Pages

Friday, 23 November 2012

KERANA RAFIZI, BANK MALAYSIA TERKINCIT? MEDIA PENCACAI PUN BISU

TAK JUMPA NAMA MALAYSIA DI SINI

Hari-hari media pencacai dan pemimpin BN memukul canang kononnya para pembangkang yang memburuk-burukkan negara.

Adakah kerana pembangkang juga nama bank Malaysia tidak ada dalam senarai 50 Bank Paling Selamat di Dunia?

Global Finance menyenarai 50 Bank Paling Selamat di Dunia setiap tahun. Bank Singapura, iaitu DBS bank mendapat tempat ke 13 sementara United Overseas Bank ke 15. Yang lain datang dari negara OECD, US, Canada, China, Jepun, Taiwan, Chile, UAE, Kuwait, Qatar, New Zealand dan Australia. Untuk melihat sama ada dakyah pencacai yang merepu bahawa pembangkang menyebabkan gejala ini, Yong menyemak senarai ke belakang dari tahun 2012 sehingga 2004.

Malaysia tidak pernah tersenarai sebagai antara 50 Bank paling selamat di dunia. Pada tahun 2004, Rafizi tak bising lagi. Dia tengah sibuk cari makan kat Petronas!

Yong berhenti menyemak sehingga tahun 2004 sahaja kerana letih.

Pemenang dipilih melalui penilaian penarafan kredit jangka panjang dari Moody, Standard & Poor dan Fitch dan jumlah aset 500 bank terbesar di seluruh dunia. Komer nak tau baca di sini

Ranking Global Finance Bank Paling Selamat di Dunia adalah indikator penting untuk menunjukkan kepercayaan pelaburan. Tak guna menjadi negara ke 20 paling selamat di dunia jika sistem kewangannya tak selamat!

Negara Jerman tidak pernah sunyi dari demonstrasi.  Macam-macam demo ada. Tapi 5 Bank di Jerman tetap mendapat ranking yang baik.

DEMO ANTI PENGGUNAAN KUASA NUKLEAR PADA 26 MAC 2011
DEMO DUDUK DI FRANKFURT 26 MAC 2012
DEMO UMAT ISLAM JERMAN PADA 21 SEPTEMBER 2012

Bagaimana pula penarafan kredit jangka panjang Malaysia? Pembiayaan projek pelihara lembu NFC yang kelabu asap sudah cukup untuk membuat pelabur melarikan diri!

Menyeret Rafizi ke mahkamah tidak akan menaikkan ranking Malaysia dalam Global Finance. Ia mungkin memburukkan lagi keadaan. Tindakan ini akan mengukuhkan lagi persepsi antarabangsa bahawa Malaysia tidak mengamalkan akauntabiliti, integriti dan ketelusan sistem perbankannya.

Berita mengenai prestasi bank-bank di Dunia yang dikeluarkan oleh Global Finance terus digelapkan!

Selagi BN memerintah, Malaysia akan terus terkincit disebabkan sistem kewangan cronyism amalannya.

5 comments:

  1. betui.....malah bos2 bank pun pengampu besar penyamun2 berlesen ni!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maie

      Bos bank tu adik beradik demer! Kot bukan adik beradik, kroni!

      Delete
  2. DeeDee Yong...

    Bukan MayBank tue bank terbaek ker... hahaha....

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Kes masuk bakul dalm lift?

      Delete
    2. DeeDee Yong...

      Hahaha... skrang nih bakul dah masuk dalam lif yer .... hahaha

      C++
      CipanTapirTenuk.Blogspot

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.