Sebelum Yong ngomel kali ini Yong ingin panjangkan doa semoga ALLAH melindungi dan melimpahkan KURNIA kepada Tuan Guru Nik Aziz supaya sihat wal-afiat demi meneruskan perjuangan! Amin!
Biasalah, bila pinangan ditolak, pihak yang meminang akan memaki hamun pihak yang dipinang.
Sekejap demer berdoa (di sini) konon ingin perpaduan demi Islam. Sekejap demer mengancam dengan mengambil contoh peristiwa 13 Mei 1969 (di sini).
Ameno ingat dengan berbuat begitu, boleh nikah dengan PAS bila-bila masa sahaja?
Mengapa ameno beria-ia sakan nak nikah dengan PAS?
Jawapannya ialah ameno sudah kepupusan wibawa akibat ketandusan pemimpin yang bersih. Lantas ia perlu mencari pemimpin segera (instant leader) untuk dijadikan "puppet leader" aka patung.
Ameno sudah kenalpasti pemimpin itu.
Ameno juga telah menggunakan beberapa cara untuk menarik pemimpin itu supaya bersekongkol dengan ameno melalui konsep yang disebut kerajaan perpaduan (Baca N3 Yong terdahulu di sini).
Kerajaan perpaduan versi ameno sebenarnya berasal dari perkataan "Perikatan."
Ingat lagi perkataan itu?
Ia gabungan UMNO, MCA dan MIC yang ditubuhkan setelah Onn Jaafar merajuk dan menubuhkan Parti Negara.
Dengan kekuatan Perikatan, ameno terus menyimpang dari landasan asal perjuangan UMNO. Orang lama di Johor tahu cerita ini. Tapi semua ini digelapkan demi perut yang kian membuncit.
Sebab itu Yong guna istilah ameno. AMENO = Angkatan Melayu Ngok!
Tapi ramai dalam UMNO masih berharap ia kembali ke zaman kegemilangannya. Kalau ikut KuLi, zaman itu namanya Tahun 46.
Bagaimana ia boleh kembali jika ia terus menerus menganiaya orang Melayu sendiri?
Cuba lihat senarai ini:
Ahmad Boestamam
Dr Burhanuddin Helmi.
Ibrahim Yaacob
Ishak Haji Muhammad
Syed Hussin Ali
Anwar Ibrahim
Apakah persamaan antara nama-nama dalam senarai itu?
Nama-nama di atas adalah bekas tahanan undang-undang yang ameno cipta bersama tuannya penjarah British. Istilah penjarah itu lebih sesuai dari penjajah sebab profesor-profesor ameno kata Tanah Melayu tak pernah dijajah, bukan begitu? Tindak tanduk ameno mengikut telunjuk penjarah, dulu, kini dan selamnya.
Beratus-ratus lagi orang Melayu pernah ditahan. Ada yang masih dalam tahanan. Kononnya terrorist! Pejuang kemerdekaan terrorist. Ulama terrorist. Pensyarah terrorist. Penulis terrorist...Ameno saja yang hero. Hahaha!
Prinsip Kerajaan Perpaduan versi Tuan Guru Haji Hadi tentunya berbeza dengan Kerajaan Perpaduan versi ameno.
Ameno tahu ia berbeza.
Tapi ameno tak peduli tentang perbezaan itu. Yang penting sekarang bentuk perpaduan dulu. Bila dah bersatu, baru bincang tentang perbezaan! Gunalah istilah maqabalah, muzakarah...maqasid syariah, wassatiyah... dan apa-apa istilah Arab biar nampak macam Islam. Masa itu orangnya lagi ramai. Lagi kuat suaranya.
Masa itu PAS pula sudah berpecah, kerana ada yang setuju membentuk kerajaan perpaduan dengan ameno, ada yang tidak.
PAS akan masuk perangkap jika bersetuju membentuk perpaduan ini. Sebab itu Yong sangat marah dengan orang yang mengaku ahli PAS, sayang PAS, tapi lidahnya macam lidah ameno.
