharuddin. 

Dalam keghairahannya untuk memburuk-burukan sekutu PR, iaitu DAP, Nasharuddin telah mendedahkan kebobrokan UMNO akibat persekongkolan yang gagal membawa kemenangan Islam  bersama sekutunya MCA, MIC, Gerakan dan parti politik yang sejenama dengan kafir-kafir tersebut. 

Niat Nasharuddin mengeluarkan kenyataan itu hanya Allah dan dia sahaja yang tahu.  

Jika dia bercakap demi Islam, maka mulutnya akan bercakap benar. Tetapi jika dia bercakap demi UMNO, mulutnya akan tersasul dan akhirnya kantoi!

Persetujuan Yong dengan Nasharuddin berhenti setakat kenyataan itu sahaja. Noktah.

N3 Yong yang berkaitan di sini

11 comments:

  1. Betul jugak Yong cakap... Tapi nada mamat tu bercakap difahami banyak pihak beliau lebih cenderung untuk mengajak PAS menyokong perpaduan umno-PAS...Sebab tu dia kena belasah giler2 Yong.. Apapun, kilasan idea Yong teman bagi double jempol..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Baretta

      Kita hanya kembalikan hand-grenade yang Nasharuddin cuba lempar pada PAS! InsyaAllah, jika kita ikhlas, Islam akan mencapai kemenangan di Malaysia.

      UMNO yang memakai topeng syaitan dan gagal selama 55 tahun itu boleh kita anggap mereka umat Islam yang akan memenangkan Islam? Alahai Nasharuddin...!

      Delete
    2. Perlu diinggat UMNO tak pernah bertanding atas nama UMNO tetapi atas nama Barisan(yang bercampur parti) atau perikatan.
      Mana pernah UMNO bertanding atas lambang sendiri seperti PAS.

      Delete
    3. Salam Mike Yussof

      Setuju. Mana UMNO berani bertanding guna logo keris demer!

      Delete
  2. Kot ya pun dia nak sangat kemenangan Islam tanpa bantuan orang lain & perpaduan sesama umat Islam, cer dia buat dulu sesuatu yang objektif, neutral tanpa menghentam PAS tak boleh ker? Ater, buat dulu parti "Perpaduan Islam Nasional" ker dengan lambang ustaz pegang bijik tasbih ker apa ker yg seswai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz Newman,

      Bab dia nak kemenangan Islam itu Yong tak nampak dalam diri Nasharuddin sebab dia menembak rakannya sendiri yang istiqomah memperjuangkan Islam, serta berjinak-jinak dengan syaitan yang dikenali.

      Delete
    2. Ops.. my bad ! sorry ar kak Yong.. saya tak bagi salam hormat, ek? Sorry again!

      W'salam wbth 4 yer salam!

      Assalamualaikum !

      Delete
  3. A'kum Yong

    Benar kata Yong dan benar kata Nasha
    Cuma Nasha terkutuk PAS dan menuding DAP
    Jadi niat dan hasratnya memang terserlah!

    Dan saya yakin dia terselamat kerana dia adalah jurucakap dari 'dalam'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mountdweller,

      Seperti Yong kata dalam N3, jika niat dia untuk sokong UMNO, dia dah terkantoi, kerana peluru penabur yang dia guna dah tertembak UMNO sendiri.

      Bagi mereka yang otak simple macam pemimpin UMNO, mungkin tak perasan!

      Delete
  4. kalaulah sinasha ini bertanding diN9,yang pasti warga N9 akan menghumbankanya kelongkang.pakailah jenama bendera apa pun warga N9 tetap dengan keputusanya.kalau sekali dah tidak amanah pakailah apa surah pun tetap tidak amanah.perjuangan kerana islam sinasha pilih berjuang dengan syaitan yang dikenali,silakan warga N9 akan tetap bangun melawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maw

      Yong sokong semangat Maw. Memang mereka yang bersekutu dengan syaitan yang dikenali itu wajar dihumban ke dlam longkangjer. Ituler tempat yang wajar bagi politik longkang.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.