Pemimpin PAS yang terlior cincin berlian, beg tangan berjenama, rumah agam berjuta dan program melancong secara percuma, tolong sedar! Ini sumber dari ameno, bukan cakap kosong.
Inilah PERANGKAP ameno.
Orang Melayu suka simbol. Mereka banyak mencipta simbol. Keris, harimau, bunga raya, bulan, bintang, bla...bla..bla... adalah simbol. Ramai orang Melayu juga masih percaya pada tangkal-azimat. Bila simbol dan tangkal-azimat ini bersatu, amat sukar bagi orang Melayu meninggalkannya.
Itulah sikap orang Melayu dalam ameno.
Itulah sikap orang Melayu dalam ameno.
Keris bogel itu tangkal-azimat ameno.
Rata-rata demer tahu pemimpin-pemimpin ameno kini sudah tidak boleh dibaiki lagi. Tapi demer masih terasa sayang untuk meninggalkan tangkal-azimat itu.
Itulah yang tersirat dalam semua tindak-tanduk demer dalam perhimpunan di PWTC, pada bulan Novenber 2012 ini!
Kalaulah ada orang yang dianggap bersih, berpengaruh dan selalu bersangka baik, bersama ameno, alangkah bertuahnya! Lalu ameno akan menyinsing lengan dan berteriak dengan lebih kuat lagi "Allah meredhai perjuangan kami!"
Siapakah orang itu?
Kalaulah ada orang yang dianggap bersih, berpengaruh dan selalu bersangka baik, bersama ameno, alangkah bertuahnya! Lalu ameno akan menyinsing lengan dan berteriak dengan lebih kuat lagi "Allah meredhai perjuangan kami!"
Siapakah orang itu?
Orang itu ialah Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang.
Penghalangnya ialah Mursidul Am, Tuan Guru Nik Aziz.
Penghalangnya ialah Mursidul Am, Tuan Guru Nik Aziz.
Siapakah nanti yang akan dikorbankan demi menunjukkan keikhlasan demer membentuk Kerajaan Perpaduan?
Bayangannya sudah ketara.
Deepak sudah mula bercerita.
Musa Hassan pun bersuara.
Kita tunggu siapa lagi akan buka pekung di dada.
PAS JANGAN TERPEDAYA!
SEMUA ITU SANDIWARA BELAKA!
SELAGI ADA SEDIKIT HAYAT, AMENO TAKKAN PUTUS ASA.
PEMIMPIN PAS HANYALAH PENYAMBUNG HAYAT SEMATA-MATA.
LEPAS ITU PAS AKAN DIHUMBAN KE LUBANG BUAYA!
SEMUA ITU SANDIWARA BELAKA!
SELAGI ADA SEDIKIT HAYAT, AMENO TAKKAN PUTUS ASA.
PEMIMPIN PAS HANYALAH PENYAMBUNG HAYAT SEMATA-MATA.
LEPAS ITU PAS AKAN DIHUMBAN KE LUBANG BUAYA!
yeeha.. yong dah kembali aktif... jalan terus jgn cuti2 lg wakaka.
ReplyDeleteSalam GeloraHatiMuda
DeleteYong mana ada cuti...Miker yang tak singgah tu idak? Yong le ni tengah jadi Conan.
Salam Prof;
ReplyDeleteBetul tu... jika PAS layan orang gila meroyan pasti lingkup Malaysia ni.
Salam Isa,
DeleteAyoyo...sejak bila nak panggil Prof nih. Mesti MSK bagi pecah lobang.
terbaek ..AMENO-angkatan Melayu Ngok...ye yong jalan terus menuju Putrajaya...
ReplyDeleteSalam TBO,
DeleteYong tak bertanding, Camne nak jalan terus ke Putrajaya? apapun timaksih kerana memberi semangat!